Wednesday, September 03, 2008

murtabak

Semalam, hari kedua berpuasa, aku layan anak perempuan aku yang berumur 7 tahun membeli makanan. Dia teringin sangat nak makan murtabak, sekeping boleh habis katanya. Aku pun pergilah ke gerai murtabak yang selalu aku kunjungi apabila tiba bulan Ramadhan, nun di hujung kampung. Rupa dan rasanya memang menyelerakan. Terasa ringan dah mulut aku nak bertanya berapa harganya selepas membuat 'order' tapi tak jadi, biarlah.... berapa-berapa pun aku bayarlah....bukan selalu membeli kan? Apabila sampai di rumah, selepas isteri aku bertanya berapa harga murtabak itu, baru aku sedari bahawa harganya telah naik 50 sen berbanding pada tahun lepas. Aku sebenarnya dah lupa harga murtabak itu pada tahun lalu. Boleh tahan jugak naiknya tu!!!

7 comments :

Anonymous said...

murtabak!!!!!ha...ha...ha....lebih baik wat sendiri lagi sedap, lagi banyak leh makan. tak yah kuar duit. wat sendiri lagi puas hati. nak wat murtabak daging, sardin, ayam telur atau seafood. tak caya cuba dulu baru tau!!!

Anonymous said...

setuju..setuju..setuju..

Anonymous said...

petang ni buat cekodok kurma je

Anonymous said...

murtabak memang sedap le. tapi siapa tau cara nak buat bubur lambuk?

yusofsipan said...

- buat sendiri memang ler sedap dan banyak bole makan tapi kekadang tak sedap jugak dan terlebih banyak, membazir pulak.... hehehe

- saya pun memang setuju ...

- julia; jadik ke semalam buat cekodok kurma, tentu sedap kan?

- dah 3 hari puasa ni lom makan lagi bubur lambuk..., biasanya singgah solat asar kat masjid yg ada sediakan bubur lambuk, lepas solat asar tu bole ler ambik....nak tahu cara buat, kena tanya mak saya ni...

Anonymous said...

Hmmm ... tahun ni membeli juadah memang terasa kenaikannya ... air2 ni tak de dah yg singgit .. semuanya 1.50-2 hengget ... mujur lagi kuih kat tempat saya 3 singgit .. walaupun portion dah mengecut ...

Apa boleh buat ... career woman like me doesn't cook! Huhu ...

yusofsipan said...

ok ler tu ..., kalau takde golongan macam cik fisha ni makin berkurang ler orang datang membeli kat pasar ramadhan tu...

memang semua barang naik harga! Perasan tak harga buah kurma sekarang? Tapi terpaksa juga ler membeli...