Friday, December 05, 2008

ketupat

Aku bercadang, seperti biasa nak buat ketupat untuk juadah aidil adha. Ingatkan nak cari sendiri daun kelapa.... kat rumah emak, pokok kelapanya tinggi-tinggi, tak larat aku nak memanjatnya. Di sekolah ada jugak pokok kelapa tapi daunnya pendek-pendek.... tengok ler petang ni nanti macam mana. Jika tak dapat, kena ler beli macam tahun lepas! Tak kan ler nak buat ketupat guna daun pokok pinang kan???

8 comments :

sazili said...

Pasal ketupat ni, saya dah kira beres cikgu yusof. Tak payah panjat pokok kelapa...saya pegi tunas manja , cari yang adabi punya, selasai masalah.

Saya panjat pokok kelapa boleh, nak turun tak reti !

CikguSepajo said...

Beli ajelah cikgu yusof, tolong kawan-kawan berniaga, berkongsi rezeki. Dapat pahla tu.

cikguyusof said...

cikgu sazili dan cikgusepajo,

Baru jap ni, saya tengok2 pucuk kelapa yg ada kat sebelah stor pekerja, ada pucuknya tapi pokoknya agak tinggi, pekerja tu pun tak berani nak manjat. Ada sebatang pokok masih anak dan ada pucuknya, walaupun tak panjang tapi boleh laa jugak... Pastu ambil kelapa muda ler pulak, habis setandan dijolok, minum serbat ler petang ni!!!

Ketupat adabi tu hampir tak pernah saya membelinya. Hampir setiap tahun memang beli daun ketupat yg ada banyak jual di pasar.Saja laa pada kali ini tak nak membelinya.

cikgu sazili, memang ada seorang anak murid saya yg bernama Mohd Fazli tapi lupa pulak nama ayahnya... saya di SMA Rompin dr tahun 1984 hingga 1988.

simantanguru said...

Cikguyusof,
Saya macam cikgu yusof juga, selalunya anyam ketupat sendiri. Beli tu senang je. tapi anyam ketupat, lebih seronok. Lagipun sekarang ni dah ramai yang tak pandai anyam ketupat.
Sambil-sambil tu ajarlah anak-anak anyam ketupat.

Sekarang ni, kalau nak mudah, macam sazili kata, beli aje. Semua instant.

ketupat & lemang dah maju, moden semuanya.Tak pakai daun. Tak pakai buluh. Pokok kelapa pun dah tinggi-tinggi. Dah Tak ramai orang tanam kelapa. Buluh lemang yang tumbuh meliar tu pun dah nak pupus.

Nanti kita kena import pucuk kelapa dari indon dan buluh lemang dari korea.

Selamat hariraya aidil adha cikgu yusof dan keluarga.

sazili said...

Cikgu yusof,

Mohd Fazli Ramli yang saya maksudkan itu sekarang sudah menjadi peguam, tinggi-tinggi budaknya. Anak saudara sepupu saya tu.

Saya juga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat cikgu sekeluarga.

waruna said...

Saya rindu ketupat pulut emak. Raya kali ni tak merasa la sebab emak berada di mekah...

kelana said...

sop
dah dapat ke belum result?

cikguyusof said...

cikguwahab, saya juga mmg nak dptkan keseronokan menganyam ketupat, wife org Penang, pandai dah anyam ketupat tapi lambat ler... anak2 pun ramai yg dah pandai. Di Muar sekarang ni pun dah banyak daun ketupat yg diimport dari Indon.

Selamat hariraya aidil adha utk cikguwahab, cikgusazili cikguwaruna sekeluarga serta Usop Rompin jugak!

Sop, aku lom dapat result lagi laa...