Seorang jumpa aku dan bercerita; sepanjang bulan Ramadhan ni (yang dia ingat) dah tak kurang drp 2 kali niat/hajatnya terkabul. Pertama, pada suatu petang ketika membeli juadah di pasar Ramadhan, tergerak hatinya nak makan murtabak, nampak macam sedap jer tapi apabila memikirkan yg makanan sedia ada dah banyak maka tak ler jadi beli. Namun sebelum waktu berbuka, seorang kawannya telah datang ke rumah dan telah memberinya dua bungkus makanan. Bungkusan pertama berisi karipap dan bungkusan kedua........ sekeping murtabak!!!!
Kedua ialah pada suatu hari selepas solat asar dan dalam perjalanan balik ke rumah teringat dan teringin pulak nak makan bubur lambuk. Terdapat sebuah masjid yg memang setiap Ramadhan menyediakannya percuma. Oleh kerana tiada bekas, dia telah singgah di kedai dan membeli bekas plastik. Bergegas ke masjid tersebut kerana telah agak lewat dan malangnya bubur lambuk telah kehabisan. Dah takde rezeki! Sewaktu menikmati hidangan berbuka puasa, abang iparnya tetiba datang membawa semangkuk (bekas plastik yg sama seperti yg dibelinya tadi) bubur lambuk...... SubhanALLah!!!!
Kekawan pernah ke mengalami kejadian seperti ini?
2 comments :
lama tak sembang dengan kau cup, janggut kau tu...senyuman kau...semuanya meninggalkan kesan pahit untuk aku kenang...hahahahaha
kopi satu sop..
aku harap yg pahit tu terhad hanya pada kopi jer sof... bila kau nak balik muaO? nanti boleh ler ajak kau minum kopi dan pekena asam pedas sekali... aku mlm raya kat pt pinang 1000, tgh hari aku akan ke rumah mertua aku di temerloh, mungkin selama 3 hari, sapa member2 kita yg tinggal berhampiran temerloh sof? kalau ada masa boleh pi beraya rumah diorang kan?
Post a Comment