Monday, May 18, 2009

anak murid

semlm ptg aku terima ucapan hari guru melalui sms. panjang smsnye dan yg agak memeranjatkan aku ialah ianya datang drp anak muridku yg kuajar pada tahun 1984. Beliau sekarang menjadi guru, mengajar di Maahad SAS, Bandar Jengka, Pahang, telah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak. Aku abadikan sms tu di sini;

kenangan itu satu nostalgia
hanya yang memahami bisa mengerti
hadirmu bak bintang2 bergemerlapan
melimpahkan cahaya di langit kehidupan
menerangi perjalanan bunga2 bangsa
mempermudah langkah
menggenggam wawasan
duhai guru,
baktimu kusanjung,
budimu kujunjung,
kugendong wadah hikmahmu
buat pedoman menerangi perjuangan,
duhai guruku yang budiman
dengarlah suara hati tulus mulus,
wakil menyampai pesan,
bingkisan terima kasih,
atas jasa meningkatkan taraf warga,
selamat hari guru!!!

drp: nafizal osman


---->Tetiba aku rasa rindu pd semua guru yg pernah mengajar aku dan ramai antara mereka yg sudah pun tiada lagi di dunia ini, alFatihah...utk mereka...

2 comments :