Tuesday, December 23, 2008

akta 15 ....

Di bawah ini adalah cerita lawak yang terbaru masuk dalam email saya. Maaf la kalau dah pernah membacanya;

Sepasang kekasih baru bekerja sebagai pekerja sosial.. Hamid dan Rosni selalu bersama walau ke mana jua.. Suatu malam ketika mereka berdua keluar berdating...

Hamid : 'Kita nak ke mana nie?'
Rosni : 'Tak kisah la.. mana-mana pun boleh'
Hamid : 'Apa kata kalau kita ke pantai..'
Rosni : 'Saya ok aje..'

Apabila sampai di pantai mereka berdua tidak keluar dari kereta.. mereka hanya berehat sambil berbual-bual di dalam kereta.. Mulanya berbual biasa.. lama kelamaan ..... Hamid meletakkan tangannya di paha Rosni.. nampaknya Rosni tidak membantah... Beberapa minit kemudian.. Hamid menggerakkan tangannya­ beberapa inci ke atas... Rosni masih tidak membantah... hinggalah akhirnya ketika Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci lagi.. Rosni berkata dengan sopan..

'Abang Hamid... ingatlah pada akta 15 dalam perlembagaan pekerja sosial'
Setelah mendengarkan teguran Rosni itu..
Hamid terus menarik tangannya menjauhi Rosni.. walaupun sebenarnya dia tidak berapa ingat isi kandungan akta 15 itu..

Hamid : 'Maafkan saya'
Rosni : 'Tak apa'

Lalu mereka pulang... Di rumah.. Hamid terus masuk ke bilik dan membuka buku perlembagaan pekerja sosial dan mencari akta 15.. lalu dia membaca kandungannya.­..

'Teruskan Usahamu.. Jangan lakukan Separuh Jalan
Sahaja'..hahahhaa

p/s: ini gurauan sahaja, apa2pun, elakkan zina di sepanjang masa..ianya di tegah agama islam kita!!!

5 comments :

mantan said...

Cikgu Yusof,
Walaupun cerita tu ada unsur kecindan, tapi teladan dan pengajarannya tetapada...

Anonymous said...

Ha...tu lah pasal...tapi nasib baik yang lelaki tu benak akta 15, kalau tidaakkk....Tapi Allah nak selamatkan mereka dari maksiat.

kembara kelana said...

steady sop steady...gunakan akta tu kat rumah sop.

Anonymous said...

kau ingat aku tak ngamalkan akta tu ke sof? dulu, kini dan selamanya aku menjadi pengamal setia tau, di dua rumah lagi.... hehehe

kunan said...

Itulah "rugi"nya orang tak ada ilmu, kerana dengan ilmu hidup menjadi mudah, dengan seni hidup menjadi indah dan dengan iman hidup menjadi terarah.

Maksud "rugi" bukan bermakna tak dapat teruskan buat maksiat, tetapi dalam situasi yang lain. Hidup mesti berilmu. Kerana sedikit kekurangan menyebabkan peluang hilang begitu saja.

Walaubagaimanapun unsur kecindan itu dapat mencuit hatiku...