Wednesday, December 03, 2008

asal-usul Pekan Parit Jawa


Dalam pentadbiran Muar, Parit Jawa adalah daerah yang termasuk dalam jajahan Muar. Dalam tahun 1886, Muar dan Kesang diletakkan di bawah pentadbiran Residen Ungku Sulaiman Daud, daerah Parit Jawa pula ditadbirkan oleh Penolong Residen. Parit Jawa terkenal dengan pengeluaran kelapa dan pinang.

Nama 'Parit Jawa' itu dikatakan berasal dari parit yang digali oleh orang-orang Jawa yang berasal dari kepulauan Jawa, Indonesia. Pada mulanya Parit Jawa terletak di tepi Pantai Leka tetapi ia telah dipindahkan kira-kira setengah kilometer dari pantai pada tahun 1916 kerana kawasan asal tersebut sering dilanda ombak laut Selat Melaka.


Kewujudan Parit Jawa ada dinyatakan di dalam "Hikayat Pelayaran Munsyi Abdullah" oleh Muhammad Ibrahim Munsyi semasa kedatangan beliau pada 6 April 1871 tetapi ketika itu Parit Jawa dikatakan dikenali sebagai 'Kampung Baru'. 'Kampung Baru' dibuka di antara tahun 1860 hingga 1870 oleh Haji Jabar Madjati (kini terdapat sebuah jalan di Parit Jawa yang mengabadikan nama beliau) dengan pengikut beliau yang seramai 40 orang yang kebanyakannya lelaki dan beberapa pahlawan. Kumpulan tersebut yang disertai pembantu dan pahlawan terdiri daripada Haji Shamsuri, Haji Amir, Said Demak dan Haji Samad serta diketuai oleh Haji Jabbar sendiri. Kumpulan itu yang belayar di Selat Melaka tertarik dengan pantai Parit Jawa yang cantik dan mempunyai pokok-pokok yang menarik.

Haji Jabbar dan beberapa orangnya dikatakan turun dahulu dari bot. Selepas tiga hari tiga malam, Haji Jabbar memanggil mereka yang berada di dalam bot untuk mendarat setelah beliau memastikan kawasan tersebut selamat untuk diduduki. Haji Jabbar dan orang-orangnya berusaha membangunkan Parit Jawa dengan menanam tebu, pisang, nanas, sayur-sayuran dan buah-buahan. Hasil semula jadi yang terdapat di situ tidak sahaja untuk kegunaan tempatan tetapi juga turut dihantar ke tempat lain terutama gambir, lada hitam, lada putih, kelapa dan lain-lain. Selain itu mereka juga menjadi nelayan selain menjadi pedagang. Hasil usaha Haji Jabbar dan rakan-rakan, Parit Jawa atau ketika itu 'Kampung Baru' menjadi terkenal dan menarik bukan sahaja penduduk Jawa tetapi juga penduduk dari Tanah Besar China. Penduduk China yang berhijrah ke Parit Jawa menjadi nelayan dan pelombong bijih.

Sumber asli di Parit Jawa pada tahun 1871 adalah bijih timah dan diketika itu pelombong memperolehi 194 pikul bijih timah. Cukai bijih timah 10 peratus telah dikutip oleh wakil Sultan Johor iaitu Ungku Abdul Rahman dan dilabel sebagai 'Timah Padang Johor'.

Di kawasan persisir pantai, orang-orang Hokkien Cina menjadi nelayan dan peniaga. Mereka menjual ikan kepada peladang dan pelombong. Mereka juga membuat 'ikan kering' dan menjualnya ke Melaka dan Singapura.

Apabila Bandar Maharani Muar dibuka pada tahun 1884, kawasan hutan dari Parit Jawa ke Bandar Maharani dibuka dan menjadi kawasan perladangan. Untuk mengangkut hasil semulajadi dan penduduk, Kerajaan Bandar Maharani telah menyediakan landasan keretapi 'MSR' atau 'Muar State Railway' dari Parit Jawa ke Parit Sungai Pulai. Pada tahun 1890 Parit Jawa menjadi stesyen keretapi terbesar di Muar. Ketika itu landasan bermula dari Jalan Sulaiman di Bandar Maharani hingga ke Parit Jawa sebelum dipanjangkan hingga ke Sungai Pulai.

Stesyen Tetap ialah Bandar Maharani Muar, Parit Bakar, Parit Jawa, Parit Pechah dan Parit Pulai manakala stesyen sementara ialah Parit Perupok, Parit Kurma, Parit Raja, Parit Unas, Parit Samsu, Parit Jamil, Parit Bulat dan Parit Seri Menanti. Pada tahun 1908, Muar State Railway diketuai oleh Encik Mohd. Taib Abdullah yang menggantikan J.C. Campbell. Pada tahun 1927 pengangkutan penumpang telah dihentikan akibat kerugian yang ditanggung oleh syarikat tersebut. MSR hanya digunakan untuk mengangkut batu-batuan untuk membuat jalan sahaja yang diambil dari kuari Bukit Mor. Kini keretapi MSR di Muar hanya menjadi nostalgia dan kenangan kerana perkhidmatan tersebut telah pun dihentikan. Malah sebahagian besar jalan keretapi tersebut kini telah ditukarkan menjadi jalan raya dan diberi nama Jalan Abdul Rahman.


18 comments :

mantan said...

Cikguyusof,
Banyak maklumat saya dapat. Cikguyusof banya tau asal usulnya.

Nak tanya: Di Muar (dan Batu Pahat) ada tempat yang nama Parit _____. Apa maksud/ makna perkataan "parit" Adakah ia bermakna "Kampung", "Jajahan", "Daerah" atau ia sempena tanda sempadan antara kampung, atau ada makna khusus dalam bahas Jawa... atau kubu pertahanan serangan musuh satu ketika dulu ke....atau ada kaitan dengan sejarah tempat asal, Jawa. ?

kembara kelana said...

tu kena tanya saya cikgu
jangan tanya usop sipan...dia bukan asal muo, dia datang kemudian..dgn group orang bukak parit jawa tu..
ok
parit ni cikgu macam sungailah...dari selat melaka..banyak terbentuk alur air..bila air pasang, air akan masuk ke dalam alur ini dan lama lama membentuk macam anak sungai..tambahan lagi bila hujan air dari tempat tinggi turun dan mengalir ke selat melaka, masuk mengalir dan bertemu dengan alur ni tadi..jadilah dia anak sungai, tetapi sebab geng jawa ni memang expert gali parit..pakar repair tebing sungai.maka anak sungai tu dinamakan parit. yang best pulak..setiap anak sungai [ parit ni ] jadi sempadan antara satu kampung dgn kg lain..bermula dari sg kesang [ joh-melaka] sampai lah ke sg endau [ joh-pahang]
kesimpulan: geng gali parit dari jawa nilah membawa istilah parit ni kepada nama kampung. dalam byk byk kg, kg yang paling orang susah nak masuk ialah kg parit pinang seribu...sebab ditanam rapat rapat..tu kg usop sipan tulah..
jangan marah sop

mantan said...

Kelana,
Gitu rupanya. Banyaklah tempat mancing, sebab banyak parit.

ikgu yusopsipan ni rajin buat kajian.

Teringat senikata lagu..."tanam pinang rapat-rapat, biarlah senang puyuh berlari..." Bolehlah nak cari puyuh di kampung usop....sebab banyak pokok pinang, banyaklah puyuh.

Ikan ada (boleh dipancing, dibakar) , puyuh ada (kejar dan goreng), pinang ada, ditebang (umbutnya boleh buat sayur, kalau nak rasa pening), kira o.k lah tu. Berkelah di tepi Selat Melaka.

Saya ingat pktn "parit" itu asalnya drp B.Inggeris "pair it".
"Pair it" itu maksudnya "jadikan berpasang-pasangan". Kalau di sekolah, kalau gabungkan dua meja, tu "pair it" lah. Maksudnya "sepasang", 2. Ciku yusopsipan tentu lebih arif, hal-hal macam tu.

CikguSepajo said...

Boleh tak cikgu yusof senaraikan semua parit dari sempadan melaka sampai ke batu pahat?

kembara kelana said...

mari aku nak test ingatan aku
lepas jer bandar muo, parit hj baki, parit perupok, parit sakai, parit keroma, parit besar, parit raja, parit amal, parit bakar, parit amat, parit payung, parit unas, [ ada 4 parit ] baru parit jawa, lepas tu ada parit pecah, pecah pinang seribu, lepas tu..tanya usop sipan..kalau dia tak dapat jawap sia sia dia duduk muo

Anonymous said...

parit tu memang tebingnya dari tanah.besar sikit dari longkang.kalu longkang ia diperbuat dari simen.tali air atau ban lebih besar lagi dari parit.

parit pinang seribu, tak menusabah langsung orang tanam pinang dalam parit, buat apa ?

mantan said...

Ni, ada teka-teki ni.

Apa dia makin dipotong makan panjang?

Siapa dapat jawab, memang tau asal usul parit.

Jawapannya: "tirap" (eja dari belakang).

yusofsipan said...

mekasih bebanyak kepada semua yg mengomen.... hehehe, nak tergelak jugak membacanya....

cikgu wahab, betul ler sepertimana penerangan Usop Rompin tu ttg pengertian parit cuma nak betulkan sikit fakta ttg kedatangan keturunan saya... datuk sebelah bapa saya yg berasal dari Magelang, Jawa Tengah, saya mmg berasal dr Parit Jawa, tapi lahir di hospital ler bkn dlm parit....hehee

Adapun Usop Rompin berasal dia dr Parit Besar, oleh itu dia ni semua besar: badan besar; kepala besar; cakap besar; cita2 besar; ketawa besar, dll, cuma hati dia jer kecik... (jgn sakat dia teruk2 nanti dia merajuk, buruk rupa, hehehe)

Parit yg banyak ni mmg sesuai jugak utk mancing tapi yg banyaknya ikan puyu jer, ikan yg bersisik keras tu. Ramai dr Melaka yg dtg mancing. Anak2 murid saya yg lelaki khasnya hampir semua kaki godak parit terutama ketika musim cuti spt ini. Saya pernah beli ikan puyu drp mereka utk dibela di rumah.

Di Kg Parit Pinang Seribu mmg banyak pokok pinang, ditanam berbaris sepanjang parit masuk ke kampung. Oleh kerana hampir tiada si burung puyuh maka tidak ler pokok pinang itu ditanam rapat2 tapi ramai yg masih gemar memakan daging puyuh...

cikgu sepajo dan Usop @ kelana, nanti saya buat post baru bagi senarai parit tu.

Anonymous said...

boringnya tajuk parit-parit ni....hmmmm

kunan said...

Terima Kasih CikguYusof memberi maklumat yang berguna tentang parit Jawa. Cuma apa yang saya nak kongsi pengalaman tentang bahawa Jawa. Iaitu saya tinggal sebilik dengan rakan raya dari Tanjung Karang namanya Yusof juga. Ketika itu saya tak suka dengar rakan saya itu bercakap bahasa jawa dengan rakan-rakan saya yang lain juga keturunan jawa. Orak itu Orak ini. Saya tak faham. Bila posting kena mengajar di SMK Raja Muda Musa, Batang Berjuntai bersama Tok Penghulu Group B dan En. Omar pensyarah PJ kita. Lima tahun saya kat sana, maka retilah saya akan bahasa itu sebahagiannya. Hinggakan anak orang jawa kat sana pun tak boleh berbahasa jawa lagi. Saya sampai tahap boleh nyanyi lagu jawa. Baru-baru ni sebelum kita menghadapi peperiksaan akhir fasa 8 saya dan rakan serumah sempat bernostalia di Seri Bestari (Batang Berjuntai) berkunjung ke rumah keluarga angkat, rumah sewa dan sekolah mula-mula posting dulu. Itu antara sebab rakan serumah saya tak dapat tinggi, asyik pergi merendek je sebelum periksa, bukan tau nak baca pun. Che Hassan lain, dia banyak pengalaman di sekolah dan otaknya brilliant, tak macam kita orang dahlah tak berapa faham tak ada semangat banjir pulak tu..(lihat komen artikal banjir dalam blog yang usof rompin usahakan).

Anonymous said...

nobita suka tajuk yang macam mane.nanti saya tulis...

Anonymous said...

nobita, awak ni mmg jenis cepat boring laa, pegi ler cari Doremon, minta ler apa2 alat/benda....

ayahku, terima kasih krn sudi menjengah blog ini dan memberi komen, jengah2 ler selalu!!!

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu..
saya landscape architecture student dr utm..sem ni buat komprehensive project..site saye dekat di pantai leka parit jawa..nak minta tolong kalau cikgu ada apa2 maklumat berkaitan pantai leka parit jawa dari aspek isu,potensi dan masalah,boleh la bagi saya..terima kasih,apa2 maklumat cikgu boleh la hantar ke emel saya, emymellisa_85@hotmail.com or untuk berhubung boleh jugak mengunjungi blog saya..terima kasih..

bobby said...

banyak pengetahuaan yg dpt sy tau tentang asal usul parit ne cikgu...terima kasih....ne sy ada soalan nak ditanya kan kepada cikgu ne:adakah parit dari muar ini berhubung kait dgn parit-parit lain di johor ni umum nya.....cth yg paling dekat parit raja?

JJBlues said...

Parit itu bermaksud laluan air. Pada zaman dulu, parit ini memainkan peranan dalam pembukaan kawasan baru. Jadi, tokoh yang membuka sesuatu kawasan akan mengarahkan orang-orang bawahannya untuk menggali parit dan nama kawasan yang dibuka itu akan mengambil nama sempena orang yang membuka kawasan tersebut. Rasionalnya parit dibuka kerana ingin mengairi kawasan pertanian. Pada masa yang sama, kedudukan geografi Johor yang agak mendatar memaksa penduduk mempunyai suatu sistem salirannya yang tersendiri. Sekian, terima kasih.

org pt jawa said...

Parit samsu,parit limbong,parit kassim,parit tarom,parit seri,parit lapis,parit gantong,parit kangkong,parit tengah,parit jamil,parit tunggul,parit penyengat

mas said...

Assalam...dh lama sy cari tp semua org xtau..arwah atuk sy dulu asal muar tp dh merantau ke kelantan...menurut abah & pakcik2 sy, atuk sy ckp dia dr parit tebu muar. Sy skarang duk muar, tnya org2 kt cni semua ckp xde tpt nma parit tebu kt muar ni. Kluarga sy kt kelantan tringin sgt nk kenal saudar mara kt muar ni tp xtau nk cr kt mana. Yg dorang tau parit tebu, ada saudara nama arwah sulaiman kaya. Hrp sape2 yg tau maklumkn pd sy ye..trima kasih

Unknown said...

Maaf, tambahan. Pt Hj Ali, Pt Punggur, Pt Pinang Seribu, Pt Pulai..baru Samsung Pt Samsu sterusnya...kalo jln laut, tk jumpa Pt Lapis.