Ini adalah tahun kedua aku tidak menyambut Hari Guru di sekolah. Sedih juga rasa di hati sbb kesian kat anak2 murid tak kesampaian hajat mereka nak beri aku hadiah...hehehe, lagi pulak hari ni kan hari jadi aku, tak dapat ler aku apa2 hadiah!!!....huhuhu
Tapi aku tetap gembira dan bersyukur kerana masih diberi kekuatan dan sihat tubuh badan oleh Allah SWT dan semoga dikekalkan taufik dan hidayat, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, amin!
Selamat hari guru kepada semua guru, khasnya kepada guru2 yg pernah mengajar aku, jasa kalian tetap kukenang hingga ke akhir hayat dan semoga kalian berbahagia di dunia dan lebih2 lagi di akhirat.
Berbanggalah kita semua kerana telah menjadi seorang guru!
No comments :
Post a Comment