Tuesday, January 31, 2017

resepi kuih Jabal Kunto

Bahan2

1. Tepung Gandum
2. Ibu Yis basah - yg kering mak ckp tak boleh. wwalaupun korang beli ibu Yis kering, then siram kasi basah, still tak boleh
3. Air pipe yg dimasak , dan diiktiraf sbg air mutlak - dari segi hukum, air mutlak bermaksud suci lagi menyucikan :)
4. Gula
5. Bahan2 utk sambal kacang (lada kering, kacang tanah and gula )

Alatan
1. Mangkuk utk uli tepung
2. Kuali + mnyak masak.


Gaul rata ke semua tepung, yis dan gula. Kemudian, tuangkan air dan dgn menggunakan tangan aje, kacau semua bahan td dengan air tu. Tak payah uli lama-lama sampai 3 hari 4 mlm plak ..s
Biar skjap, dalam 30 min (leh tutup janji jgn lalat, lipas, tikus, rama-rama, dtg dah lerr…).
Adunan ni tahan hingga semalaman (kalau nk mkn srpn esok paginye tu, mlm leh bancuh & simpan).

Alas tangan dgn tepung sket (agar tak melekat), ambil sket adunan, dlm sebesar bola ping-pong (saiz ikut suka tp jgn tebal sgt), then leperkan guna rolling pin (board utk meleper tu pun kene diletak tepung sket je)

Tarik nafas, hembus perlahan-dan panaskn minyak. Dgn api sederhana kecil, masuk satu persatu dengan hati yg tenang . Bila satu side dah menggelembung, baru balikkan (flip to the other side).

Dia garing sekejap je, tu yg api kene kecil kalau tak dalam x masak. Then siap di hidang ...
Jgn lupa, pastikan guna mnyak kualiti untuk menggoreng, Zero Kolestrol. Kalu tak, jadi mcm aku, kolestrol tnggi .Dah gelabah dok nak kurangkan kolesterol...takut mati cepat...org dosa bnyak , biasa lah….

Bahan cecah, sambal Kacang .... Takkan nak wat sambal Kacang pun nak ajar...jgn jahil sangat ok ... Jabal Kunto juga sgt sedap kalau di cecah kuah kari or asam pedas....



Sumber: http://mjalizan.blogspot.my/2011/03/jabbal-kunto-wei.html

1 comment :

Pencari Redha Allah said...

Kalau dapat bagi sukatan resepi lengkap lagi Bagus tuan