Sunday, May 17, 2009

menilai diri

orang kata kita tidak boleh menilai diri kita sendiri, tidak adil malah mungkin penilaian itu tidak relevan....

seorang sahabat dgn serius memberi komentar sempena dgn ulangtahun kelahiran aku dan hari guru, "kau memang sesuai sop jadi cikgu sebab ada daya pujuk yang tinggi, lemah lembut dalam bertutur dan senyum kau ada unsur menggoda...cuma payah nak dengar cakap orang...tu kau kena baiki..kau ada persepsi yang tersendiri, terutama pendapat dari aku, kalau kau diam pun kau bukan terima..."

memang tidak semua komennya benar dan boleh diterima kerana itu hanyalah pandangan dan pendapatnya sahaja, namun aku abadikan komen itu di sini sebagai ingatan dan panduan untuk aku perbaiki diri dan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih aku kepadanya....

7 comments :

za said...

hehe... sempena hari guru dan ulangtahun kelahiran elok la kalau dibaiki kekurangan itu.... senyum menggoda dan pandai memujuk tu kekalkan... huhu!

labi said...

hahahahahha, tindakan yang tidak munasabah ialah tindakan yang orang lain semua buat kau sorang tak buat, atau ornag lain semua tak buat, kau sorang buat....kau masukkan ke entri utama paparan dalam blog tu, kau rasa munasabah ke tidak munasabah labu...namun ada juga yang suka pada senyuman menggoda dan pandai memujuk kau tu...hahahahaha...labu labu,

Faris said...

Cop,
Title kau ni lebih sesuai Muhasabah Diri Cop.... Lembut gigi dari lidah... adakah itu yang diperkatakan dalam komen sebelum ini??? Apa saja, itulah keistimewaan kau. Kau sdg chatting ke??? He he he....

cikguyusof said...

insyaAllah za, akan saya usahakan agar segala kelemahan itu diperbaiki..

ttg senyum dan memujuk tu dah tak 'power' lg kot, empunya diri pun dah semakin tua....hehehe

cikguyusof said...

labi, maaf ye, sesuai dgn tema/slogan blog ini(melayan rasa) maka apa saja yg aku rasa nak aku muatkan aku jadikan ler entri aku dan aku tak perlu utk memikirkan munasabah atau tidak....kau ada masalah ke dgn hal ini??? hehehe, jgn marah sof... dan kau pun apa kurangnya dgn senyuman menggatal menggoda dan kehebatan pujuk rayu kau...!!!

cikguyusof said...

Ntah ler faris, itu ke salah satu keistimewaan aku??? konfius la... Aku kan selalu chatting dgn kau, buat2 tanya ler pulak... sudah gaharu cendana pulak!!!

kembara kelana said...

labu...kau memang sensitif labu, lagi kau sensitif lagi kau kelihatan menarik...aku mana ada senyum menggoda...kau jangan nak buat citer labu...tapi aku suka usik kau..seronok tengok respon kau...hahaha asam pedas labu asam pedas....lepas tu kena kopi o 434...memang kau kau