Wednesday, September 10, 2008

spot tajuk

Terima kasih pd kekawan yg kirim spot tajuk utk beberapa subjek upsr. Pagi ini pun masih ada yg hantar, 99.9 true katanya.... terima kasih terima kasih. Tadi ada seorang guru tahun 6 yg beritahu; tak keluar pun tajuk spot semalam tu.... Aku kata; dah nama pun ramalan kan, kalau tak betul, salah ler....

2 comments :

Anonymous said...

Salam Cikgu...

Hmm ... soalan spot.

Inilah antara praktis yang paling mengecewakan saya ... Sedari UPSR lagi disodokkan dengan budaya begini ... sampai ke besar, benda begini juga yang dijulang nanti.

Saya memang tidak boleh menerima perkara ini, walaupun ia kelihatan memudahkan pelajar ... kerana saya sentiasa percaya ... ilmu yang susah untuk didapati adalah ilmu yang bakal kekal dengan kita (InsyaAllah) .. dan semestinya tiada jalan mudah untuk berjaya ...

Tak guna score A berderet, tapi bila ditanya, serupa x pernah belajar pun ...

Maaf kalau ada yang terasa ... namun ini yang saya rasa ...

Wassalam.

yusofsipan said...

waalaikumussalam cik fisha,

Kami memang sering berada dalam keadaan yang serba salah dan tertekan. Demi kerana hendak meningkatkan pencapaian UPSR, guru2 terdesak untuk menggunakan apa sahaja kaedah dan cara.

Mengenai soalan spot itu, pada saya ianya belumlah boleh dikatakan telah menjadi suatu budaya di sekolah2. Kami ada Program Kecemerlangan UPSR yang terdiri daripada pelbagai aktiviti. Kekadang kasihan juga melihat murid-murid yang terpaksa mengorbankan masa dan tenaga, belajar/tuisyen/latihan intensif, siang dan malam. Kelihatan seperti kalau lulus UPSR tu dah boleh masuk universiti gamaknya!!! Apakan daya, kami pihak yang menurut perintah ini terpaksa akur dengan arahan pihak atasan; mastery learning yang digembar-gemburkan hanya tinggal laungan dan exam-oriented juga yang menjadi pegangan.

Memang guru ada yang tersilap dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya tetapi sistem/dasar pendidikan yang tidak mantap telah menambahkan lagi kebobrokannya.