Wednesday, December 10, 2008

dengkuran

Malam tadi aku tidur di rumah mak mertua. Ipar duai masih lagi bercuti. Bukan sahaja semua bilik dipenuhi malah diruang tamu pun bergelimpangan tidur seperti mangsa perang. Aku jugak tidur di situ, di sebelah adik ipar yang dengkurannya agak luar biasa kuatnya. Bunyi dengkurannya bukan sahaja mengganggu lenaku malah sehingga aku tidak mendengar bunyi alarm handphone dan terlajak setengah jam daripada waktu yang telah di'set'. Teringat aku kepada alat yang diiklan di TV bagi mengawal dengkuran ketika tidur, siapa pernah mencuba, berkesan ke?

2 comments :

WR said...

baca pasal dengkuran ni saya teringat kisah adik perempuan saya yang juga berdengkur. Semasa dia tidur dengan seorang kawan di asrama, kawannya tidak tahan dengan dengkuran lantas meletakkan bantal di atas mukanya. Bila dia tersedar, dia kelemasan! Bila dia ceritakan hal itu kami adik beradik yang lain marah sgt dengan kwnnya itu. Hehhehe nak tergelak apun ada... tapi jgnla diatasi dengan cara itu. Yang iklan tuh saya pun tak pasti jadi ke tak

Anonymous said...

kawan saya dari sabah pula terpaksa tidur di ruang tamu kolej kediaman pelajar upsi kerana rakan sebiliknya berdengkur kuat...tak ler sampai bawak katil, angkat tilam jer....cian dia!