Pihak sekolah sedang menguruskan permohonan kemasukan ke tingkatan satu di sekolah2 berasrama penuh. Aku teringat kisah lebih kurang 30 tahun dulu. . . . selepas mendaftar nama dan menjalani orientasi di asrama (teruk jugak orientasinya, pagi2 subuh disuruh berkokok dan kemuncaknya ialah 'mandi SDAR' - dijirus dengan air rendaman pakaian yg dah berbau), aku pergi jumpa Naib Pengetua minta balik semula ke sekolah asal. Aku hanya sempat berada di Sekolah Datuk Abd. Razak, Seremban itu selama lebih kurang 10 hari saja. Antara sebab utama aku tak mahu teruskan belajar di situ ialah kerana melihat kepada cara study pelajar2 tingkatan 6 yang macam tidak bersungguh2 pada hal ketika itu aku begitu bersemangat untuk menempah tempat di universiti. Aku telah membuat satu keputusan yg cukup besar dalam hidup aku ketika berusia 18 tahun dan kisah itu masih segar di ingatan. . . .
http://www.sdaronline.edu.my/sdaronline/
3 comments :
yang dah berlalu tu, biarkanlah ia berlalu.mungkin ada 'blessing in disguise' yang kita tak tahu apa kebaikan yang tersirat. so, lepas konvo nanti, daftar le untuk ambil master.
ckgu yusof...
tukarla template blog u ni.
jemu laaa
sebab aku suka baca selalu
kalau ada pembaharuan tentu lebih memberansangkan....kan?
alan;
i memang dah lama membiarkan 'yang dah berlalu tu' berlalu pergi namun ianya bukan sesuatu yg mudah utk dilupakan, ia telah menjadi kenangan yg tidak luput dari ingatan. Memang ada niat untuk ambil master tapi ada banyak perkara dan hal yg perlu diambilkira, tengok ler nanti macam mana....
anony(siapa ler nama u ni ye...);
u cadangkan i tukar template blog krn usof rompin dah tukar ke? Jangan ler cepat berasa jemu... InsyaAllah jika ada kesempatan i akan tukar jugak, harap bersabar ye dan jangan jemu untuk menjengah ke mari tau, hehehe. Sekarang kan lagi sibuk nak menyiapkan projek 3.... anyway bebanyak terima kasih di atas cadangan itu.
Post a Comment