Thursday, December 18, 2008

pekan rabu

Hari semalam aku ambil cuti rehat. Badan terasa letih sangat selepas balik dari JB tapi tak jugak duduk berehat di rumah! Pagi2 dah keluar dgn isteri dan dua orang anak menuju ke Parit Yusof, untuk ke pekan rabu (pasar lambak). Pekan Rabu Parit Yusof adalah antara pasar lambak tertua di daerah Muar. Mengikut sumber yg boleh dipercayai, pekan rabu itu telah berusia lebih daripada 50 tahun. Aku memang biasa mengunjungi pekan rabu tersebut tetapi bagi isteriku, ini adalah buat kali pertama. Kami berjalan dari hujung ke hujung, 'window shopping'! Namun tak lupa untuk membeli lauk; ikan kerisi, siput sedut, cendawan, bayam merah, sulur keladi, kobis panjang, lada cili, carrot, telur puyuh, pisang raja (utk digoreng), limau manis dan buah 'nam-nam'. Ada pulak orang menjual buah nam-nam, lama dah tak memakannya! Semua anak kecuali yg sulong tidak mengenali buah tersebut. Aku suruh isteri menyemai bijinya.

6 comments :

Anonymous said...

sebut pasal buah nam nam teringat pulak saya. setiap kali hamil memang saya mengidam buah ni. syukurlah mak angkat saya waktu mengajar di lok heng dulu ada tanam pokok tu.dapatlah saya merasa. anak-anak pu tak kenal buah pelik2 macam buah nam nam, binjai dan kundang. nak kena introduce ni.

yusofsipan said...

mekasih anonymous kerana menulis komen di blog saya, sila la berkunjung lagi. Betul ke komen tu dipost jam 1.56 am, lewat tidur ye? Nape tak boleh tidur?

Buah binjai sama dgn buah kemang kan?

Anonymous said...

cikgu usop, sama la binjai ngan kemang tu. buat sambal sedap....
betul la jam 1.56 a.m. tu. bukan tak leh tido, mark spm paper sampai lajak jam 1 (meeting kat muor). pas tu teringat lak belom baca blog cikgu. seronok baca. saya tak sempat nak tulis blog, sibuk. nanti kalau ada blog saya link ngan cikgu.
- Su Segamat

yusofsipan said...

cikgu su, boleh ke saya tanya? Segamat tu di mana? Saya pernah mengajar di SMK Munsyi Ibrahim Labis 1989-1993.

saya sedia menunggu kelahiran blog cikgu!

Anonymous said...

Palong Timur, Batu Anam, Segamat. Masa cikgu kat Munsyi tu saya ada kat Lok Heng, Kota Tinggi (1992 -1996)
Su Segamat

Anonymous said...

cikgu su, jika tidak keberatan apabila 'leave your comment' pada bahagian 'Choose an identity' tu cikgu letak ler nama, kalau nak guna nama Su Segamat tu pun boleh, klik pada button 'Name/URL' dan taip ler nama tu.... kalau tak keberatan ler, hehehe, anyway thanks a lot kerana sudi menjengah blog saya.