Wednesday, February 24, 2010

Tuesday, February 23, 2010

suku abad dah....

Pada hari ini, dua puluh lima tahun yg lalu aku telah dinikahkan dengan rohaya binti yahaya di felda sg nerek, temerloh, pahang. Dia masih belasan tahun ketika bernikah dan sebelum itu kami tidak pernah pun bersua muka. Macam tak percaya yg kami telah hidup bersama sebagai suami isteri selama suku abad dan semoga jodoh kami berkekalan sehingga ke akhir hayat, amin!

Monday, February 22, 2010

aku, pirzan dan usof

bersempena dgn cuti tahun baru cina, aku betul2 bercuti terutama daripada mengepos entri dlm blog ini, hehehe..... sebenarnya tak ke mana2 pun, cuma selama dua hari aku bersama2 isteri dan anak2 balik rumah mak mertua di temerloh. Aku tiba tengah hari dan petang itu ketika masuk waktu asar aku sudah berada di rumah pirzan dan selepas asar bersiap2 utk ke rumah usof di Lancang tp sempat jugak isteri pirzan menjamu mee goreng yg sungguh lazat tu! Terasa dekat jugak rumah usof dr Temerloh, rumahnya di kawasan kampung yg tenang dan damai..... Kami bersembang hingga ke waktu magrib dan balik ke rumah pirzan selepas pekena tomyam. Pirzan menyedut beberapa bahan dr laptop aku dan hampir jam 11 baru aku mintak diri.

pagi khamis, aku telah berada di sekolah baru usof seawal jam 8 pg. Sekolah yg kelihatan cantik dr jauh tetapi masih banyak yg perlu dibuat penambahbaikan apabila melihatnya dr dekat (sori sof, aku cakap yg benar ni bkn nak mengutuk kau). Kalau aku dipindahkan ke situ, mahu sebulan jugak aku bermenung utk memikirkan perkara2 yg aku mesti lakukan mengikut keutamaan. Semoga kau diberi kekuatan dan kebijaksanaan sof!

aku, pirzan dan usof akan bertemu lagi pada 2 mac ini di iab induk, insyaAllah.....

Friday, February 12, 2010

susah sangat ke???

susah dan rugi sangat ke kalau kita;
- bersopan dan baik tutur kata
- mengakui kelemahan dan kesilapan diri
- memohon maaf
- tidak mencari kesalahan orang lain

Wednesday, February 10, 2010

langkah penjimatan

aku hadiri perhimpunan bulanan ppd pg tadi, pendaftaran dr jam 7.30 hingga 8.15 dan majlis bermula apabila ppd sampai jam 8.25 pg. Kami hanya dibekalkan dgn dua keping kuih dan sebotol kecil air mineral yg dimasukkan di dlm beg kertas dan bertahanlah kami sehingga selesai majlis pada jam 12 lbh. ini adalah salah satu langkah penjimatan.....huhuhu

mesyuarat, mesyuarat dan mesyuarat.......

ptg smlm mesyuarat pengurusan kurikulum zon sg. balang, pagi ini perhimpunan bulanan ppd dan esok mesyuarat panitia kajian tindakan zon dan beberapa mesyuarat dalaman yang sedia menunggu.....huhu

Tuesday, February 09, 2010

minta maaf

dua tiga hari ni line internet kat tempat aku teruk sgt, nak update blog pun susah, huhu....

Tuesday, February 02, 2010

bekas anak murid

ini adalah gambar bekas anak murid ketika aku mengajar di Sekolah Menengah Ugama Rompin, Pahang dulu dan suaminya. Dia jumpa aku di FB....., seronok jugak berjumpa dgn bekas anak murid yg masih mengingati kita! Dia seorang guru dan sekarang sedang membuat Phd di upsi. Nasib baik aku dah keluar, kalau tidak mungkin dia bagi lecture kat aku tapi ok jugak kan..... hehe

Semoga Azliza dan keluarga berjaya bukan saja di dunia bahkan di akhirat jugak, amin!