Sunday, December 28, 2008

result semester 4

Penantian selama beberapa minggu telah berakhir apabila keputusan peperiksaan bagi fasa 7 & 8 aku terima petang semalam. Alhamdulillah, keputusan yg aku perolehi sungguh menggembirakan kerana aku menyangkakan bahawa PNGKnya akan menurun tetapi sebaliknya telah meningkat walaupun sedikit, alhamdulillah!!! Itulah keputusan peperiksaan yg terbaik pernah aku hasilkan sejak daripada bangku sekolah. Semoga kekawan yg lain jugak memperolehi keputusan yg membanggakan dan menggembirakan!

Saturday, December 27, 2008

nafsu ammarah

Petang ni tergerak pulak hati nak masukkan entri tentang nafsu....

Ammarah adalah martabat nafsu yang paling rendah dan kotor disisi Allah. Segala yang lahir darinya adalah tindakan kejahatan yang penuh dengan perlakuan mazmumah (kejahatan / keburukan). Pada tahap ini hati nurani tidak akan mampu untuk memancarkan sinarnya kerana hijab-hijab dosa yang melekat tebal, lapisan lampu ma’rifat benar-benar terkunci. Dan tidak ada usaha untuk mencari jalan menyucikannya. Kerana itulah hatinya terus kotor dan diselaputi oleh pelbagai penyakit.

Firman Allah s.w.t., mafhumnya :
“Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya.”
“Sesungguhnya nafsu amarah itu sentiasa menyuruh manusia berbuat keji (mungkar).”
“Bahkan manusia itu hendak berbuat maksiat terus menerus.”

Friday, December 26, 2008

Poems written by husband

(Kepada pengunjung di kalangan wanita, terlebih dahulu kena maafkan saya jika berkecil hati dan tersinggung apabila membaca peoms di bawah ini, bergurau jer, jangan ler marah yer....)


I wrote your name on sand it got washed.
I wrote your name in air, it was blown away. then
I wrote your name on my heart & i got Heart Attack.
* * * * * *

Wednesday, December 24, 2008

malam pertama

Entri kali ini agak panjang, kena banyak sabor ler kalau nak membacanya sehingga habis....

Apabila menyebut malam pertama, pasti semua orang akan terbayang satu malam yang penuh dengan keindahan dan kenikmatan. Nikmat duniawi yang tiada tara!

Tuesday, December 23, 2008

akta 15 ....

Di bawah ini adalah cerita lawak yang terbaru masuk dalam email saya. Maaf la kalau dah pernah membacanya;

Sepasang kekasih baru bekerja sebagai pekerja sosial.. Hamid dan Rosni selalu bersama walau ke mana jua.. Suatu malam ketika mereka berdua keluar berdating...

Hamid : 'Kita nak ke mana nie?'
Rosni : 'Tak kisah la.. mana-mana pun boleh'
Hamid : 'Apa kata kalau kita ke pantai..'
Rosni : 'Saya ok aje..'

Apabila sampai di pantai mereka berdua tidak keluar dari kereta.. mereka hanya berehat sambil berbual-bual di dalam kereta.. Mulanya berbual biasa.. lama kelamaan ..... Hamid meletakkan tangannya di paha Rosni.. nampaknya Rosni tidak membantah... Beberapa minit kemudian.. Hamid menggerakkan tangannya­ beberapa inci ke atas... Rosni masih tidak membantah... hinggalah akhirnya ketika Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci lagi.. Rosni berkata dengan sopan..

'Abang Hamid... ingatlah pada akta 15 dalam perlembagaan pekerja sosial'
Setelah mendengarkan teguran Rosni itu..
Hamid terus menarik tangannya menjauhi Rosni.. walaupun sebenarnya dia tidak berapa ingat isi kandungan akta 15 itu..

Hamid : 'Maafkan saya'
Rosni : 'Tak apa'

Lalu mereka pulang... Di rumah.. Hamid terus masuk ke bilik dan membuka buku perlembagaan pekerja sosial dan mencari akta 15.. lalu dia membaca kandungannya.­..

'Teruskan Usahamu.. Jangan lakukan Separuh Jalan
Sahaja'..hahahhaa

p/s: ini gurauan sahaja, apa2pun, elakkan zina di sepanjang masa..ianya di tegah agama islam kita!!!

Monday, December 22, 2008

SPK Online

IAB menawarkan permohonan kursus 2009 secara online. Boleh lihat di sini.

Aku dah daftar dan hanya dapat pilih satu kursus saja yg sesuai kerana tidak banyak pilihan. Aku pilih kursus Pengurusan Perkhidmatan ICT pada bulan April 2009. Kekawan pilih ler kursus ini supaya boleh kita berjumpa di IAB nanti!

Saturday, December 20, 2008

Pernikahan Mawi - Ekin

Pagi tadi, anak aku dua orang yg biasa aku bawa ke kedai/pasar tu kelihatan malas jer nak ikut. Balik daripada pasar kelihatan anak2 dok khusyuk mengadap tv, Mawi kahwin!!! Patut ler... Mana ler kita tahu yg hari ni akan berlangsung majlis pernikahan Mawi dan Ekin.

Friday, December 19, 2008

dugrow vs nugrow

Anak aku tak serasi dgn susu dugrow, jadi susah nak buang air besar, sembelit ler tu. Isteri suruh cuba susu nugrow. Malam semalam aku cari ler di kedai ubat tapi takde susu tersebut. Di pasar mini yang biasa aku singgah, ada ler pulak susu tu. Tiada tin kecil, hanya dalam paket plastik 1 kg dan dapat percuma 600 gm. Murah jugak tu kerana dgn harga RM24.50 aku dapat sebanyak 1.6 kg susu. Masalahnya kalau tak serasi lagi, jenuh ler nak ngabiskannya!

Thursday, December 18, 2008

pekan rabu

Hari semalam aku ambil cuti rehat. Badan terasa letih sangat selepas balik dari JB tapi tak jugak duduk berehat di rumah! Pagi2 dah keluar dgn isteri dan dua orang anak menuju ke Parit Yusof, untuk ke pekan rabu (pasar lambak). Pekan Rabu Parit Yusof adalah antara pasar lambak tertua di daerah Muar. Mengikut sumber yg boleh dipercayai, pekan rabu itu telah berusia lebih daripada 50 tahun. Aku memang biasa mengunjungi pekan rabu tersebut tetapi bagi isteriku, ini adalah buat kali pertama. Kami berjalan dari hujung ke hujung, 'window shopping'! Namun tak lupa untuk membeli lauk; ikan kerisi, siput sedut, cendawan, bayam merah, sulur keladi, kobis panjang, lada cili, carrot, telur puyuh, pisang raja (utk digoreng), limau manis dan buah 'nam-nam'. Ada pulak orang menjual buah nam-nam, lama dah tak memakannya! Semua anak kecuali yg sulong tidak mengenali buah tersebut. Aku suruh isteri menyemai bijinya.

Monday, December 15, 2008

ke JB esok...

Semlm ptg jumpa Ashaari di pasar Parit Jawa sdg beli ikan. Kami sempat berbincang ttg kenaikan untuk ke JB esok krn semua pengetua dan gb dikehendaki hadir krn ada majlis perjumpaan dgn KPPM. Cadangan awal, aku nak tumpang kereta Ashaari tapi dia tak mahu bawa kereta dan tlh plan nak tumpang dgn member lain yg bawa Unser tapi dah ada 6 org. Aku call sorang lagi kawan yg belum ada plan nak naik dgn sesapa dan terpaksalah tarik Ashaari dari grup Unser tu supaya jadi grup baru, bertiga. Musim cuti sekolah ni, masalah pulak nak membentuk grup krn ada yg masih bercuti. Mungkin aku terpaksa ler bawa kereta...

Friday, December 12, 2008

buah-buahan....

Saya pernah terima email yang seperti di bawah ini daripada seorang kenalan;

Pick a fruit and forward it on. Don't spoil it...just do it. Don't
forget to send it back to the person that sent it to you with the fruit you chose on the 'Subject' line. Which fruit will you pick if you were handed these? The results will astound you!
1. Orange
2. Apple
3. Banana
4. Coconut
5. Pineapple
6. Papaya
7. Mango
8. Cherry
9. Black Grapes
10. Peach
11. Custard Apple
12. Pear

Thursday, December 11, 2008

mengenal peribadi diri anda

Cara ini sudah dicuba dan kebenarannya sudah terbukti. Pilihan anda menunjukkan keperibadian anda.

Anggap diri anda saat ini sedang memasuki sebuah rumah kecil di tepi sungai di tengah hutan tebal. Setelah anda buka pintunya dan masuk, di dalamnya terdapat:

7 tempat tidur kecil di sebelah kanan di sebelah kiri, terdapat meja makan yang dikelilingi 7 kerusi kecil. Di tengah-tengah meja terdapat sebuah bekas dengan 6 jenis buah. Buah-buahan tersebut terdiri daripada:

a. epal
b. pisang
c. jeruk
d. mangga
e. rambutan
f. papaya

Buah manakah yang akan anda pilih?

Pilihan anda akan menunjukkan sifat-sifat peribadi anda! Berfikirlah dengan berhati-hati.

(klik untuk jawapannya)



Ini dia jawapannya...
a. jika anda pilih epal: bererti Anda adalah orang yang suka makan epal
b. jika anda pilih pisang: bererti Anda adalah orang yang suka makan pisang
c. jika anda pilih jeruk: bererti Anda adalah orang yang suka makan jeruk
d. jika anda pilih mangga: bererti Anda adalah orang yang suka makan mangga
e. jika anda pilih rambutan: bererti Anda adalah orang yang suka makan rambutan
f. Jika anda pilih papaya: bererti Anda adalah orang yang suka makan papaya


hehe..jangan marah haaaa

Wednesday, December 10, 2008

dengkuran

Malam tadi aku tidur di rumah mak mertua. Ipar duai masih lagi bercuti. Bukan sahaja semua bilik dipenuhi malah diruang tamu pun bergelimpangan tidur seperti mangsa perang. Aku jugak tidur di situ, di sebelah adik ipar yang dengkurannya agak luar biasa kuatnya. Bunyi dengkurannya bukan sahaja mengganggu lenaku malah sehingga aku tidak mendengar bunyi alarm handphone dan terlajak setengah jam daripada waktu yang telah di'set'. Teringat aku kepada alat yang diiklan di TV bagi mengawal dengkuran ketika tidur, siapa pernah mencuba, berkesan ke?

Sunday, December 07, 2008

Eid Mubarak!

Selamat hari raya aidil adha, semoga semangat dan sifat pengorbanan sentiasa sebati dalam diri!!!

Friday, December 05, 2008

ketupat

Aku bercadang, seperti biasa nak buat ketupat untuk juadah aidil adha. Ingatkan nak cari sendiri daun kelapa.... kat rumah emak, pokok kelapanya tinggi-tinggi, tak larat aku nak memanjatnya. Di sekolah ada jugak pokok kelapa tapi daunnya pendek-pendek.... tengok ler petang ni nanti macam mana. Jika tak dapat, kena ler beli macam tahun lepas! Tak kan ler nak buat ketupat guna daun pokok pinang kan???

Thursday, December 04, 2008

senarai parit

Ini adalah senarai parit yg bermula selepas Bandar Muar (ikut Jalan Temenggong Ahmad) menuju ke sempadan Batu Pahat;

Parit Kadzi
Parit Perupuk
Parit Sakai
Parit Keroma
Parit Buah Keras
Parit Besar
Parit Raja
Parit Amal
Parit Bakar
Parit Amat
Parit Sepayung
Parit Unas
Parit Haji Ali
Parit Punggor
Parit Pinang Seribu
Parit Pulai
Parit Samsu
Parit Limbong
Parit Kasim
Parit Tarom
Parit Seri
Parit Lapis
Parit Jawa
Parit Gantung
Parit Nipah
Parit Kangkong
Parit Tengah
Parit Jamil
Parit Tunggul
Parit Penyengat
Parit Pecah
Parit Pandan Sari
Parit Kedondong
Parit Bulat
Parit Baba Hitam
Parit Seri Menanti
Parit/Sungai Pulai
Parit/Sungai Kemudi
Parit/Sungai Muda
Parit/Sungai Sudah
Parit/Sungai Gersik
Parit/Sungai Balang
Parit/Sungai Kelat
Parit Yusof
Parit/Sungai Sarang Buaya (sempadan Batu Pahat)

(sila perbetulkan jika terdapat kesalahan atau tertinggal)

Wednesday, December 03, 2008

asal-usul Pekan Parit Jawa


Dalam pentadbiran Muar, Parit Jawa adalah daerah yang termasuk dalam jajahan Muar. Dalam tahun 1886, Muar dan Kesang diletakkan di bawah pentadbiran Residen Ungku Sulaiman Daud, daerah Parit Jawa pula ditadbirkan oleh Penolong Residen. Parit Jawa terkenal dengan pengeluaran kelapa dan pinang.

Nama 'Parit Jawa' itu dikatakan berasal dari parit yang digali oleh orang-orang Jawa yang berasal dari kepulauan Jawa, Indonesia. Pada mulanya Parit Jawa terletak di tepi Pantai Leka tetapi ia telah dipindahkan kira-kira setengah kilometer dari pantai pada tahun 1916 kerana kawasan asal tersebut sering dilanda ombak laut Selat Melaka.

Tuesday, December 02, 2008

presmark

Semalam aku menghadiri taklimat prestasi menggunakan program baru, PRESMARK. Presmark ialah singkatan bagi Program Pengurusan Markah Prestasi. Untuk digunapakai oleh Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah serta Panel PPD. Membantu pihak pengurusan mengurus, memproses dan menyimpan data prestasi tahunan untuk pelbagai tujuan. Berfungsi sebagai pengkalan data markah prestasi.

Monday, December 01, 2008

asal-usul Muar

Terdapat beberapa variasi mengenai asal usul nama Muar.
Muar lahir daripada perkataan ‘MUARA` iaitu kuala sungai. Ini disebabkan oleh petempatan awal di kawasan tersebut terletak di muara Sungai Muar. Sungai Muar terkenal sejak zaman silam kerana sungainya yang lebar membolehkan para pelayar berlindung di musim gelora. Pelarian Raja Iskandar Syah (Parameswara) dari Singapura setelah dikalahkan oleh Majapahit pada awal abad ke-15 menggunakan sungai ini. Demikian pula apabila Melaka jatuh ke tangan portugis pada tahun 1511, raja dan pembesar Melaka melarikan diri melalui Sungai Muar. Walau bagaimana pun dari beberapa sumber bertulis dan keterangan lisan didapati banyak kemungkinan bagaimana nama Muar itu telah ditentukan. Menurut catatan Dato` Abdul Syukor Ismail, nama Muar dipercayai berasal dari perkataan Sunda iaitu `MUARA` yang bermaksud kuala sungai. Nama ini telah diberi oleh orang-orang Sumatera yang datang ke Muar pada zaman dahulu. Ada kemungkinan apabila mereka sampai ke pantai barat Semenanjung Tanah Melayu, mereka tertarik kepada kuala sungai yang terbuka luas itu lalu dinamakan Sungai Muara. Lama kelamaan nama itu disebut dengan pendek sahaja iaitu Muar.

Friday, November 28, 2008

StatCounter

Walaupun blog aku ni dah berusia lebih setahun tapi entah mengapa baru pagi ni aku berminat untuk mengadakan 'StatCounter'. Dulu, masa mula2 berblog aku memang tidak mengharapkan sangat yg blog aku akan dikunjungi ramai, biar ler aku syok sendiri! Namun tadi, selepas menjengah blog Norhayati Rasul, tergerak pulak hati nak adakan 'StatCounter' tu. Aku masih seperti dulu jugak, tak kisah ttg bilangan pelawat tetapi aku tetap sanjung dan hargai kalian yg sudi menjengah blog ini. Shukran Jazilan!

Thursday, November 27, 2008

asal-usul nama Johor

Johor merupakan salah sebuah negeri yg tertua pernah menerima pengaruh Kerajaan Seriwijaya dan mempunyai sejarahnya yg tersendiri. Johor telah pun disebut-sebut sejak sebelum Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka lagi. Menurut catatan dalam prasasti bertarikh 1006 Masihi dan buku Undang-undang Siam pada tahun 1438, Johor telah disebut sebagai Wurawari atau Warawari atau Wawari yg bermaksud air yg jernih. Mengikut catatan seorang pengarang Portugis bernama Godinho d'Eridia, Marco polo telah membuat pelayaran pada tahun 1292 hingga ke Hujung Tanah. Nama yg sama juga disebut di dalam Hikayat Jawa 'Negara Kertagana' yg ditulis oleh Prapanca pada tahun 1365, Johor disebut sebagai Negeri Ujung Tanah atau Hujung Madini kerana Johor terletak di tanah yg paling selatan benua Asia.

Mengikut pertuturan di kalangan saudagar yg singgah di Johor, Johor disebut sebagai Jantan atau Jantana atau Santana atau Tana yg membawa maksud Ujung Tanah. Dalam buku Sejarah Melayu yg ditulis oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1612, Johor disebut dalam bahasa Jawa sebagai Ganggayu atau Gangga Ayu yg bermaksud sama seperti Warawari merupakan sebuah kerajaan besar di hulu Sungai Johor. Dalam bahasa Siam, Johor disebut sebagai Gelangkyu dan orang-orang Jawa menyebut Johor sebagai Galuh. Kedua-dua perkataan ini membawa maksud batu permata. Orang-orang Arab pula menyebut batu permata sebagai Jauhar. Daripada sebutan Jauhar inilah, nama Johor terbit dan kekal hingga sekarang.

Sumber: Suara dan Berita Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Johor.
Baca lagi tentang sejarah Johor di sini.

Tuesday, November 25, 2008

burung puyuh goreng

Lepas zohor nanti aku bercadang hendak ke Bukit Katil, Melaka untuk menjengah anak bujang yg sedang berhempas pulas menduduki peperiksaan SPM. Si kecil Aisyah sejak dua hari lepas sibuk bercerita tentang burung puyuh goreng yang dijual di pasar lambak Taman Duyung. Dia sangat menggemarinya tetapi kedekut nak membeli menggunakan duit sendiri. Harganya ialah RM3.50. Daging burung memang ler sedap rasanya kan... Pasar lambak di Taman Duyung itu hanya diadakan pada setiap hari Selasa. Anak2 semua teruja nak makan burung puyuh goreng, mintak2 ada laa orang yg menjualnya...

Monday, November 24, 2008

buat laman web

Aku pernah diminta oleh seseorang kenalan rapat untuk mengajarnya membangunkan laman web. Sehingga kini aku masih lagi tiada kesempatan untuk mengajarnya dan rasa2nya memang aku tidak akan punya kesempatan untuk berbuat demikian. Hari ini aku terima lagi satu permohonan yang sama tetapi daripada orang yang lain dan seperti permintaan yang dulu itu, aku berasa sangat sukar untuk memenuhinya. Memang aku pernah belajar membina laman web sejak mengikuti program diploma di IAB lagi namun aku rasa lebih praktikal, mudah dan ringkas jika hanya membina blog sahaja.

Friday, November 21, 2008

kematian

Dua hari lepas, isteri Imam 1 masjid kampung aku meninggal dunia. Baru semalam selepas zohor aku dapat berjumpa dengannya untuk mengucapkan takziah. Semasa berbual, beliau ada bertanya kepada beberapa orang lain yang ada ketika itu tentang ada atau tidak doa2 khusus untuk melupakan isteri yg telah meninggal dunia. Aku turut menyampok, kalau teringat2 kat isteri yg baru meninggal, kira ok ler, biase ler tu.... Aku sempat bertanya dah berapa tahun hidup bersama. Katanya dah selama 58 tahun. Isterinya berumur 73 tahun dan beliau sendiri sudah menjangkau ke 80 tahun. Aku teringat pulak pada kata2 yang pernah aku ucapkan kepada isteriku; kita hidup bersama ni, akan sampai ketikanya nanti sama ada awak yang melihat mayat saya atau sebaliknya.... Kita tidak tahu bila masanya tapi ia adalah pasti!!!

Thursday, November 20, 2008

pelajaran

Selepas solat zohor di Masjid jamek Muar semalam, aku didatangi seorang lelaki (spontan aku menyangka tentu dia hendak meminta-minta) Sambil menghulur pengenalan diri;
Dia : “Saya nak balik”
Aku: “Awak nak balik mana?” (Sambil membelek2 pengenalan dirinya)
Dia: “Sungai Rambai”
Aku: “Sungai Rambai kat mana?” (Pengenalan diri itu mengesahkan bahawa dia adalah OKU, Jenis Ketidakupayaan: Masalah Pembelajaran)

Monday, November 17, 2008

kenduri kahwin

Semalam, ada 3 jemputan kahwin, aku penuhi ketiga2nya, rasa macam nak pengsan kekenyangan..... Rumah yang pertama jauh nun di sebelah selatan, pedalaman lagi. Lebih kurang jam 12 tgh hari aku sampai dan memang dah mula makan pun tapi masih belum ramai jemputan. Rumah yang kedua adalah rumah jiran, berselang beberapa rumah daripada rumah aku, majlisnya kecil sahaja, pengantin perempuan turut melayan tetamu, perkahwinan kali keduannya. Rumah yang ketiga nun jauh ke utara pula, waktu telah melewati jam 2, cuaca agak panas. Jemputannya ramai, nak ambil makanan pun terpaksa berbaris panjang. Isteriku dah tak larat nak makan, duduk saja dan melihat orang lain makan. Para jemputan menjamu selera sambil dihiburkan oleh 'liveband', memanjang lagu dangdut dan bingit memekakkan telinga. Teringat zaman 80an dulu, kenduri kahwin siap ada joget lambak pada malamnya, tua muda habis semua bertandak.... macam tak ingat dunia!!!

Friday, November 14, 2008

persaraan Tn Hj Mohd Esa Arbaai

Pagi tadi diadakan majlis bagi meraikan persaraan Tn Hj Mohd Esa Arbaai, Guru Cemerlang Bahasa Melayu. Beliau sebenarnya akan bersara pada 14 Disember 2008. Beliau telah dapat berkhidmat selama 31 tahun iaitu menjadi guru sejak berumur 25 tahun. Beliau telah bertugas selama 13 tahun di SK Parit Pinang Seribu, sekolah yang paling lama beliau bertugas. Persaraannya merupakan suatu kehilangan yang besar bukan sahaja kepada sekolah tetapi juga kepada dunia pendidikan amnya kerana penglibatan dan sumbangan beliau adalah sehingga ke peringkat kebangsaan. Beliau terlibat dalam kerja-kerja menyemak dan menghasilkan buku teks di Bahagian Buku Teks, KPM.

Thursday, November 13, 2008

keputusan upsr

Keputusan upsr telah diumumkan pagi tadi. Alhamdulillah, ada peningkatan dari segi kualitinya. Murid yg mendapat 5A telah bertambah. Matapelajaran Bahasa Inggeris mengalami kemerosotan yang agak teruk.

Tuesday, November 11, 2008

warga skpps


(gambar ini diambil semalam)

uji mata

(yang saya copy dari blog http://hijauzamrud.blogspot.com)


Check how long you need to do this puzzle.

Can you find the B (there are 2 B's)

RRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR RRRRRRRRRRRBRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR RRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR RRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR RRRRRRRRRRBRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR RRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR


Monday, November 10, 2008

perhimpunan terakhir

Perhimpunan pada pagi ini merupakan perhimpunan yang terakhir bagi sesi persekolahan 2008. Begitu cepat masa berlalu pergi.... Hujan lebat yang turun sejak subuh menyebabkan ramai murid tidak hadir ke sekolah. Pesanan utama kepada murid-murid ialah supaya dapat menggunakan masa cuti sebaik-baiknya, baca buku dan jaga keselamatan.

Saturday, November 08, 2008

ulangtahun kelahiran blog ini dan gotong royong perdana

1. Hari ini genaplah setahun blog ini dibangunkan. Alhamdulillah, semoga aku akan terus berblog....

2. Tidak sampai 10 orang ibu bapa yang datang bergotongroyong kerana kebetulan ada kenduri kahwin di kampung ini. Dah nak buat macam mana, gotong royong ini bukannya program sekolah, semua sekolah di Johor melaksanakannya.

Friday, November 07, 2008

Hari Kanak-kanak

Hari ini sekolah aku mengadakan Sambutan hari Kanak-kanak. Teringat ler pulak masa zaman kanak-kanak dulu. Sewaktu di darjah 6, aku ler yang menjadi wakil murid dan mengetuai pembacaan ikrar... Sekepas majlis perhimpunan itu, kami semua diberi sebungkus makanan dan kami pun makanlah dengan gembiranya, takde pulak dibuat sukaneka ke atau pun apa-apa permainan sepertimana sekarang ni namun kami tetap gembira pada waktu itu, maklum ler kanak-kanak.... berlari-lari sesaja pun seronok!!!

Thursday, November 06, 2008

kembali ke rahmatullah

Tn Hj Sulaiman bin Abd Samad, bekas pengetua SMK Tun Perak, Muar telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi. Al Fatihah!

Tuesday, November 04, 2008

PPDa

Pagi tadi aku ke SMK Raja Muda, Parit Jawa kerana dijemput menghadiri Majlis Pelancaran Pusat Sumber Program Pencegahan Dadah oleh Pengarah JPN Johor. Beliau tidak dapat hadir dan diwakilkan kepada timbalannya. Pusat sumber PPDa sekolah itu mendapat naib johan dalam pertandingan peringkat kebangsaan. Tahniah SMK Raja Muda, teruskan kecemerlangan ini!!!

Monday, November 03, 2008

bercinta.....

Setelah mendengar cerita2 tentang kes percintaan dengan isteri orang, aku teringat dengan sebaris ayat yang pernah aku terbaca di dalam novel cinta. Novel itu pun bukannya aku sengaja baca.....isteri aku yg baca, aku pun belek2 ler novel tu yg aku tengok begitu khusyuk sekali isteri aku membacanya. Terjumpa pulak dengan ayat ini, " ...... cinta itu tidak pernah mengira waktu dan tempat untuk jatuh." Memang ada kebenaran jugak pernyataan ini tapi berpada2 ler kalau nak bercinta, jangan main redah jer, kalau dah tentu yg perempuan tu isteri orang jangan ler nak digoda jugak.... bukan ke mencari penyakit namanya!!! Berhati2 ler kalau nak bercinta (lagi?) !!!

Friday, October 31, 2008

nama anak

Baru semalam aku berkesempatan untuk mendaftarkan anak aku yang dilahirkan pada 21 Oktober itu. Ada pulak dokumen yang aku tak bawak kerana menyangkakan ianya tidak diperlukan. Anak yang sebelum ini, dokumen itu tidak diperlukan. So, baru hari inilah surat beranak anak aku tu siap. Wife aku yang carikan nama dan bila aku tengok, kira ok ler.... Namanya NUR KHALISAH NADHIRAH yang bermakna cahaya suci/ikhlas yang berseri-seri. Mudah2an akan menjadi anak yang solehah, amin!

Friday, October 24, 2008

camping

Pada awalnya aku tidak berniat untuk tidur di sekolah tetapi apabila aku lihat tiada seorang pun guru lelaki yg tinggal untuk membuat kawalan malam selepas jam 2 pagi maka jadi pak guard ler pulak aku.... Hujan renyai2 dan kekadang lebat sikit, menyebabkan beberapa khemah dimasuki air. Masih ramai murid yg belum tidur. Beberapa kali aku terpaksa menjerit meminta diam dan tidur. Dah nama pun budak2, kalau setakat satu malam camping, mereka tidak dapat melelapkan mata. Asyik berbual entah apa2 entah....

Wednesday, October 22, 2008

anak murid

Sedang aku meninjau2 barang di pasar lambak di Taman Duyung, Bkt Katil Melaka petang semalam, seseorang menegurku, "Ustaz Yusof kan? (panggil aku ustaz ler pulak)." Ingatanku terus melayang jauh ke Sekolah Menengah Agama Rompin, di Kuala Rompin, Pahang, hanya semasa mengajar di situ sahaja yg aku dipanggil ustaz walaupun aku mengajar BM dan Sejarah..... Aku tersengih2 memandangnya yg juga tersenyum2, "Saya Anizamlah ustaz, anak murid yg nakal dulu......ustaz tak banyak berubah, lebih kurang macam dulu jugak....." Nak tergelak aku, mana boleh tak berubah, 'macam dulu' tu ialah lebih daripada 20 tahun yg lalu.... rambut dah banyak yg beruban malah janggut pun dah hampir separuh yg beruban.....hehehe. Masih ada jugak anak murid yg masih ingat kat aku. Kebanyakan anak2 murid aku kalau bekerja ialah sebagai ustaz atau pun di pejabat agama atau apa2 yg ada kaitan dgn agama, maklum ler lepasan drp sekolah agama. Menurut cerita Anizam, dia bekerja dgn PDRM, Melaka, bahagian agama. Dah 17 tahun dia tinggal di Melaka, dah kira jadi orang Melaka ler tu...

Tuesday, October 21, 2008

My Wife

Hari semalam dan juga hari ini, aku agak sibuk di hospital kerana urusan isteriku yang akan melahirkan anak kami yang kedua. Tekanan darahnya meningkat dan baby pulak agak besar, so doktor putuskan supaya dibedah sahaja. Pagi ni operation akan dijalankan. Semoga semuanya berjalan lancar dan terutama isteriku dan baby kami selamat hendaknya, amin!

Saturday, October 18, 2008

rumah terbuka

Hujung mingu ini padat dengan jemputan rumah terbuka. Semalam selepas isya, aku sorang2 jer datang, sibuk tuan rumah bertanyakan mana yg lain, isteri2 dan anak2, tersengih2 jer la aku..... Pagi ini, prasekolah buat sambutan raya, sejak petang semalam buat persiapan (rewang), aku ada kat ofis semalam dan rasa nak tolong tapi tak sampai hati ler pulak, sebab tak ada seorang pun lelaki yg datang... Tengah hari nanti ada rumah terbuka di rumah Ustazah Fidah dan malam pula kat rumah Cikgu Azizah... Esok, ada jemputan kahwin kat rumah mertua Cikgu Siti Zaleha....., semua ni cikgu2 aku, tak kan ler tak ditunaikan jemputan mereka, aduhai!!! berat badan dah mula naik semula dah....

Friday, October 17, 2008

kawan sekolah

Petang semalam selepas asar, bersama2 dengan anak perempuan bongsu yg manja tu, aku ke rumah rakan sekelas. Ada dua orang dan rumah mereka pun berhampiran di antara satu sama lain. Cadangan awal nak ke rumah yg bernama Abd Rahim dulu tapi tak pasti ler pulak di mana rumahnya. Lantas aku ke rumah yg bernama Jailani saja, dia berhenti tentera dan kini bekerja sendiri di kampung. Rupa-rupanya, apabila mula sahaja bersembang maka timbul terlalu banyak perkara yg hendak dibualkan namun terhalang dek kesuntukan masa. Aku mohon berundur dulu dengan harapan akan bertemu kembali bagi menyambung terutamanya perbualan mengenai masa2 lampau yg terlalu nostalgik itu.

Thursday, October 16, 2008

peperiksaan akhir tahun

Pagi tadi aku ke SK Ismail Satu untuk mengambil kertas soalan untuk peperiksaan akhir tahun. Peperiksaan ini adalah setara untuk seluruh Johor yang disediakan oleh JPNJ. Ianya akan diadakan selama 3 hari mulai 20 Otober depan. Bertuah cikgu-cikgu sekarang kerana tidak perlu lagi bersusah payah dan bertungkus lumus untuk menyediakan kertas soalan.

Monday, October 13, 2008

bulan terakhir sesi persekolahan 2008

Sesi persekolahan bagi tahun 2008 ini hanya tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi. Terasa sangat pantas masa berlalu. Walaupun banyak juga program di sekolah yang telah berjaya dilaksanakan namun masih ada dalam takwim beberapa program yang belum dijalankan. Kelihatannya macam tiada kesempatan sahaja untuk melaksanakannya memandangkan tempoh masa yang semakin suntuk. Program-program untuk tahun depan pulak telah mula sibuk difikirkan sekarang ini.

Saturday, October 11, 2008

sambutan hari raya sekolah

Semalam, sekolah aku mengadakan sambutan hari raya. Semua murid datang dgn memakai baju raya dan membawa sedikit kuih-muih. Semua warga sekolah berbaju raya, wah, comel2, cantik2 dan hensem2 semua!!!

Program bermula jam 8.30 di mana setiap kelas buat persiapan dan jam 9, marhaban dari kelas ke kelas telah diadakan yg disertai jugak oleh para guru. Orang Johor ler katakan..., tak tinggal dgn marhabannya! Hari semalam kira habis masa dgn program beraya la dan kebetulan pulak hari Jumaat, sekolah tamat jam 11.50 pagi.

Satu perkara yg ketara aku perhatikan ialah kuih-muih yg dibawa oleh murid2 tidak seperti tahun lepas, selain drp kurang jenis2nya, yg dibawa pun tak banyak. Kesan langsung daripada inflasi kot!!!

Esok akan diadakan pulak program marhaban ke rumah2 ibu bapa/penjaga murid sambil mengutip derma utk tabung PIBG.

Friday, October 10, 2008

hilang handphone lagi

Buat sekian kalinya dua hari lepas aku kehilangan handphone lagi. Selain daripada yang kena curi, beberapa kali yang hilang itu adalah kerana aku lupa letak di mana atau tercicir di kedai atau di mana2 tempat yg aku singgah, pelupa sungguh..... Isteri suruh gantung kat leher jer tapi kalau gantung kat leher pun takkan ler tak bukak2 kan? dan isteri juga tak beri beli handphone yg mahal2, beli yg paling murah!!!

Monday, October 06, 2008

bersekolah semula

Hari ini adalah hari yang keenam raya dan hari pertama kembali ke sekolah selepas bercuti selama 9 hari. Walaupun tak ramai tapi masih ada murid yang sambung cuti raya. Di kalangan yang datang ke sekolah pula, ramai yang kelihatan letih dan kurang bermaya, mungkin terlebih makan kuih dan terlebih minum air berkarbonat agaknya. Semua masih dalam mood raya, termasuk ler guru2 jugak....!!!

Friday, September 26, 2008

duit raya

Mulai esok sekolah akan bercuti selama lebih kurang seminggu bagi menyambut hari raya. Seronok ler murid-murid...... dan guru-guru pun apa kurangnya! Masuk jer minggu terakhir puasa ni, bilik guru jadi macam pasar ramadhan ler pulak, sibuk dengan urusan jual beli kuih muih dan barang2 lain yang berkaitan......

Sebelum balik hari ini, murid2 akan diberi duit raya dan anak2 yatim akan diberi sumbangan khas. Alhamdulillah, ramai guru dan staf yang menghulur sumbangan. Mudah2an bertambah berkat la rezeki anda semua, amin!

Wednesday, September 24, 2008

Taklimat Pemantauan Akhir @ Awal Tahun

Taklimat diadakan di SJK (C) Pu Nan, Bakri, Muar. Kali pertama aku menjejak kaki di sekolah ini dalam keadaan hujan renyai-renyai. Patut ler sebelum zohor tadi aku rasa kepala aku pening semacam, rupa2nya kena hujan, antibodi dah lemah, maklum ler dah tua.....

Terasa masa berlalu begitu pantas, sedar tak sedar dah nak hampir hujung tahun dan persiapan telah mula dibuat untuk menghadapi tahun hadapan. Usia kita menjadi semakin berkurangan dan saat untuk meninggalkan dunia ini semakin hampir. Bagaimana dengan persediaan untuk kembali ke alam yang kekal abadi???

Friday, September 19, 2008

audit kurikulum

Pagi tadi aku hadiri mesyuarat audit kurikulum bagi tahun 5 berdasarkan UPPM 3 bagi daerah Muar. Kata Penolong PPD Akademik, ini adalah sebagai persediaan awal untuk mengekalkan kedudukan Muar no. 1 di Johor. UPPM 4 (Peperiksaan Akhir Tahun) akan diadakan mulai pada 20 Oktober dan keputusannya nanti akan dijadikan sebagai TOV untuk calon2 UPSR 2009. Ibarat perlumbaan kereta formula one, kita mestilah berusaha mendapatkan petak di hadapan dan akan terus memecut dan mengakhiri perlumbaan sebagai juara!

Thursday, September 18, 2008

shooting utk eduwebtv

Pada hari ini sekolah didatangi oleh syarikat penggambaran yang ditugaskan untuk membuat penggambaran P&P oleh Tn Hj Mohd. Esa Arbaai, guru cemerlang, temubual dengan murid-murid, guru-guru dan juga guru besar. Penggambaran juga meliputi bilik-bilik khas dan persekitaran sekolah.

Lawati eduwebtv di http://www.eduwebtv.com/index7.php

Monday, September 15, 2008

bubur lambuk

Sesiapa yang berminat untuk memasak sendiri bubur lambuk, cuba ler resepi ini:

Resipi : Bubur Lambuk Chef Sabri
Penyediaan: 200 orang
Masa penyediaan: 3 jam

Bahan:
3 kg Beras - di bersih berasingan
20 lit Air
10 cawan Minyak Masak
8 kg Daging - di kisar ( Minced Meat )
2 kg Sayur campur dingin beku ( Frozen mixe vegetables )
2 cawan Bawang Putih - di kisar
6 cawan Bawang Merah - di kisar
1 cawan Halia- di kisar
3 btg Serai - di kisar
3 cawan Buah keras - di rendam dan di kisar
3 helai Daun Pandan
1 cawan Daun Kari
2 sudu makan Buah Pelaga
2 sudu makan Kulit Kayu Manis
2 sudu makan Bunga Lawang
1 sudu Makan Bunga Cengkih
1 cawan Serbuk Jintan Manis
1 cawan Serbuk Jintan Putih
1 cawan Serbuk Lada hitam
2 cawan Serbuk rempah sup/ kormah
5 lit Santan Pekat
8 kuib serbuk pati daging
2 cawan Garam/secukup rasa
1 cawan Gula
3 biji Air Limau nipis

Hiasan: Bawang Goreng dan Daun bawang di hiris

Cara:
1. Bancuh serbuk jintan manis, jintan putih,ketumbar,lada hitam,serbuk rempah dengan 8 cawan air ,kacau hingga sebati.
2. Panaskan minyak,tumis bawang putih, halia, bawang merah, serai, daun pandan, daun kari,buah pelaga,bunga cengkih,bunga lawang hingga naik bau.
3. Masukan bancuh rempah dan kacau hingga pecah minyak.dan masukan air.
4. Masukan beras,serbuk pati tulang, kemudian kacau hingga mendidih dan biar renih hingga nasi menjadi bubur.
5. Masukan santan,buah keras,air limau dan biar renih selama 3o minit.
6. Akhir sekali masukan sayur-sayuran,garam dan gula secukup rasa.

Tip : Ada boleh tambah kerisik jika nak ubahkan rasanya.

Selamat mencuba!!!

niat

Semalam, selepas zohor aku dan keluarga ke bandar kerana menghantar anak bujang ke stesen bas untuk balik ke sekolah teknik Melaka. Isteri mencadangkan supaya balik nanti singgah di masjid yg ada menyediakan bubur lambuk, teringin katanya dan aku pun memang berhajat jugak nak memgambilnya. Setelah menghantar anak dan singgah di dua buah bazaar pakaian, masa masih lama lagi untuk menunggu masuknya waktu asar. Isteri kata kita balik sajalah dan ini bermakna terbatallah rancangan nak ambil bubur lambuk. Aku pun memandu pulang....., dah takde rezeki hari ni nak berbuka lambuk kan? Selepas solat asar aku balik ke rumah dan dari kejauhan kelihatan kereta jiran di depan rumah aku. Sejurus keluar dari kereta, dia lantas menghulur dua bungkusan; bubur lambuk, hadiah untuk jiran2, ada hajat sikit katanya....., masyaAllah, hajat kami dimakbulkan ALLAH SWT!!!

Sunday, September 14, 2008

niat jer . . .

Seorang jumpa aku dan bercerita; sepanjang bulan Ramadhan ni (yang dia ingat) dah tak kurang drp 2 kali niat/hajatnya terkabul. Pertama, pada suatu petang ketika membeli juadah di pasar Ramadhan, tergerak hatinya nak makan murtabak, nampak macam sedap jer tapi apabila memikirkan yg makanan sedia ada dah banyak maka tak ler jadi beli. Namun sebelum waktu berbuka, seorang kawannya telah datang ke rumah dan telah memberinya dua bungkus makanan. Bungkusan pertama berisi karipap dan bungkusan kedua........ sekeping murtabak!!!!

Kedua ialah pada suatu hari selepas solat asar dan dalam perjalanan balik ke rumah teringat dan teringin pulak nak makan bubur lambuk. Terdapat sebuah masjid yg memang setiap Ramadhan menyediakannya percuma. Oleh kerana tiada bekas, dia telah singgah di kedai dan membeli bekas plastik. Bergegas ke masjid tersebut kerana telah agak lewat dan malangnya bubur lambuk telah kehabisan. Dah takde rezeki! Sewaktu menikmati hidangan berbuka puasa, abang iparnya tetiba datang membawa semangkuk (bekas plastik yg sama seperti yg dibelinya tadi) bubur lambuk...... SubhanALLah!!!!

Kekawan pernah ke mengalami kejadian seperti ini?

Thursday, September 11, 2008

pertukaran guru

Pertukaran guru antara negeri secara online telah dibuka sejak 1 September dan akan berakhir pada 30 September ini. Sesiapa yang berhajat, silalah memohon....

Wednesday, September 10, 2008

semalam dan esok

spot tajuk

Terima kasih pd kekawan yg kirim spot tajuk utk beberapa subjek upsr. Pagi ini pun masih ada yg hantar, 99.9 true katanya.... terima kasih terima kasih. Tadi ada seorang guru tahun 6 yg beritahu; tak keluar pun tajuk spot semalam tu.... Aku kata; dah nama pun ramalan kan, kalau tak betul, salah ler....

Tuesday, September 09, 2008

upsr, 9 - 11 Sept

Murid-murid tahun 6 akan menduduki UPSR mulai hari ini hingga 11 Sept. Semalam, sebelum balik aku memberi pesanan sedikit kepada mereka. Mudah2an mereka berjaya cemerlang.

Monday, September 08, 2008

upsr

Pagi ini takde apa sangat isu yang aku cakapkan dalam perhimpunan mingguan. Cuma aku mengambil kesempatan mengucapkan selamat menduduki upsr kepada murid-murid tahun 6 yang seramai 42 orang itu. Mudah-mudahan dapat menjawab dengan tenang dan buat sehabis baik!

Friday, September 05, 2008

SBP

Pihak sekolah sedang menguruskan permohonan kemasukan ke tingkatan satu di sekolah2 berasrama penuh. Aku teringat kisah lebih kurang 30 tahun dulu. . . . selepas mendaftar nama dan menjalani orientasi di asrama (teruk jugak orientasinya, pagi2 subuh disuruh berkokok dan kemuncaknya ialah 'mandi SDAR' - dijirus dengan air rendaman pakaian yg dah berbau), aku pergi jumpa Naib Pengetua minta balik semula ke sekolah asal. Aku hanya sempat berada di Sekolah Datuk Abd. Razak, Seremban itu selama lebih kurang 10 hari saja. Antara sebab utama aku tak mahu teruskan belajar di situ ialah kerana melihat kepada cara study pelajar2 tingkatan 6 yang macam tidak bersungguh2 pada hal ketika itu aku begitu bersemangat untuk menempah tempat di universiti. Aku telah membuat satu keputusan yg cukup besar dalam hidup aku ketika berusia 18 tahun dan kisah itu masih segar di ingatan. . . .


http://www.sdaronline.edu.my/sdaronline/

Thursday, September 04, 2008

rumah guru

Aku hadir dalam mesyuarat JK Penempatan Rumah Guru bagi daerah Muar petang semalam. Di sekolah aku terdapat dua unit rumah guru yang berusia lebih tua daripada aku. Rumahnya dua bilik dan telah dibaikpulih tahun lepas, ok jugaklah.... bagi keluarga kecil, lebih2 lagi orang bujang. Sebenarnya permintaan untuk menduduki rumah guru adalah rendah. Ramai jugak yang tidak mahu mendudukinya kerana imbuhan tetap perumahan akan dipotong dan COLA hanya layak separuh saja. Besar jugak amaun tu kan....??

Wednesday, September 03, 2008

murtabak

Semalam, hari kedua berpuasa, aku layan anak perempuan aku yang berumur 7 tahun membeli makanan. Dia teringin sangat nak makan murtabak, sekeping boleh habis katanya. Aku pun pergilah ke gerai murtabak yang selalu aku kunjungi apabila tiba bulan Ramadhan, nun di hujung kampung. Rupa dan rasanya memang menyelerakan. Terasa ringan dah mulut aku nak bertanya berapa harganya selepas membuat 'order' tapi tak jadi, biarlah.... berapa-berapa pun aku bayarlah....bukan selalu membeli kan? Apabila sampai di rumah, selepas isteri aku bertanya berapa harga murtabak itu, baru aku sedari bahawa harganya telah naik 50 sen berbanding pada tahun lepas. Aku sebenarnya dah lupa harga murtabak itu pada tahun lalu. Boleh tahan jugak naiknya tu!!!

Tuesday, September 02, 2008

pasar ramadhan

Petang semalam aku ke pasar ramadhan berdekatan rumah mak mertua aku, punya ler ramai orang, nak berjalan pun susah...... kelihatan macam orang lebih ramai dari makanan. Kata penjual kat situ; biasa ler bang, hari pertama puasa...... (layan nafsu...). Aku cari kuih yg wife aku pesan pun tak jumpa, dah habis......... last2 aku beli kurma dan ABC bungkus jer.

Sunday, August 31, 2008

puasa



Selamat berpuasa! Moga diberi hidayah dan taufik oleh ALLAH SWT untuk kita beramal, amin.

Saturday, August 30, 2008

merdeka

Selamat menyambut Ulangtahun Hari Kemerdekaan yang ke 51!

Kemerdekaan

Aku paparkan sedutan drp sajak 'Atuk Merdeka' khas buat semua member PPGB UPSI Kohort 5;

Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?

Atukku,
Aku ingin merdeka.

Jika kau ingin merdeka,
Lupakan tentang perarakan di Dataran Merdeka,
Simpanlah budget kereta berhias dan pentas lintas hormat,
Untuk membeli kayu,
Untuk membeli pagar,
Untuk membeli mangkuk,
Untuk membeli bintang,
Untuk membeli seluar dalam,
Untuk membeli merdeka.

Ujang K.L 92(Sajak ini dideklamasikan sempena Malam Merdeka di UPM.)

Friday, August 29, 2008

Perhimpunan Khas Sambutan Hari Kemerdekaan

Sekolah aku mengadakan majlis tersebut pagi tadi. Ada 3 buah teks ucapan iaitu ucapan Yang Dipertuan Agong, Menteri Pelajaran dan KPPM. Adakah anda tahu dan ingat tema sambutan hari kemerdekaan pada tahun ini? Jangan sampai tak tahu...........! Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!

Thursday, August 28, 2008

online......

Petang semalam aku hadiri taklimat pendaftaran PTK online bagi kakitangan pendidikan yang berkelulusan SRP/LCE dan petang ini taklimat untuk Pengambilan Pelajar SBP Sesi 2009 pula. Sejak Isnin lepas ada saja mesyuarat/taklimat....., dah nak kata macam mana.....kan kita ni 'Saya yang menurut perintah'.........

Wednesday, August 27, 2008

solat hajat

Sekolah aku mengadakan majlis solat hajat untuk UPSR malam tadi. Sebenarnya semua sekolah daerah Muar serentak mengadakannya.

Pagi ini di Masjid Jamek Parit Jawa, seluruh GB daerah Muar mengadakan Solat Hajat Perdana.

Sunday, August 24, 2008

ke IJN

Aku akan ke IJN esok untuk oppointment isteri. Cadangan awal nak ke KL pada petang ini tapi banyak pulak urusan yang perlu dibereskan. Aku dah ambil cuti untuk dua hari, Isnin dan Selasa. Moga-moga semuanya berjalan lancar, InsyaAllah.

Monday, August 18, 2008

suhakam

Pagi ini aku menghadiri Program 'Suhakam Bersama Rakyat'. Matlamat utama program ini adalah untuk memperkenalkan SUHAKAM dan kepentingan hak asasi manusia kepada masyarakat umum serta memberi peluang kepada para hadirin untuk berdialog secara langsung dengan Pesuruhjaya SUHAKAM mengenai isu-isu yang berkaitan dengan hak asasi manusia.

Sunday, August 17, 2008

gambar gerhana bulan

Gambar ini aku ambil pagi tadi, lebih kurang pada jam 4.30 pagi. Aku dah lama dah tak tengok gerhana bulan, itu yang aku berjaga malam tadi hingga ke pagi....


Saturday, August 16, 2008

gerhana bulan

Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban dan adalah diberitakan bahawa pagi esok(lebih kurang jam 3, 17 Ogos 2008) akan berlaku gerhana bulan. Mudah-mudahan kita akan dapat menyaksikannya dan dapat pula sembahyang sunat gerhana bulan.

Friday, August 15, 2008

wireless router

Projek wireless router di sekolah aku telah diwujudkan sejak tiga empat bulan lepas tapi sistem 'wiring'nye kurang memuaskan. Semalam, rewiring dan hari ni dah ok, cuma kalau di kawasan pejabat dan bilik GB, signalnya very low, menderita ler sikit GB tu, cian dia......

Thursday, August 14, 2008

YB

Pagi tadi, aku berjumpa dengan seorang kawan GB yg bersara (YB) lebih kurang 5 tahun lepas, beriya-iya mengajak aku minum, rasa ler pulak duit orang bersara katanya. Sempat ler bersembang cerita2 lama. GB ni pernah heboh ceritanya kerana menimang anak ketujuh pada usia lebihkurang setahun sebelum bersara. Isterinya berumur 47 tahun ketika itu dan anak yg sebelum itu telah pun berumur 17 tahun. Ramai yg mengingatkannya tentang kemungkinan anak tersebut akan mengamali ketidaksempurnaan tetapi alhamdulillah, anak tersebut cukup sempurna malah sihat dan cerdas pula. Itulah bukti dan contoh akan kekuasaan Allah SWT yg sesungguh berkuasa di atas segala sesuatu!

Wednesday, August 13, 2008

nak jadi ikan

alangkah beruntungnya menjadi ikan yang riang berenang dan akan tamat riwayat hidupnya tanpa perlu menghadapi perkiraan di alam akhirat....

Tuesday, August 12, 2008

wawasan

inilah wawasan warga pendidikan di Muar khasnya dan juga di peringkat negeri bagi tahun 2008 ini, moga2 tercapai!!!

Monday, August 11, 2008

pe kaba?

setelah lebih daripada sebulan tidak berjumpa, cikgu2 aku semuanya sihat2 belaka, yg sorang tu dah bersalin, anak sulong, alhamdulillah..... yang sedang menunggu pun ada sorang, yg lelain belum nampak bayang lagi, masih mengarang kot..... elok ler tu, sementara umur masih muda ni, biar ler dapat anak ramai2 sikit....

aku terima cerita terbaru dan perlukan siasatan rapi dan tindakan yg tepat. Macam2 hal kat sekolah..... terasa macam aman pulak ketika berada di upsi, cuma bengang belajar jer la dan tension bila nak exam....

teringat ler pulak kekawan, apa kaba anda di sana?

Saturday, August 09, 2008

kembali ke sekolah

hari ini aku ke sekolah kerana sekolah ganti. Macam rasa tak rajin ler pulak.... tak hilang lagi penat balik dari Tanjung Malim.... dan kena dapatkan semula mood kerja. Projek 3 belum siap dan ada satu 'take home assignment' yg kena hantar pada awal September.

Urusan sekolah banyak yang perlu dibereskan!

Wednesday, August 06, 2008

kaunseling sekolah

hari ini paper terakhir dan aku memang tak bersedia sangat, tak ingat apa yg dah dibaca dan yg dibaca pun tak ler banyak mana.... mula ler aku gelabah..... dan dengan berakhirnya exam ini maka dengan rasminya tamatlah pengajian pengurusan pendidikan GB aku selama 2 tahun di upsi, alhamdulillah.

dan berakhir juga pertemuan kita selama lebih 3 tahun.... rasa sedih dan sunyi, bilakah kita dapat bertemu lagi? Ni lepas exam aku masih di bilik kuliah, keseorangan, aku tak jumpa pun kekawan kat parking lot, nanti aku rasa sedih sangat dan menangis ler pulak, huhu

Tuesday, August 05, 2008

kertas penyeliaan

hari ini kali pertama aku duduk exam hingga aku menjadi orang yang kedua terakhir hantar kertas jawapan, walapun masa belum tamat tapi member lain semua dah keluar... sebenarnya perut aku meragam tengah2 jawab soalan tadi, apa lagi berkejar ler aku ke tandas, hampir 20 minit jugak aku melabur! hehehe

Thursday, July 31, 2008

kuliah terakhir

hari ini, tamatlah sudah kursus PPGB aku di UPSI, minggu depan exam 3 paper, pastu merdeka!!! Alhamdulillah, akhirnya berjaya jugak aku harungi perjuangan ini dlm usia yg menjangkau ke separuh abad. Sambung lagi?.... tak pasti la.... rasa macam dah tak larat!

Wednesday, July 30, 2008

Tuesday, July 29, 2008

pertemuan dgn Prof Datuk Ibrahim Ahmad Bajunid

Kami baru sahaja selesai mengikuti pertemuan khas dengan bekas pengarah IAB tersebut. Lontaran idea dan pemikirannya begitu mengkagumkan. Begitu juga dgn saranan dan dorongannya, mengesankan sekali. Terbukti bahawa sesungguhnya anugerah akal dan fikiran oleh Allah SWT kepada kita adalah suatu nikmat yg sangat besar dan agung. Alhamdulillah.

Sila layari url di bawah ini utk baca artikel beliau 'Old is gold'

http://elib.unitar.edu.my/staff-publications/Datuk%20Ibrahim/old_is_gold.htm

kembar lain emak lain bapak









Monday, July 28, 2008

kawan baik

Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .
Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya.
Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.
Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.
Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.
Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada disisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan kawan yang baik .
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya.
Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.
Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.
Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baik nya.
Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita.
Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!!

Amin Yarabbil Alamin.


Sumber: http://dc-ni.blogspot.com/

Thursday, July 24, 2008

bercakap


semasa kecil - aku lambat bercakap, sehingga emak aku menyangka yg aku ni bisu, suruh bukak mulut luas2, tengok ada tak anak tekak. Orang kata sapa yg tak ada anak tekak , dia tidak akan boleh bercakap.

semasa awal remaja - walapun dah boleh bercakap tetapi di sekolah masih pasif, malas nak bertanya dan tidak banyak bercakap.

semasa remaja - tidak begitu pandai berkomunikasi tetapi suka sangat menulis surat. Aku mula menyedari bahawa adalah lebih mudah meluahkan perasaan secara bertulis daripada secara lisan.

semasa dewasa - setelah berkahwin, pandai dah bercakap, berbual dan berborak secara normal.

semasa berumur (maksudnya tua ler, umur melebihi 40 tahun) - aku mulai banyak cakap, ditambah pula memang aku bekerja bermodalkan cakap, kata orang modal air liur jer... Semasa berbual2 dgn kekawan, selalu terjadi yg aku saja banyak bercakap dan macam susah ler pulak nak berhenti. Macam2 perkara yg aku cakapkan dan seringkali juga berlaku pengulangan! Aku lantas teringat pada arwah nenek yg semasa hayatnya suka sangat bercakap dan bercerita dan kebanyakan daripada cerita itu bukanlah yg pertama kali diceritakan. Adakah aku sedang menghampiri dan memasuki era dan dimensi tersebut? Bagaimana dengan anda?

Wednesday, July 23, 2008

penghulu sakit


Sabri Abidin Sulong, penghulu kumpulan kami telah jatuh sakit pagi tadi dalam perjalanan ke kampus dan dikejarkan ke klinik, diperiksa, disuntik 4 kali, disuruh berehat dan petang tadi telah pun balik ke kolej. Masih lemah dan asyik nak tidur sahaja, mungkin kesan drp suntikan. Anaknya datang utk membawanya pulang dan mungkin pada saat ini telah pun bertolak pulang. Semoga semuanya selamat dan tidak berlaku apa2 yg tidak diingini, amin.

Monday, July 21, 2008

kuiz perakaunan

bab kira mengira ni memang aku slow la, pastu banyak ler pulak tersilapnya. Nasib baik ler urusan kewangan sekolah sekarang ini telah menggunakan PATSKOM, banyak sangat ler mudahnya. Teringat aku kat PT di sekolah yg kekadang aku dapati agak slow macam aku jugak...hingga ramai yg hampir hilang kesabarannya, terutama hal2 yg berkaitan dgn duit, biasa ler bab duit ni semua nak cepat.....kan?

Sunday, July 20, 2008

Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yan g sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yan g diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Sumber: http://www.al-zuhaily.blogspot.com/

Saturday, July 19, 2008

batuk2

sejak hari khamis tekak aku dah rasa lain macam... biasanya aku mengidap demam dulu, pastu selsema dan last sekali baru batuk. Ntah apa yg aku dah silap makan/minum ntah, ada tak ada beberapa hari kebelakangan ni aku selalu minum kopi 'o', si usof rompin tu la, suka sangat dia minum kopi 434 buatan muar tu dan ajak/paksa aku minum sekali.....hehehe jgn marah sof, aku tetap akan belikan utk kau kalau kau memesannya, FOC lagi!

sehari dua ni badan tak tentu rasa dan assignment masih belum dapat diselesaikan dan kerinduan terus membara ......

Thursday, July 17, 2008

jom ke rompin

usof rompin ajak aku ikut dia balik pagi tadi. aku memang teringin nak ikut kerana rompin adalah tempat posting aku yg pertama. banyak kenangan pahit manis di situ..... sekolah tu dah semakin cantik dan bandar rompin sendiri telah mengalami perubahan yg bukan sedikit. selama 5 tahun aku di sana dan hampir semua tempat di rompin telah kujelajahi, kekawan pun masih ramai di sana....

pagi tadi jam 07:39:30 pg aku hantar mesej kat usof rompin; "Sori, aku x dpt ikut kau, tk"

Wednesday, July 16, 2008

kawan

1) kawan tu bukan macam main FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak..
2) kawan tu bukan macam main SKATE.. Mula-mula gosok.. lepas tu pijak..
3) kawan tu bukan macam main RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..
4) kawan tu bukannya macam PAMPERS... dah pakai, buang...
5) kawan tu bukannya macam BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.
6) kawan tu bukan macam PELANGI.. Hari cerah takde.. hujan gerimis baru muncul..
7) kawan tu bukan macam KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru...
8) kawan tu bukan macam CHIPSMORE.. kejap ade kejap takde..
9) lagi......kawan tu macam ape ye????

Walau ape pun tanggapan org tentang kawan.. bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya......

sumber: (dah terlupa)

Tuesday, July 15, 2008

diyak 53 - aku

aku mcm tak bape kenal si aku ni tapi ramai orang kenal dia sama di kalangan lelaki dan di kalangan pompuan jugak. Ramai jugak lelaki yang kata si dia aku ni suka dan berlebih melayan pompuan, yeke? (memang aku 'lebih' layan pompuan, sebab aku ada lebih pompuan, korang buat2 tak tahu pulak, hampeh betul la korang ni) Korang komen ler apa2 tentang aku, aku tak kisah... Selama lebih 3 tahun kita bersama, korang nyatakanlah apa persepsi korang terhadap diri aku sama ada sejak mula2 nampak dan kenal atau selama berada di IAB atau juga semasa menuntut di UPSI. Sudi2kanlah dan di atas kerjasama itu, aku dahului dengan ucapan setinggi2 penghargaan dan jutaan terima kasih.

Buat sekian kali jugak, aku memohon maaf jika ada yg tidak senang dan terasa hati dengan entri nostalgia ini, wassalam.

diyak 52 - pakya ansori

Zakaria Ansori ini berasal dari Kedah. Seorang yg lemah lembut, baik budi pekertinya (bercakap pun perlahan jer suaranya, serba serbi nampaknya bersopan dan lembut termasuk ler kelopak matanya yg dek kerana lembut, mudah ler pula terkatup terutama apabila berada dlm dewan kuliah, hehehe) dan bersopan santun, lagak calon menantu gitu.... Pakya ni ada ngidap sakit ye... hari2 kena makan tu. Keadaan fizikalnya lebih dulu ke hadapan berbanding usianya dan kerana itu kelihatan pakya macam atuk2 ler pulak, jgn marah pakya, aku gurau jer. Selamat maju jaya dan berbahagia bersama keluarga tercinta.

diyak 51 - simah

Aku mulai kenal rapat dengan Simah apabila dia join kumpulan kami. Sebelum ini, semasa di IAB dia berada bersama kumpulan A. Berasal dari Sabah, walaupun belum ada menantu, anak2 daranya semua dah besar panjang. Bila kau mahu terima menantu simah?? Seorang yg berbadan kecil tetapi mempunyai kekuatan fizikal yg luarbiasa dan di antara aktiviti lasak kegemarannya ialah berkayak (nanti boleh ler kau berkayak dari Sabah hingga Semananjung, aku tunggu di Kuala Sungai Muar, hehehe) Selamat maju jaya dan berbahagia bersama keluarga tercinta.

diyak 50 - abu

- budak baik, kerja kat EPRD, kau jangan nak berlagak tau.... banyak tahu ttg komputer dan berpengalaman luas dlm kerjaya pengurusan pendidikan, itu pun sbb dia keje di KPM, hehehe....

diyak 49 - adely

- dia ni pun kerja kat EPRD, kekadang macam berlagak tapi biasanya tak ler, ok jer cuma kekadang menyombong.....mahir komputer dan kuat study, tu psl dia boleh score.....hehehe

diyak 48 - azid

- dalam kumpulan kami, dia ni adalah lelaki Melayu Kelantan terakhir. Kelihatan macam bebudak jer, dah tu menyibuk ler pulak nak ngayat makcik2 glamour dlm kelas..... kena sunat sekali lagi baru tau!!!

diyak 47 - zul

berasal dari penang, seorang yg peramah, biasa ler kan org2 utara ni, terlebih ler pulak peramahnya.... lagak macam pensyarah dan memang seorang yg bijak pun dia ni.

diyak 46 - zu

GB rupawan ini menetap di Kuala Kangsar (dengar cerita dia sebenarnya berasal dari Kelantan, betul ke?). Seorang yg peramah, 'friendly', 'hardworking' dan kuat 'study' serta rajin balik kampung.... walaupun sorang diri, tgh2 mlm pun sanggup balik.....dia kata tak best dan tak bape boleh la tido kat kolej kerana biasanya tido berbantalkan lengan....(isk manja sungguh kau ni, bawak ler bantal bucuk kau tu dan jangan lupa botol susu jugak, hehehe ) Selamat maju jaya dan dan berbahagia bersama keluarga tercinta!