Monday, February 22, 2010

aku, pirzan dan usof

bersempena dgn cuti tahun baru cina, aku betul2 bercuti terutama daripada mengepos entri dlm blog ini, hehehe..... sebenarnya tak ke mana2 pun, cuma selama dua hari aku bersama2 isteri dan anak2 balik rumah mak mertua di temerloh. Aku tiba tengah hari dan petang itu ketika masuk waktu asar aku sudah berada di rumah pirzan dan selepas asar bersiap2 utk ke rumah usof di Lancang tp sempat jugak isteri pirzan menjamu mee goreng yg sungguh lazat tu! Terasa dekat jugak rumah usof dr Temerloh, rumahnya di kawasan kampung yg tenang dan damai..... Kami bersembang hingga ke waktu magrib dan balik ke rumah pirzan selepas pekena tomyam. Pirzan menyedut beberapa bahan dr laptop aku dan hampir jam 11 baru aku mintak diri.

pagi khamis, aku telah berada di sekolah baru usof seawal jam 8 pg. Sekolah yg kelihatan cantik dr jauh tetapi masih banyak yg perlu dibuat penambahbaikan apabila melihatnya dr dekat (sori sof, aku cakap yg benar ni bkn nak mengutuk kau). Kalau aku dipindahkan ke situ, mahu sebulan jugak aku bermenung utk memikirkan perkara2 yg aku mesti lakukan mengikut keutamaan. Semoga kau diberi kekuatan dan kebijaksanaan sof!

aku, pirzan dan usof akan bertemu lagi pada 2 mac ini di iab induk, insyaAllah.....

8 comments :

jon said...

kau jadi pegawai penyelia jpn cop ye..melawat ke sekolah usof...

Faris said...

jon,
kalau ucop senyap aje dari blog, mesti dia balik atau berada bersama bini no 1. tak berani dia. tapi kalau aktif tu, ada bersama no 2 lah. agak2 betul tak telahan nujum pak belalang aku ni.

Cop,
apa yang kau dapat dari benchmarking kau tu? suruh usof tanam pokok pinang seribu di sekolah dia sebab dia kata nak tingkatkan keceriaan. he he he..

ahmad humairi said...

semoga prestasi dipertingkatkan selepas bercuti..

binzain said...

cop kau pekena sekali lagi mee goreng tu? sedap tak?

pirzan tu tak habis2 nak sedut bahan.aku ingat dah tamat pengajian perangai tu dah tak ade lagi, rupa2nya masih ada lagi.

tilikan ko tu faris sama dengan renungan aku.cop mesti bersama dgn mem no 1. heheheeh

ybs said...

jon,
sikit masa lg aku akan menyelia ke sekolah ko pulak.... hehehe

ybs said...

faris,
apa yg aku pasti sslepas ini usof mohammad terpaksalah bekeje keras bkn sahaja utk meningkatkan prestasi akademik sekolahnya malah utk 3K jugak.....

jika ade kesempatan ko jengah ler sekolah dia!

ybs said...

cg ahmad humairi,
mudah2an prestasi sentiasa dpt dipertingkatkan....

ybs said...

binzain,
mee goreng tu mesti ler sedap!

nasib baik dia letak sepinggan jer kalau tidak sudah tentu bertambah aku makan! hehehe....