Thursday, May 07, 2009

dua perkara

aku hadiri mesyuarat pengurusan semalam dan ada dua perkara yg agak menarik perhatian aku;

1. Drp seratus lebih pengetua/gb Melayu, lbh kurang 10 org jer yg hadir dlm majlis sambutan hari keputeraan Sultan. Sultan takde, DO jer sbg wakil. Timbalan PPD kata yg tak datang tu seolah2 takde ketaatan ler kpd Sultan.
----------> aku rasa ada yg tak kena jer dr segi surat jemputan itu (pasti sistem jemputan tidak berkesan krn tak sampai 10% yg terpanggil datang!); sejak zaman berzaman kami merasakan kehadiran kami kekadang mcm melukut jer tp kalau betul nak kami dtg kenape tidak PPD sendiri mengeluarkan satu lg surat dan menyatakan bahawa kehadiran adalah diwajibkan.

2. PPD menerima aduan drp ibu bapa yg menyatakan bahawa terdapat guru yg 'pilih kasih' terhadap murid2 di sekolah.
----------> lama dah tak dengar citer ttg pilih kasih ni, aku ingat dah masuk zaman cyber ni dah takde citer yg tak cantik, comot dan miskin dianaktirikan oleh guru2.... (terkenang aku semasa bersekolah rendah dulu kiranya aku ni termasuk dlm kategori comot ler jugak cuma hinggus jer tak meleleh2... huhu)

5 comments :

zaijb said...

Tetapi sebagai manusia kita tak boleh menafikannyeee... pasti ada sedikit perasaan pilih kasih antara guru dan pelajarnye maybe ada faktor penyebab ia begitu...

kembara kelana said...

sampai sekarang kau masih comot labu...sampai sekarang..tapi comot macamana pun kau kalau aku balik muo aku akan cari kau nak salam asam pedas dengan kau..
labu
kau makin bergalak sekarang labu, kau ngutuk aku padat padat sekarang..kau tak jaga ke panjang an janggut kau..yer..pahang cuti hari ni labu..hari hol..

yusofsipan said...

mekasih zai, jd yg pertama nampaknya memuatkan komen pd arini...., setinggi2 penghargaan jugak krn masih sudi menjengah, mudah2an saya sentiasa sihat dijengah oleh org dr Health Care Service... hehehe

cikguyusof said...

comot pun comot ler Labi, kejayaan dan kebahagiaan kita pun bknnye diukur drp segi rupa dan paras....

janggut aku bkn saje semakin panjang tp lidah aku jugak, hehehe, sori ler kalau kau terasa dgn kata2 aku Labi, bkn ape2, mmg sengaja pun nak provok kau, hehehe... berat badan aku pun dah semakin meningkat laa, ni akibat kalau malas sgt nak bersenam, huhuhu

Faris said...

Cop,
Buah hati pengarang jantung, kata orang2 tua dulu. Jadi adalah anak2 murid yang menjadi buat hati guru2 tertentu yang tidak bertindak secara profesional.
Sikap pilih kasih memang sentiasa ada di mana saja dan pada sesiapa sahaja. Bukan saja di sekolah, malahan di semua tempat baik di tempat kerja, universiti dan bila berada di dalam kelompok yang ramai.
Penekanan kepada sesuatu perkara memang amat penting. Jika dalam kes kau PPD mcm buat tak endah, itulah hasilnya. Secara tidak langsung bolehlah kita muhasabah diri kita iaitu jika kita tidak endah terhadap sekolah kita maka akan kucar kacirlah organisasi.
Kedua2 perkara akan sentiasa menghantui kita yang menyebabkan kita perlu berfikir beribu2 kali.