Friday, December 17, 2010

Monday, December 13, 2010

kursus sppk


semalam dan hari ini aku berada di Hotel Pelangi krn mengikuti kursus sppk dan kssr....



Friday, December 10, 2010

terapi hidung


Kita memiliki hidung, ada lubang di sebelah kiri dan di sebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas? Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin).

1. Jika sakit kepala, cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit, sakit kepala akan sembuh.

2. Jika anda merasa penat, tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Lakukan bergili-gilir. Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga paling panas, lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin.

3. Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya mudah sekali dingin. Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga mudah sekali marah.

4. Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat? Sebelah kiri atau kanan? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat, anda akan merasa sangat lelah. Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, anda akan merasa segar kembali dengan cepat.

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, tetapi efeknya akan lebih sesuai kepada orang dewasa. Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

http://hafizdanish88.blogspot.com/2010_11_01_archive.html



Monday, December 06, 2010

Tuesday, November 30, 2010

jumpa pengarah

Tn Hj Markom bin Giran (yg bersongkok), Pengarah Pelajaran Johor yg baru


jpn johor dengan kerjasama ppd Muar dan Segamat akan mengadakan majlis perjumpaan pengarah pelajaran johor bersama pengetua dan guru besar daerah muar, ledang dan segamat pada 2 Disember 2010 (Khamis), pendaftaran jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi.

Tuan/Puan diminta supaya bersarapan terlebih dahulu sebelum mendaftar…….. (strategi penjimatan nih, hehehe…….)

Majlis diadakan di Dewan Sri Ledang, Kolej Matrikulasi, Ledang.

Monday, November 29, 2010

makan, makan dan makan....



sabtu lepas, aku ade 6 jemputan kawen dan berazam utk penuhi kesemuanya. misi bermula jam 11 lbh dan aku control mkn di rumah pertama ni, kununnye nak spare rumah yg lain. Kat rumah kedua, aku dah rasa muak tngok lauk..... dan aku mkn buah jer (mesti ler buah anggur!!! hehe...), rumah ketiga, aku mkn sejemput nasi puti putih campur nasi beryani dan di rumah ke 4, aku minum air jer!!! (dlm pada tu anak aku dah merengek ajak balik....)

di rumah ke 5, aku ceduk jugak nasi jagung sikit sbb favorite aku ni, siap mkn kerepek ubi lg.... dan minum air, dua gelas!!!

dlm keadaan perut yg semakin berat, aku ckp kat wife, jom kita balik umah jer la, tak larat dah.....

miss umah ke 6!!!

huhuhu

Thursday, November 25, 2010

apresiasi upsr

pg smlm aku hadiri majlis meraikan guru2 thn 6 sekolah2 daerah muar & ledang yg diadakan di kolej kemahiran tinggi, serom, ledang. acara majlis tahunan ini menjemput semua guru yg mengajar subjek upsr, gpk 1 dan guru besar. Turut hadir smlm ialah Tn Hj Markom bin Giran, Pengarah Pelajaran Johor yg baru.

semua yg hadir kelihatan gembira krn pd tahun ini muO muncul sbg daerah terbaik di Johor dan dlm 22 kategori anugerah pencapaian upsr peringkat negeri nama MuO tidak mendapat tempat dlm hanya satu kategori, tahniah muO!!!

Tuesday, November 23, 2010

adik masa kecik




ini adalah antara gambar adik masa kecik yg sempat aku scan smlm, sekarang adik berumur 9 tahun...... seronok tengok gambar2 dia semasa kecik!!!

Wednesday, October 27, 2010

induksi

Aku hadiri taklimat induksi oleh jpnj smlm di ppd muO. Hampir seratus orang yg hadir dan ramai di antara mereka yg sejak 2008 dilantik dg41 tp lom dipanggil kursus induksi lagi. Aku dikecualikan kursus krn tlh ambil PAK dulu. Ada jugak kekawan yg meluahkan rasa tak puas hati ttg kursus induksi ini terutama guru veteran yg dah mengajar lbh drp 15 tahun. Mereka kata, tak boleh ke mereka dikecualikan dgn apa2 alasan..... Pegawai jpn kata, setakat ini tak boleh sbb jpa yg menentukan syarat utk pengesahan jawatan.

nota: ada lbh kurang 900 org yg belum hadiri kursus induksi di seluruh Johor ketika ini.....

Saturday, October 02, 2010

berkursus....

..... tiada kaitan dgn mane2 beruang, sama ada yg msh hidup atau yg telah mati!

Aku telah dipilih utk menghadiri kursus Pengurusan Prasekolah bagi GB/Pentadbir Sekolah di bawah Sub NKRA Prasekolah 2010 anjuran JPNJ pada;

Tarikh : 4 - 6 Oktober 2010
Tempat : Beruang Hill, Melaka


nota: lama dah tak pegi berkursus di melaka, wahai org2 melaka tunggu ler kedatangan hamba....!!!