Friday, May 22, 2009

tahan marah

Seorang bapa murid darjah satu dtg berjumpa aku mengadu yg anaknya ditumbuk sehingga patah 2 btg gigi. Mmg nampak dua btg gigi yg hampir tercabut tapi tidak pulak kelihatan yg bibir atau mukanya bengkak. Aku terfikir, kuat sgt ke tumbukan murid darjah satu hingga boleh menyebabkan dua btg gigi patah?

dlm keadaan yg marah dan meninggi suara dia berkata;

1. saya nak pihak sekolah ambil tindakan, kenapa tiada apa2 tindakan semalam?
2. biasa pihak sekolah akan kata akan ambil tindakan tapi tiada apa2 tindakan pun.
3. saya nak jumpa dgn budak yg tumbuk anak saya, saya nak tanya kenapa dia tumbuk.
4. saya nak pihak sekolah ambil tindakan hari ini jugak.
5. saya akan 'monitor' tindakan yg akan diambil oleh pihak sekolah.

setelah habis dia bercakap, aku pun berkata (dlm keadaan mcm nak marah jugak) dgn perlahan:

1. guru disiplin telah melihat keadaan murid semalam yg kelihatan tidak begitu serius.
2. kita akan siasat terlebih dulu supaya dapat tahu keadaan yg sebenarnya, tak boleh ler terus percaya pada cakap budak2.
3. hanya ibu bapa sahaja yg boleh berjumpa dgn anak mereka, pihak lain tidak dibenarkan. Nanti kita sesama orang dewasa pulak yg akan bergaduh!
4. tak boleh ler tindakan diambil pada hari ini, kami kena siasat dulu (murid2 pun tgh menghadapi peperiksaan...)
5. sukati dia ler nak 'monitor' ke nak apa... (aku berkata dlm hati jer) sambil membiarkan dia meninggalkan kawasan sekolah dlm keadaan yg masih tidak puas hati.

----> semasa dlm bilik aku tadi aku sempat bertanya pd murid tu bgm boleh berlaku, dia kata kawan terlanggar semasa berlari2 pd waktu rehat, eh tadi bapa dia kata yg anaknya ditumbuk!!! tu ler psl aku jwb lbh kurang jer kat bapa budak tu krn dia pun dtg marah2 tanpa usul periksa terlbh dulu... tak boleh ke cakap dan bincang elok2 dan tahan ler dulu kemarahan tu!

14 comments :

ZURAIDA said...

control marah cikgu yusof....
nanti hilang title guru idola tuh.
ehehehehhehe.....

Faris said...

Cop,
betul juga ckp zuraida tu. guru idola kena sabor banyak2. biasalah ibu bapa yg nk menyalahkan pihak sekolah.
aku ada juga satu kes ibu murid ni dtg nk suruh anak dia jwb semula exam sbb x habis jwb krn dia kata anak dia pandai. bila aku tanya cikgu, anak dia asyik bercakap semasa exam. lepas tu dia kata cikgu PJ ajar PJ suruh buka kasut dan ini boleh melukakan kaki disamping mengotorkan setokin. bila aku siasat, anak dia tanggal kasut sewaktu PJ kerana kemahiran gimnastik ketika itu.
So, mmg dasar ibu bapa sekrg nk tunjuk pandai aje dan sering menyalahkan pihak sekolah.
Sabor.... sabor..... sabor ajelah Cop..... GURU IDOLA lah katakan.

zaijb said...

sabor... cikgu...sabor dah tugas kita perlulah kita selesaikannye... tarik nafas dalam2 dan hembus perlahan2... dan releks. Kalau tak nanti akan rasa sakit bahu... letih dan cepat marah... uhhh dah ada tanda2 strees tue... berhati2 nanti high blood pressure pulak... bila dah macam tue, jantung terpaksa mengepam dr kadar yg normal after that nanti sakit jantung pulak dah... so bertenanglahhh dan byk bersabar.

yusofsipan said...

zu, mmg ler control kalau tak mahu tanggal songkok... mengamuk! hehehe

faris, mmg manusia ni bila time marah hilang kewarasannya, tak mereka tak kita la... so mmg kena banyak sabor!

zai, BP saya mmg dah border line, tu yg kekadang cepat jer berdesing telinga... sekarang pun kurang sihat, kaki dan tangan semua sakit... kalau zai dekat nak jugak jumpa utk periksa....hehe, eh tp nt sifu marah ler pulak!!! Jumpa misi kat sini jer la.....

labi said...

aku percaya kau boleh control marah tu, dan kau memang tenang orangnya..tapi aku tak percaya kalau misi zaijb datang check...sebab bab tu aku memang confuse pada keupayaan kau menahan ketenangan kau..kau mesti nak menggatal punya...jadi eloklah zaijb duduk kat jb, harap hanya pertemuan di alam maya saja, jangan call atau jumpa si labu tu, memang cair...sebab senyuman labu memang merbahaya pada kesihatan

cikguyusof said...

eh labi kat sini rupanya, ingatkan sedang khusyuk mengikuti cerita labu dan labi di blog zaijb. Sila baca sambungan kisah tsb yg baru jer dikarangkarut oleh datuk Y.....

teruskan membacanya!!!

labi said...

aku dah baca...tapi tunggu blogger dia sambung dulu..sebab turn dia..hahahaha melampau kau kata aku ada sindrom 3T...asam pedas kau kopi o kau...

yusofsipan said...
This comment has been removed by the author.
yusofsipan said...

eleh labi, kira ok pe aku kata kau kena sindrom 3T tu, yg kau kata si labu kena influenza A H1N1 lg ler teruk.... takde ke binatang lain!

zaijb ada komen ttg adegan cium dia, mengeryam kau yer, malu ler sikit kat zaijb yg lom kawen tu....!

Kau nak sambung lg ke citer tu?, zaijb dah sambung dah tu..., kalau kau sambung aku pun bole sambung, tak kisah punye, layannnn jer....

----> mentang2 ler si zaijb tu msh anak dara bkn main dilayan lg yer...tak sedar diri org tua2 nie...kih kih kih

labi merana said...

sakit perut aku sop...hahaha kita ni ngacau blog orang...waruna dah marah...aku tak beranilah..aku tak komen dah blog dia...sekarang labu dan labi kat mlh pulak..
hahahaha usop usop

aku dah sambung. turn kau pulak

Granny Hani said...

terima kasih kerana menyapa jentayu yang patah sayap nya...hidup perlu di teruskan..

yusofsipan said...

mekasih jentayu krn sudi menjengah, teruskan ler kehidupan, moga sentiasa tabah....

ball said...

kalo saye lah kan..saya patahkan betul2 gigi budak kecik tu...hahaha

emzex said...

biasalah usup,rencah kehidupan seorang bernama guru.kita kena tenang dan dengar cerita parent tu, tunjuk simpati walaupun berpura2. jangan sampok orang yg tengan marah.beri peluang dia mencurahkan perasaannya.kau pun tahu, ilmu kaunseling kau tu tinggi,kalu tak masakan boleh double barell.

lepas dia habis cakap,turn kau pula memberi penjelasan,jangan beri dia jampok percakapan kau,suruh dia dengar dgn tenang sebab ini turn kau.turn dia tadi kau dengar baik2,beritahu dia.

TAPI KALAU DIA TAK NAK DENGAR JUGA, KAU KATAKAN PADA DIA ANAK DIA BERNASIB BAIK PATAH DUA BTG GIGI,DIA BELUM TENTU LAGI MUNGKIN AKAN PATAH SEMUA GIGI.(sambl kau meninggikan suara,beliakkan biji mata......)