aku dilahirkan pada 16 Mei 1960, so hari ini adalah ulangtahun kelahiran aku yg ke 49 la... alhamdulillah syukur atas segala nikmat yg telah Allah SWT kurniakan... hampir separuh abad dah aku hidup di dunia ini, telah masuk usia senja namun persiapan utk kembali ke sana masih belum sempurna.....huhu
pada tarikh yg sama adalah Hari Guru, hanya kebetulan tapi aku memang berminat untuk menjadi guru dan dalam keluarga aku sendiri ada empat orang yg menjadi guru.
khas utk aku, korang kena ucap selamat hari lahir dulu kemudian baru ler selamat hari guru krn aku lahir dan jadi orang dulu sebelum aku jadi guru!
SELAMAT HARI GURU!!!
16 comments :
Selamat Hari Jadi ckgu... ecard utk ckgu klik di SINI
Sori... link broken. ecard di SINI
mekasih za......
Salam.
Selamat hari lahir untuk guru yang dilahirkan pada hari guru (hari lahir + hari guru = haru?) ... hehehe ....
Semoga tidak penat untuk terus berbakti.
sop
gurau gurau jugak..adakala aku ni serius jugak...ni serius ni...aku ucapkan selamat selamat sop. selamat pertama..ialah selamat hari lahir, 16 mei kira kira 49 tahun dulu, tahniah kerana kau selamat lahir dan mak kau pun selamat melahirkan kau..dan kau selamat sampai sekarang..
selamat ke dua ialah selamat hari guru, kau memang sesuai sop jadi cikgu sebab ada daya pujuk yang tinggi, lemah lembut dalam bertutur dan senyum kau ada unsur menggoda...cuma payah nak dengar cakap orang...tu kau kena baiki..kau ada persepsi yang tersendiri, terutama pendapat dari aku, kalau kau diam pun kau bukan terima...selamat hari guru untuk kau guru besar, sk pinang seribu..ucapan ini hanya akan aku berikan kepada kau sampai 2018 jer..16 mei 2018 kau akan sambut hari guru yang terakhir..masa tu paling trajis...sambutan hari guru sambil murid dan guru berarak kerana kau pencen tahun tu sop, pencen...kalau aku panjang umur aku nak datang meraikan kau...
cik hafiey, waalaikumussalam, mekasih atas ucapan dan kesudian menjengah... lama jugak tidak kelihatan kelibat cik hafiey! Haah, semenjak dua menjak mmg haru pun.... hihi
insyaAllah msh bertahan, dah lbh 25 thn dah jadi guru....
kembara kelana @ usof rompin, aku pun serius ni taw.... mekasih bebanyak di atas kedua2 ucapan selamat tu....
ttg "daya pujuk yang tinggi, lemah lembut dalam bertutur dan senyum kau ada unsur menggoda..." ---> tu hanya persepsi kau jer sof, tak mesti betul...
ttg ni pulak; "kau ada persepsi yang tersendiri, terutama pendapat dari aku, kalau kau diam pun kau bukan terima..." ---> yg ni mcm betul sgt dgn diri aku, aku tetap aku dan tak akan jadi mcm kau wp kita senama!!!
nanti kalau tak lupa aku akan jemput kau semasa majlis persaraan aku, kalau panjang umur la....
tu hanya persepsi kau jer sof, tak mesti betul...
..memang lah..sapa kata mesti betul, kau pun satu, apa kau buat, org lain lah jadi hakim, itu keputusan dari mata aku...kau tak boleh hakimkan diri kau..hahahahaha..
[ hari guru pun nak bergaduh, jugak...teuklah kau labu]
sapa kata bergaduh sof..., kau tu yg kata nak balik kampung tp sampai la ni tak nampak2 pun batang idung kau... bila kau nak balikkkk????
Woi... Labu dan Labi ni, asyik nk bergaduh aje.... Dah pun nama Labu Labi. Aku harap kau berdua akan tenang bila keluar cerita tajuk ........ Labu Labi setelah cerita Nasib Si Labu Labi tu.
Aku pun ambil kesempatan ni mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada kau Cop dan yang penting Selamat Hari Guru (dua dalam satu).
Semoga Abang panjang umur dan murah rezeki dan dirahmati Allah swt......
woit faris, mane dtg perkataan 'abang' pulak tu....?
Anyway, mekasih atas ucapan, selamat hari guru utk kau, isteri dan sapa2 la yg kau kenal dia adalah guru....hehehe
Happy Birthday and Happy Teacher's Day, Cikgu Yusof.....
Semoga panjang umur dgn diberi kesihatan sepanjang hayat dan dimurahkan rezeki....
p/s this year x dpt la rasa kek birthday cikgu...wahahah
labu, ucapkan selamat hari guru pada guru pra kau yer....[ janganlah malas pulak...aku serius ni...hahahaha]
Selamat Hari Guru dan tarikh Kelahiran Cikgu Yusof pada 16 MEI. Kawan ni dah melebihi setengah abad pada setiap 19 MEI.
Kepuasan sebagai guru, bila anak-anak didik kita berjaya menjadi insan cemerlang dalam kehidupan.
Jangan KECEWAKAN cucu cicit kita.
Salam Sop,
Maaflah sebab terlupalah pulak hari ni hari jadi you. Nampaknya hari ni you adakan sambutan bergandalah ye! Selamat Hari lahir dan Selamat Hari Guru. Semoga diberikan kesihatan yang baik untuk terus memimpin sekolah.
Tq atas jawapan soalan cepumas tu..
zuraida; mekasih..
KK; tak kuasa aku nak nyampaikan salam kau tu..
Pak Kawi; mekasih, kita sekarang ni dah time melayan cucu2 ler pulak..
Ton; mekasih, lama dah kau tak mengomen kat sini, kalau ada soalan cepumas lg, tanya ler, jgn malu2, hehehe..
Post a Comment