Tuesday, May 27, 2008

hadiah hari guru

malam semalam diadakan jamuan sempena sambutan hari guru di Restoran Dusun Bay. Makanannya biasa2 jer, tak la best sangat tapi ada karaoke. Sempat juga la tiga empat orang member menyanyi. Aku dapat hadiah extension wire, ok juga kan, masa kuliah TMK tadi pagi aku terus gunakan. Terima kasih pd Cik Goh.

moodle lagi

hari ini pensyarah baru (Pn Rohaizah) mengajar semula utk buat portal dgn menggunakan 'moodle'. Ok juga la... lebih mudah faham.

Monday, May 26, 2008

Hujan itu rahmat

Cerita terjadi dizaman dulu kala antara Si Miskin yang lurus dan Si Kaya yang bakhil.

Ceritanya begini...Pada satu hari, Si Miskin yang lurus sedang lalu di hadapan rumah Si Kaya yang bakhil, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya... Si Miskin terus saja belari ke bawah rumah Si Kaya yang Bakhil untuk menumpang berteduh dari hujan... Si Kaya yang bakhil risau apabila ternampak Si Miskin, lantas berkata, " Mengapa kamu lari dari rahmat Allah wahai Si Miskin, bukankah hujan itu rahmat darinya... Sesungguhnya engkau tidak mensyukuri akan nikmat dari tuhanMu... " Si Miskin yang luruspun keluar dan meneruskan perjalanan...

Selang beberapa bulan, persitiwa yang sama berlaku... Kali ini, Si Kaya yang bakhil pula yang mengalaminya... Kebetulan kejadian terjadi di rumah Si Miskin. Lantas si Miskin memulangkan kata-kata Si Kaya... " mengapa kamu lari dari rahmat Allah wahai Si Kaya, bukankah hujan itu rahmat darinya. Sesungguhnya engkau tidak mensyukuri akan nikmat dari tuhanMu... " Si Kaya yang bakhil membalas... " memang benar apa yang engkau katakan wahai Si Miskin. Hujan itu rahmat dariNya... kerana hujan itu rahmatlah aku terpaksa berteduh di bawah rumah engkau. Aku amat takut andainya aku meneruskan perjalanan, pasti aku akan memijak-mijak rahmat dari tuhanKu..." Si Miskin yang luruspun terdiam membiarkan Si Kaya terusan berteduh di situ.

Sekian dulu cerita dari ustazmuda... Kesimpulannya. Manusia akan mempergunakan apa sahaja helah untuk kepentingan diri sendiri. Adakala mereka sanggup menggunakan agama hanya sebagai helah........... Apa plak persepsi sahabat???

Sumber: http://ustazmuda.blogspot.com/

telur oh telur


Which Eggs Should You Be Eating?

As a kid, I can remember going to the supermarket and grabbing any random cardboard carton of eggs off the shelf. I would run them home (top speed!) to my mother because they were usually going into a delicious coffeecake or batch of corn bread.

Times have changed. Cage-free? Organic? Brown? White? Omega-3s? Help! Here are some tips to help you figure out which eggs you should be eating:

Brown or white? In actuality, color is simply an indication of the breed of hen. Find the freshest egg with the most flavor and let color be a secondary concern.

Extra Omega-3s? Omega-3 eggs come from a hen whose diet has added flaxseed, which yields an egg containing an average of 225 mg of Omega-3 fatty acids and vitamin E. The countless health benefits for humans make these eggs a tempting purchase. My opinion? Eat a piece of fresh fish -- salmon or sardines or Atlantic mackerel, for example -- and get a pure dose of Omega-3's. Let eggs be eggs.

Does your egg need exercise? Cage-free and free-range eggs are from hens raised without the confines of a cage, though they may or may not have spent much time outdoors. Organic eggs are from hens that are raised with the most holistic approach: their feed must meet organic standards, they must be raised humanely and sustainably, and they must be given access to the outdoors. Hey, happier hens do lay tastier eggs.

Does local make a difference? Nothing is better than local eggs. They may have a feather or two stuck to them or a slightly imperfect shape and they may or may not be certified organic; however, they have one quality I prize: I know exactly where my food came from and how it came to be! In some cases I can even ask the farmer when the eggs were laid and what they were fed. At $2.20 for a dozen large eggs and all the information I could want about my food, I call it a bargain! I refrigerate the eggs the minute I return from the market.

Is spending more really worth it? I think so. Some parts of your diet are hard to manage on a budget. Beef, for example, can make a costly difference if you're looking to go organic at home. Eggs are less significant. Try making one evening meal a week where your organic eggs take center stage. Make a huge open-faced vegetable omelet, for example, or try a quick chicken stir-fry and fold in a few eggs during the last two minutes of cooking.

tiba jam 9.30 pagi

aku keluar dari rumah jam 4 pagi, selepas memandu lebih kurang sejam aku berhenti kerana mengantuk dan nak tunggu solat subuh. Teruskan perjalanan selepas solat subuh tapi berhenti lagi jam 7.30 pagi, lelap selama setengah jam dan jam 8 bangun bersarapan dan pastu teruskan perjalanan dan sampai jam 9.30 pagi. Satu perjalanan yg panjang dan meletihkan... rasanya lain kali mcm malas la pulak nak buat mcm tu lagi.

Saturday, May 24, 2008

musim kahwin

semalam sampai rumah, wife terus tunjukkan kad jemputan kahwin, fuyooo, banyaknya..... dah cuti sekolah kan, sinonim ler dgn orang kahwin. Hari ni aku akan ke segamat, rumah kakak aku buat kenduri kahwin esok. Dan esok lepas kenduri dan hantar wife, kena bergegas pulak balik ke upsi. Ada jugak aku fikir nak balik pd hari isnin pagi tapi nanti lewat ler pulak masuk kuliah..... tengok keadaan la nanti... moga diberi kekuatan dan keselamatan oleh Allah SWT.

Korang sempat ke pergi jemputan???

Friday, May 23, 2008

18 bulan


menghampiri usia 18 bulan, telah banyak perkara2 baru yg dilakukan. Kerenahnya semakin banyak, pelbagai dan kreatif. Moga mamanya sentiasa bersabar melayan Muhd Luqman Al Hakim.....

hadiah

sejak semalam aku pening2 lalat memikirkan apakah hadiah yg sesuai utk seorang GB perempuan sempena majlis sambutan hari guru bagi kumpulan kami PPGB Kohort5 UPSI.

apa hadiahnye ye, pening, pening....

Saturday, May 17, 2008

semalam...

1. keletihan - asyik nak terlelap jer

2. kesunyian - di mana kalian menghilang???

3. takde mood nak buat assignments - bila ler mood ni nak datang!

4. tiada kepastian.....

Friday, May 16, 2008

artikel hari guru

Sempena Hari Guru - Penghormatan kepada guru - Antara kebenaran dan kepalsuan

- untuk membaca artikel tersebut sila klik

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=14506&Itemid=28

sms hari guru

1. Dikau bagai lilin, membakar diri dlm kebahagiaan insan di sekelilingmu tanpa mengenal erti putus asa.

2. Teacher is like PEPSI "Ask 4 more"
Teacher is like NIKE "Just Do It"
Teacher is like NOKIA "Connecting People"
Teacher is like McD "I'm loving it"
Happy Teacher's Day!

3. Message for a good person, from a good friend, for a good reason, at a good time, on a good day, in a good month & good year, Happy Teacher's Day!

4. Mak cakap cikgu mcm Maggi-makanan rutin time susah, ayah cakap cikgu mcm cuaca- jap ok jap tak ok, budak cakap cikgu mcm Tsunami- menakutkan, atuk cakap cikgu mcm astro-mmcm2 ada, kawan cakap cikgu mcm banker- think money, bos cakap cikgu mcm bola- can tendang mana2, anak cakap cikgu mcm chipsmore-jap ada jap takde tapi saya cakap u all cikgu mcm l'oreal- kerana dirimu begitu berharga! Selamat hari guru!

5. Guru...
dalam ajarnya ada harapan
dalam tegurnya ada doa
dalam marahnya ada sayang
dalam tawanya ada mesra
dalam diam ada bijaksana
dalam tangannya... kita semua terbina
Berbahagialah menjadi guru.

6. A teacher is like a potter and his students the clay. Moulded by good and dedicated potters, we are what we are today. Happy Teacher's Day 2 all of us. Cheers!!!

seorang aku di usia 48 tahun


hari ini genap 48 tahun tahun aku dilahirkan, suatu tempoh masa yang agak lama dan panjang tapi aku rasa macam sekejap jer... Perasaan sering menipu kita. Apa yang pasti aku semakin menghampiri ke titik penghujung kehidupan. Setiap kali kakiku melangkah, aku semakin menghampiri hari kematian... sudah bersediakah aku untuk menghadapinya?

Selamat Hari Guru

Hari Guru patut dianjurkan oleh pelajar untuk guru-guru mereka. Pihak sekolah harus melatih pelajar-pelajar mengadakan sambutan untuk mereka. Jangan terlampau banyak peranan guru di situ sehingga seolah-olah menampakkan kita yang beriya-iya menyambut hari kita sendiri.

Kita patut memberikan kepercayaan kepada pelajar-pelajar kita mengadakan sambutan buat kita. Tanpa kepercayaan, pelajar-pelajar tidak mungkin dapat peluang untuk meluahkan secara bebas seluruh daya kreativiti dan perasaan hormat mereka kepada kita. Sekolah yang ada Tingkatan 6 lebih bertuah kerana mereka ini akan mengepalai sambutan ini.

Pertama, kita mahu melihat kepemimpinan dan pengurusan bakat-bakat muda ini. Mereka wajar didedahkan dengan pengurusan yang paling kecil ini sebelum mereka terdedah kepada pengurusan dan kepemimpinan di peringkat yang lebih besar. Sambutan Hari Guru adalah ujian pengurusan dan kepemimpinan pertama mereka.

Guru-guru bertindak memberikan mereka garis panduan, mengawal selia, bertindak sebagai fasilitator dan membantu mereka mendapatkan keperluan yang diingini. Selebihnya terserah kepada mereka. Jangan terlampau banyak gangguan sehingga menyekat kreativiti mereka.

Selepas semua acara selesai sama ada berjaya sepenuhnya atau tidak guru-guru patut mengucapkan terima kasih dan syabas kepada mereka atas kejayaan menyambut Hari Guru. Sekurang-kurangnya, mereka telah melakukan sesuatu yang mereka mahu dan terdaya. Itu sudah dikira lebih baik daripada guru-guru yang melakukannya.

Walaupun kepercayaan diberikan kepada para pelajar untuk berkreativiti, namun jangan lepaskan semuanya kepada mereka. Mereka harus dibimbing, bukan dibebas lepas sehingga sambutan itu menjadi caca merba. Mereka patut dilatih dan dibiasakan dengan tradisi yang mulia ini.

Ucapan wakil pelajar harus disemak. Begitu juga persembahan pelajar. Kita tidak mahu ada guru yang tersinggung dengan ucapan dan persembahan itu. Guru wajar mendapat hanya yang terbaik sahaja pada hari itu. Ini termasuklah kata-kata pujian dan tahniah kepada mereka.

Hari Guru

Ini adalah tahun kedua aku tidak menyambut Hari Guru di sekolah. Sedih juga rasa di hati sbb kesian kat anak2 murid tak kesampaian hajat mereka nak beri aku hadiah...hehehe, lagi pulak hari ni kan hari jadi aku, tak dapat ler aku apa2 hadiah!!!....huhuhu

Tapi aku tetap gembira dan bersyukur kerana masih diberi kekuatan dan sihat tubuh badan oleh Allah SWT dan semoga dikekalkan taufik dan hidayat, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, amin!

Selamat hari guru kepada semua guru, khasnya kepada guru2 yg pernah mengajar aku, jasa kalian tetap kukenang hingga ke akhir hayat dan semoga kalian berbahagia di dunia dan lebih2 lagi di akhirat.

Berbanggalah kita semua kerana telah menjadi seorang guru!

Thursday, May 15, 2008

salam rindu di angin lalu

aku tak balik walaupun kuliah hanya akan ada pada hari selasa depan.

buat anak2 dan isteri2, sama2lah kita menanggung rindu......

Wednesday, May 14, 2008

lelaki adalah lelaki

Betul ke macam ni? Teruknya!

A man is dating three women and wants to decide which to marry.He decides to give them a test.

He gives each woman a present of $5,000 and watches to see what they do with the money.

The first does a total makeover. She goes to a fancy beauty salon, gets her hair done, purchases new make-up and buys several new outfits, and dresses up very nicely for the man.She tells him that she has done this to be more attractive for him because she loves him so much. The man is impressed.

The second goes shopping to buy the man gifts.She gets him a new set of STRONG golf clubs, some new gizmos for his computer, and some expensive clothes. As she presents these gifts, she tells him that she has spent all the money on him because she loves him so much. Again, the man is impressed.

The third invests the money in the stock market.She earns several times the $5,000. She gives him back his $5000 and reinvests the remainder in a joint account. She tells him that she wants to save for their future because she loves him so much. Obviously, the man was impressed.

The man thought for a long time about what each woman had done with the money.

Guess which lady he chose to marry?

Think like a man . . .
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
He married the most beautiful one!!!!!!

Men are Men.... Obviously!!! ;-)

Ini bukan aku kata ... aku copy daripada http://hafiey-nur.blogspot.com/. Apa komen kekawan?

Bersedialah Dgn Wajah Sebenar Pelajar

Abd Bashid Harun berkata,

"Semalam sekolah saya menerima dua orang guru pelatih UPSI. Kedua-duanya ditempatkan di sesi petang memandangkan petang yang lebih memerlukan guru. Terima kasih Pengetua. Selepas bertemu dengan Pengetua, mereka menemui saya pula. Saya mengambil kesempatan dengan menerangkan sepintas lalu tentang kedudukan sesi petang.

Saya beritahu mereka bahawa teori yang dipelajari semasa di universiti itu penting.Tetapi ada yang lebih penting daripada teori tersebut, iaitu wajah dan bentuk sebenar pelajar-pelajar yang akan mereka hadapi. Bagaimana seseorang guru itu dapat melenturkan peranan mudah ubah mereka berdasarkan teori yang dipelajari dengan rupa dan keadaan sebenar pelajar di dalam kelas, itulah yang akan menentukan kejayaan seseorang pendidik.

Saya beritahu mereka sepatutnya lebih lama seseorang guru itu mengajar, maka sepatutnya akan lebih cekaplah P & P mereka. Dan seterusnya akan lebih cekaplah mereka dalam mengawal kelas, menceriakan pelajar-pelajarnya dan menarik keyakinan pelajar-pelajar kepada pengajaran mereka.

Kejayaan sebenar seseorang guru diukur berdasarkan “permainan” yang dilakukan dalam tempoh 40 ( 1 waktu) atau 80 minit (2 waktu) dalam sesuatu masa pengajaran, bukannya berapa banyak teori yang mereka hafal dan jawapan yang mereka muntahkan dalam kertas soalan.

Sebelum melangkah ke sekolah, anda dengan penuh cita-cita berazam untuk menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran (p & P) yang terbaik sebagaimana yang anda pelajari di kolej atau universiti, tetapi anda mungkin akan mengalami kejutan dan kekalutan pada hari pertama lagi apabila anda menerima reaksi yang sama sekali berbeza daripada apa yang anda sangka selama in.

Apa yang anda sangka tidak semestinya anda akan dapat. Hari-hari atau minggu pertama akan menentukan sama ada anda benar-benar bersedia dengan wajah sebenar pelajar atau anda akan ditimpa kemurungan dan rasa bersalah yang berpanjangan. "

Sumber: http://gurubashid.com/blog/

Monday, May 12, 2008

kembali ke upsi

alhamdulillah aku selamat sampai kat kolej hampir tengah mlm tadi. Nampak macam tak berat sangat fasa ni kerana hanya belajar dua subjek jer, harap2 begitu ler...

selamat kembali ke upsi buat semua kekawan!!!

Saturday, May 10, 2008

soalan cepugangsa

Suatu petang di ofis, PT aku berkata, " Cikgu, saya nak bertanya ni tapi cikgu jangan marah tau... ramai yg dah bertanya saya nak tahu cerita sebenar.... betul ke cikgu nak kahwin lagi dgn seorang GB Cina yang dah masuk Islam???

- terkejut beruk aku! macam mana diorang boleh mereka cerita yg macam tu... pelik manusia ni, kalau bab mengada2kan cerita memang nombor satu!

jatuh cinta???

Kepada sesiapa yg belum pernah jatuh cinta buat kali pertama, kedua atau seterusnya…..

Kata Ustazah Siti Norbahyah Mahmood,

Kita tahu kita telah jatuh cinta dengan seseorang bila ...
Suka nak berkawan dengan dia
Berakhlak baik dengan dia
Ada rasa tanggungjawab terhadap dia
Hormat perasaan dia
Ada rindu pada dia

Sunber: http://hafiey-nur.blogspot.com/

Friday, May 09, 2008

menuntut ilmu

“Dan seandainya pohon-pohon dijadikan pena dan air laut (dijadikan) tinta, ditambah tujuh laut (lagi) sesudahnya, niscaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat (ilmu dan hikmah) Allah” (QS. Luqman: 27).

Meskipun Allah telah berjanji untuk meninggikan derajat orang orang yang diberi ilmu pengetahuan (QS. Al Mujaadilah: 11), namun kita diharapkan tidak menyalahgunakan penghargaan itu. Maksudnya, janganlah sekali kali kita merasa bahwa ilmu yang kita miliki sudah sangat tinggi dan juga jangan menuntut ilmu dengan maksud untuk bermegah-megah, menyombongkan diri, atau supaya dikagumi orang.

Di antara tanda-tanda orang merasa ilmunya sudah tinggi ialah berhenti dari mencari ilmu. Padahal Rasulullah SAW mengajak kita untuk menuntut ilmu seumur hidup, dari dalam buaian sampai ke liang lahat. Lebih-lebih ilmu Allah, sebagaimana dijelaskan dalam ayat di atas, luar biasa banyaknya dan tidak akan habis bila dipelajari. Dan yang dipelajari manusia hanyalah sedikitl sahaja, seumpama celupan jari tangan ke dalam lautan.

Tentunya menuntut ilmu tidak mesti di tempat yang formal sahaja, tetapi pada segala bentuk, keadaan dan masa. Ilmu dan pengalaman kadang-kadang didapati dari kesalahan-kesalahan yang dilakukan sebelumnya. Kebanyakan orang yang binasa hidupnya pada suatu ketika karena memulai hidupnya dengan cara yang salah dan berdosa, atau karena mencoba sesuatu yang berdosa di tengah perjalanan hidupnya. Itu adalah ilmu pengetahuan yang berasal dari pengalaman diri atau orang lain sehingga semuanya boleh menjadikan seseorang itu tahu erti sebenar kehidupan.

sumber: http://idhamlim.blogspot.com/


menangis

“Dua mata yang tidak akan terkena api neraka iaitu mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang berjaga di jalan Allah” (HR. Ath Thabrani).

Menangis bagi manusia adalah perkara biasa. Lebih lebih menangisnya seorang anak kecil yang belum mampu menyuarakan keinginannya dengan kata kata. Atau. Namun yang luar biasa ialah menangisnya orang orang beriman kerana takut kepada Allah.

Mengapakah terjadi demikian? Salah satu alasannya adalah tidak semua orang mampu menangis kerana takut kepada Allah. Hanya orang orang tertentu saja yang mampu seperti itu. Tentunya, orang-orang yang telah dipilih Allah sahaja, iaitu orang-orang yang sentiasa bertafakkur mengingat dosa-dosanya seraya meminta ampunanNya. Sedangkan pada lapisan manusia yang bukan menjadi bukan pilihan Allah, banyak ditemui orang-orang yang beribadah, namun tidak khusyuk dan tidak ikhlas melakukannya. Selain itu juga yang paling malang didapati orang-orang yang hatinya tidak mahu mengingat Allah dan bahkan melakukan perbuatan perbuatan durhaka.

Menangis kerana takut kepada Allah akan mendapat ganjaran yang baik dari Allah, terutama di hari akhirat kelak. Sehingga diberikan ampunan dan pahala yang besar, serta diharamkan matanya disentuh api neraka. Bahkan, menurut riwayat, Rasulullah SAW sering menangis ketika mengingat Allah. Padahal beliau adalah seorang Rasul, suci dari dosa, dan sudah dijanjikan surga.
Siapalah kita yang tersangat sukar untuk menangis dihadapan Allah....


sumber: http://idhamlim.blogspot.com/

Tuesday, May 06, 2008

sibuk

27 April - aku ke KL bersama isteri, bermalam di Hotel Seri Petaling

28 April - temujanji isteri di IJN

29 - 30 April - di Hotel Seri Malaysia Mersing, mesyuarat GB daerah Muar

1 Mei - hari Pekerja, mengemas rumah

2 Mei - di sekolah, menyelesaikan kerja2 tertangguh

3 Mei - mesyuarat Agung PIBG kali ke 26

4 Mei - walimahtul urus anak perempuan aku, selamat ijabkabul pd jam 10.50 pagi di Masjid Hikmah oleh Tuan Imam Hassan bin Mahmood AlHafiz.

5 dan 6 Mei - bercuti, tersangatlah letihnya...