Tuesday, May 26, 2009

Tag 6th folder

Tag dari Nik Awin

---> anak dara sunti ni namanye Aisyah Arifah, umur 8 thn, anak bongsu drp 7 beradik. kakak & abgnye guna panggilan abah tp dia sorang guna papa, kelihatan cerdik dan sgt manja... antara hobinya ialah bersolek.... (tahun lepas, pernah tok wan dia ketawa mcm nak pecah perut bila dpt tahu dia beli sendiri pelembab bibir) kami panggil dia adik jer..... papa sayang adik!!!

The rules is very easy...
1) You just go to your photo folder in your computer..
2) Then go to the 6th folder of photos..
3) Then go to the 6th picture in that folder..
4) Put the picture on your blog n description of it.
5) Invite 6 friends to join the challenge.
1. anda
2. demo
3. hang
4-6 . seperti di atas ler jugak...
6) Link them in your blog n let them know they have been challenged.
sapa yang sudi..buat lah.

Sunday, May 24, 2009

ke jb

esok, Isnin (bermula jam 7.45 pg) akan diadakan Perjumpaan Pemimpin Pendidikan Negeri Johor Bersama Pengarah Pelajaran Johor Dan Program Memperkasa Zakat Oleh Majlis Agama Islam Johor di Dewan Besar, Pusat Islam Iskandar Jalan Masjid Abu Bakar, Johor Bahru.

Antara programnya;
---> Bicara Eksekutif oleh Yang Berbahagia Datuk Profesor Dr. Hussein bin Hj Ahmad dari Institut Pengajian Kepengetuaan Universiti Malaya.
---> Taklimat Memperkasa Zakat Majlis Agama Islam Johor.
---> Amanat Tuan Haji Sufa'at bin Tumin, Pengarah Pelajaran Johor; "Merealisasikan Perbincangan Strategik JPN 2009-2011"

Perjumpaan dijangka berakhir pd jam 4.30 ptg.

====> sempat ke aku nak jumpa sesapa kat jb tu ekk???

Friday, May 22, 2009

tahan marah

Seorang bapa murid darjah satu dtg berjumpa aku mengadu yg anaknya ditumbuk sehingga patah 2 btg gigi. Mmg nampak dua btg gigi yg hampir tercabut tapi tidak pulak kelihatan yg bibir atau mukanya bengkak. Aku terfikir, kuat sgt ke tumbukan murid darjah satu hingga boleh menyebabkan dua btg gigi patah?

dlm keadaan yg marah dan meninggi suara dia berkata;

1. saya nak pihak sekolah ambil tindakan, kenapa tiada apa2 tindakan semalam?
2. biasa pihak sekolah akan kata akan ambil tindakan tapi tiada apa2 tindakan pun.
3. saya nak jumpa dgn budak yg tumbuk anak saya, saya nak tanya kenapa dia tumbuk.
4. saya nak pihak sekolah ambil tindakan hari ini jugak.
5. saya akan 'monitor' tindakan yg akan diambil oleh pihak sekolah.

setelah habis dia bercakap, aku pun berkata (dlm keadaan mcm nak marah jugak) dgn perlahan:

1. guru disiplin telah melihat keadaan murid semalam yg kelihatan tidak begitu serius.
2. kita akan siasat terlebih dulu supaya dapat tahu keadaan yg sebenarnya, tak boleh ler terus percaya pada cakap budak2.
3. hanya ibu bapa sahaja yg boleh berjumpa dgn anak mereka, pihak lain tidak dibenarkan. Nanti kita sesama orang dewasa pulak yg akan bergaduh!
4. tak boleh ler tindakan diambil pada hari ini, kami kena siasat dulu (murid2 pun tgh menghadapi peperiksaan...)
5. sukati dia ler nak 'monitor' ke nak apa... (aku berkata dlm hati jer) sambil membiarkan dia meninggalkan kawasan sekolah dlm keadaan yg masih tidak puas hati.

----> semasa dlm bilik aku tadi aku sempat bertanya pd murid tu bgm boleh berlaku, dia kata kawan terlanggar semasa berlari2 pd waktu rehat, eh tadi bapa dia kata yg anaknya ditumbuk!!! tu ler psl aku jwb lbh kurang jer kat bapa budak tu krn dia pun dtg marah2 tanpa usul periksa terlbh dulu... tak boleh ke cakap dan bincang elok2 dan tahan ler dulu kemarahan tu!

Tuesday, May 19, 2009

guru idola

sambutan hari guru peringkat sekolah telah diadakan semalam. Dalam acara persembahan oleh guru2 telah diumumkan nama guru2 idola yg dibahagikan kepada beberapa kategori. Sungguh tidak disangka nama aku disebut sebagai guru idola dlm kategori guru yg baik hati. Undian telah dilakukan oleh semua murid tahun 3 hingga 6. Alhamdulillah, aku sebenarnya sgt sedar bahawa aku masih belum sebenar2nya memiliki sifat baik hati itu. Memang aku sedang berusaha utk memperbaiki diri namun sifat2 yg baik itu belum lagi sepenuhnya kuhayati dlm kehidupanku. Aku berdoa mudah2an anggapan dan sangkaan anak2 murid terhdp diri aku itu benar2 menjadi kenyataan....

Monday, May 18, 2009

anak murid

semlm ptg aku terima ucapan hari guru melalui sms. panjang smsnye dan yg agak memeranjatkan aku ialah ianya datang drp anak muridku yg kuajar pada tahun 1984. Beliau sekarang menjadi guru, mengajar di Maahad SAS, Bandar Jengka, Pahang, telah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak. Aku abadikan sms tu di sini;

kenangan itu satu nostalgia
hanya yang memahami bisa mengerti
hadirmu bak bintang2 bergemerlapan
melimpahkan cahaya di langit kehidupan
menerangi perjalanan bunga2 bangsa
mempermudah langkah
menggenggam wawasan
duhai guru,
baktimu kusanjung,
budimu kujunjung,
kugendong wadah hikmahmu
buat pedoman menerangi perjuangan,
duhai guruku yang budiman
dengarlah suara hati tulus mulus,
wakil menyampai pesan,
bingkisan terima kasih,
atas jasa meningkatkan taraf warga,
selamat hari guru!!!

drp: nafizal osman


---->Tetiba aku rasa rindu pd semua guru yg pernah mengajar aku dan ramai antara mereka yg sudah pun tiada lagi di dunia ini, alFatihah...utk mereka...

Sunday, May 17, 2009

menilai diri

orang kata kita tidak boleh menilai diri kita sendiri, tidak adil malah mungkin penilaian itu tidak relevan....

seorang sahabat dgn serius memberi komentar sempena dgn ulangtahun kelahiran aku dan hari guru, "kau memang sesuai sop jadi cikgu sebab ada daya pujuk yang tinggi, lemah lembut dalam bertutur dan senyum kau ada unsur menggoda...cuma payah nak dengar cakap orang...tu kau kena baiki..kau ada persepsi yang tersendiri, terutama pendapat dari aku, kalau kau diam pun kau bukan terima..."

memang tidak semua komennya benar dan boleh diterima kerana itu hanyalah pandangan dan pendapatnya sahaja, namun aku abadikan komen itu di sini sebagai ingatan dan panduan untuk aku perbaiki diri dan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih aku kepadanya....

Saturday, May 16, 2009

hari jadi aku (guru)

aku dilahirkan pada 16 Mei 1960, so hari ini adalah ulangtahun kelahiran aku yg ke 49 la... alhamdulillah syukur atas segala nikmat yg telah Allah SWT kurniakan... hampir separuh abad dah aku hidup di dunia ini, telah masuk usia senja namun persiapan utk kembali ke sana masih belum sempurna.....huhu

pada tarikh yg sama adalah Hari Guru, hanya kebetulan tapi aku memang berminat untuk menjadi guru dan dalam keluarga aku sendiri ada empat orang yg menjadi guru.

khas utk aku, korang kena ucap selamat hari lahir dulu kemudian baru ler selamat hari guru krn aku lahir dan jadi orang dulu sebelum aku jadi guru!

SELAMAT HARI GURU!!!

Thursday, May 14, 2009

program hari guru

hari guru yg jatuhnya pada 16 hb Mei tahun ini adalah hari Sabtu. Sambutan di peringkat sekolah akan diadakan pada hari Isnin 18 hb Mei. Di antara aktiviti yg akan diadakan (selain drp upacara rutin) ialah pertandingan bola baling antara guru lelaki dgn murid dan guru lelaki dikhendaki memakai kain batik ---> mcm2 la korang ni, mane aku nak cari kain batik, isteri aku dah tak pakai kain batik dah....huhu

Guru pompuan pulak akan bermain bola jaring dan mereka dikhendaki memakai kain pelikat ---> sukati kau ler labu.... jgn sampai laki kau tak berkain udah ler...

Selepas rehat akan diadakan karaoke ---> ni yg aku paling nyampah ni sbb aku tak pandai langsung nak menyanyi..... cabutan undi akan dilakukan dan sesapa yg kena mesti menyanyi---> tak bole ke korang buat aktiviti yg tdak menyusahkan org ....... buat ler yg relax2, santai.... bkn ke hari tsb merupakan harijadi aku jugak, respek (baca suspek) ler kat aku sikit yg dah tua ni....huhuhu, saje suka nak mendere ye....???


Wednesday, May 13, 2009

hari guru

apa nak citer ttg hari guru ni ek? Yang pasti sejak 1974 (sambutan hari guru telah diadakan mulai pada tahun 1972) baru aku tahu bahawa pada tarikh yang sama jugak adalah merupakan ulangtahun kelahiran aku....

Monday, May 11, 2009

harijadi Sarita

buat isteri tersayang, hari ini adalah hari ulangtahun kelahiranmu yg ke 37, ros yg seperti di atas pernah abg beri ketika mula2 kita berkahwin dulu tapi sekarang lama jugak dah tak beri..... bukan dah berkurangan kasih dan cinta abg, namun kata orang, lelaki mulutnya di hati... banyak kata cinta dan sayang yg diucapkan tapi tidak keluar di mulut. Kasih dan sayang abg pada ayg tetap mekar di hati!!!

Saturday, May 09, 2009

selamat hari ibu

Selamat hari ibu kepada semua ibu, khasnya semua ibu yg pernah menjengah blog ini. Semoga semuanya menjadi ibu yg baik, berjaya, bahagia di dunia lebih2 di akhirat, amin!

Friday, May 08, 2009

kembali ke rahmatullah

EN Johan bin Ali (suami Pn Aisyah bt Attan), GB SK St Andrew, Muar telah kembali ke rahmatullah pd mlm semlm lbh kurang jam 10.30 mlm. Innalillahi wainnailahi rajiun....

(Semasa mesy pengurusan pd hari Rabu lepas, aku duduk di sebelah allahyarham yg pd ketika itu tidak banyak bercakap dan hanya sibuk mencatat.....)

Takziah buat Pn Aisyah dan keluarga, bersabarlah....., kita sama2 doakan mudah2an allahyarham ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman dan beramal soleh, amin!

Al-Fatihah!

Thursday, May 07, 2009

dua perkara

aku hadiri mesyuarat pengurusan semalam dan ada dua perkara yg agak menarik perhatian aku;

1. Drp seratus lebih pengetua/gb Melayu, lbh kurang 10 org jer yg hadir dlm majlis sambutan hari keputeraan Sultan. Sultan takde, DO jer sbg wakil. Timbalan PPD kata yg tak datang tu seolah2 takde ketaatan ler kpd Sultan.
----------> aku rasa ada yg tak kena jer dr segi surat jemputan itu (pasti sistem jemputan tidak berkesan krn tak sampai 10% yg terpanggil datang!); sejak zaman berzaman kami merasakan kehadiran kami kekadang mcm melukut jer tp kalau betul nak kami dtg kenape tidak PPD sendiri mengeluarkan satu lg surat dan menyatakan bahawa kehadiran adalah diwajibkan.

2. PPD menerima aduan drp ibu bapa yg menyatakan bahawa terdapat guru yg 'pilih kasih' terhadap murid2 di sekolah.
----------> lama dah tak dengar citer ttg pilih kasih ni, aku ingat dah masuk zaman cyber ni dah takde citer yg tak cantik, comot dan miskin dianaktirikan oleh guru2.... (terkenang aku semasa bersekolah rendah dulu kiranya aku ni termasuk dlm kategori comot ler jugak cuma hinggus jer tak meleleh2... huhu)

Wednesday, May 06, 2009

untuk bertahan lebih lama....

hari ini aku post entri yg aku jumpa dlm sebuah blog spt url di bawah. agak sibuk sehari dua ni namun kugagahkan jugak menjengah blog dan supaya aku tidak di'sound' lg oleh member aku yg 'brutal' yg mencadangkan agar blog ini dikebumikan saja maka aku publish ler jugak entri baru. korang layan jer la ye, hehehe.....

Kelapa Parut
Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun. Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja. Gunakan sebelah pada 31 December 2009. Dan sebelah lagi pada 1 January 2010. Wah...tahan sampai 2 tahun kan ?

Nasi/Lauk
Biar tahan lebih lama, Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria. Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.

Barangan Kemas Terutama Emas
Kalau untuk lebih 'tahan lama', Bayarle zakat utk barang kemas tu atau pakai saja. Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat. Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang, ha ha haa...

Pakaian.
Nak tahan lama, Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing machine. Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach. Jangan bawa mandi kat beach. Gantung bila disimpan. Cuci guna air jeram/hujan. Jangan bagi pinjam kat kawan!!!. Kalau nak tahan lagi lama Pinjamlah Baju Member... Baju Sendiri Simpan.

Kereta
Nak tahan lama. Lepas beli, simpan kat garaj. tutup elok2. jangan bagi angin masuk, jangan bagi abuk masuk. jangan bagi wap air masuk. bayar loan bulan2. sampai abis loan. gerenti tahan lama.

Kenyang
Kalau nak tahan lama, Sebelum makan - baca bismillallah dan doa. Akhir makan - doa dan ucap alhamdullillah...

Umur
Umur nak tahan lama? Banyakkan senyum, jangan fikir semua masalah dan jangan merokok!!! (bukan sebab rokok tu bahaya tapi bazirkan duit saja, kalau duit tak ada banyakkan lagi masalah).

Rokok
Rokok nak tahan lama? Jangan hisapplah......!!!!, letak atas meja dan pandang saja.

Tidur
Nak tahan lama tak tidur malam. Rajin-rajinlah tidur siang.

Hubungan
Bertahan lama dalam persahabatan/hubungan, Jujur dan ikhlas je!!!!

Kerja
Nak tahan lama kerja, kerja betul2 jangan dok main internet ajer!


sumber; My Little House

Monday, May 04, 2009

Tag dari teman

..... banyak kali dah aku kena tag tp malas nak layan, ni la kali pertama aku melayannya, nape layan pulak ek.... ntah la.... biar la rahsia!

Rule:

1) Anda perlu printscreen wallpaper anda.
# ni wallpaper aku, dulu2 rajin ler buat mcm2, la ni malas, asalkn tak nyakitkn mata sudah!



2) Bagitau naper anda suka wallpaper anda?"
# sbb ianya tak perlu nak create sendiri....!

3) Sape yang kena tag seterusnya?
# aku nak tag sesapa jer yg dtg menjengah blog ini, anda jgn mengelat tau....!!! tp kalau tak nak takper, tak paksa...hehehe

"Cara untuk membuat printscreen wallpaper .... tekan button yg ada tulis Print Scrn / SysRq... biasa nye kedudukan button tu kat sebelah atas kanan buka Photoshop or Paint dalam Accesories.. paste kat situ..pastu save...then upload le ke blog" atau korang buat la cam mana pun asal dapat capture wallpaper korang.... hehehe


utk semua yg disayangi




... menyahut seruan seorang teman yg berpesan, " Jgn lupa tepek kat blog JIKA kamu juga sayang aku!....."

Sunday, May 03, 2009

layan anak


walaupun cucu dah balik, aku masih boleh sibuk melayan baby.... Nur Khalisah Nadhirah binti Yusof, berumur 6 bulan.... hehehe

Saturday, May 02, 2009

cucu dah balik

jam 7.30 pg tadi, cucu kesayangan dibawak balik oleh mak ayahnya ke kl selepas habis tempoh berpantang. Tak ler sedih sangat tapi akan kesunyian jugak la nt krn tak akan ada lg kedengaran tangisan baby terutama pd awal2 pg.... huhuhu