Tuesday, November 29, 2011

penyediaan LAN di sekolah


Khidmat Kepakaran Penyediaan Infra Rangkaian Setempat (LAN) di sekolah dilaksanakan hari ini dan esok. Seramai 6 orang PTP PKG dan 10 orang Juruteknik Komputer PKG yang terlibat bagi menjayakannya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua dan khasnya kepada Tn Hj Khalid bin Mohd Salleh PTP PKG Parit Jawa di atas galakan, inisiatif dan kerjasama ini. Terima kasih daun keladi.....!!!

Friday, November 18, 2011

majlis perpisahan

antara pesanan aku yg utama ialah supaya menjaga nama baik ibu bapa, guru dan sekolah ketika berada di sekolah menengah nanti......

Tuesday, November 15, 2011

agih sumbangan


esok pagi, sebelum ke bank pergi ke balai polis terlebih dahulu untuk menjemput seorang anggota polis sebagai pengiring untuk mengeluarkan wang sumbangan awal persekolahan tahun 2012. Amaunnya tidaklah sampai mencecah ratusan ribu namun telah mendapat peraturan untuk berbuat demikian..... mudah2an semua urusan berjalan dgn lancar esok, amin!!!

Monday, November 07, 2011

dilarang mandi


semalam, kami sekeluarga singgah solat di sebuah masjid. Terpampang di tempat wuduk dan di tandas papan tanda yang bertulis 'Dilarang mandi di sini.' Masjid tersebut terletak berhampiran dengan pantai yang menjadi tempat kunjungan orang ramai. Aku terfikir, mengapa tidak pihak masjid menyediakan tempat mandi yang khusus dan bolehlah dikenakan sedikit bayaran. Jika rm2 utk dewasa dan rm1 utk kanak2 pun aku rasa tidak menjadi masalah. Dapatlah pihak masjid berbuat amal di samping dapat menambah punca kewangan utk pengurusan masjid.....

Wednesday, November 02, 2011

ke JB lagi...

Aku ke JB semalam kerana menghadiri taklimat pengurusan pendidikan khas di JPN. Seawal jam 4.30 pagi bertolak dari rumah dan balik hampir magrib. Malamnya tidur awal, badan lenguh2.....huhu

Esok nak ke JB lagi kerana menghadiri program bersama KPM, bas disediakan dari PPD. Naik bas jer la, moga selamat dlm perjalanan pergi dan balik, amin!!!