Cara ini sudah dicuba dan kebenarannya sudah terbukti. Pilihan anda menunjukkan keperibadian anda.
Anggap diri anda saat ini sedang memasuki sebuah rumah kecil di tepi sungai di tengah hutan tebal. Setelah anda buka pintunya dan masuk, di dalamnya terdapat:
7 tempat tidur kecil di sebelah kanan di sebelah kiri, terdapat meja makan yang dikelilingi 7 kerusi kecil. Di tengah-tengah meja terdapat sebuah bekas dengan 6 jenis buah. Buah-buahan tersebut terdiri daripada:
a. epal
b. pisang
c. jeruk
d. mangga
e. rambutan
f. papaya
Buah manakah yang akan anda pilih?
Pilihan anda akan menunjukkan sifat-sifat peribadi anda! Berfikirlah dengan berhati-hati.
(klik untuk jawapannya)
Ini dia jawapannya...
a. jika anda pilih epal: bererti Anda adalah orang yang suka makan epal
b. jika anda pilih pisang: bererti Anda adalah orang yang suka makan pisang
c. jika anda pilih jeruk: bererti Anda adalah orang yang suka makan jeruk
d. jika anda pilih mangga: bererti Anda adalah orang yang suka makan mangga
e. jika anda pilih rambutan: bererti Anda adalah orang yang suka makan rambutan
f. Jika anda pilih papaya: bererti Anda adalah orang yang suka makan papaya
hehe..jangan marah haaaa
6 comments :
he...he...bedebou saya masa nak memilih tadi !
Tapi cikgu dalam banyak-banyak buah tu saya paling suka makan papaya.Kalau perjalanan jauh sambil memandu saya mesti singgah petrol stesyen beli papaya.
Buah kedua yang saya gemar ialah nanas. Tak tahu kenapa, saya suka sangat makan nanas. Lagi manis lagi saya gemar.
Ada kajian mendapati makan nanas boleh menghilangkan stress, cikgu ! Tapi jangan makan banyaklah !
lucu jugak cikgu yusof ni. Saya pilih semualah...kecuali yang c tu, jeruk. Tak berapa suka jeruk. Tu kena tukar dengan limau la...
asam punya usop..
Cop,
Biarlah ilmiah sikit. Baru sesuai dengan status cikgu dan cikgu besor lagi. He he he...
Biar la.. sesekali usop nak bergurau...
mekasih kepada semua yg sudi memberi komen..... sesekali bersantai kan!
Sila lihat post terbaru ttg buah-buahan, itu pun utk suka2 jer.... ada ke pilihan buah2an tu berbetulan dgn ciri dan sifat peribadi tuan2?
Post a Comment