Saturday, October 18, 2008

rumah terbuka

Hujung mingu ini padat dengan jemputan rumah terbuka. Semalam selepas isya, aku sorang2 jer datang, sibuk tuan rumah bertanyakan mana yg lain, isteri2 dan anak2, tersengih2 jer la aku..... Pagi ini, prasekolah buat sambutan raya, sejak petang semalam buat persiapan (rewang), aku ada kat ofis semalam dan rasa nak tolong tapi tak sampai hati ler pulak, sebab tak ada seorang pun lelaki yg datang... Tengah hari nanti ada rumah terbuka di rumah Ustazah Fidah dan malam pula kat rumah Cikgu Azizah... Esok, ada jemputan kahwin kat rumah mertua Cikgu Siti Zaleha....., semua ni cikgu2 aku, tak kan ler tak ditunaikan jemputan mereka, aduhai!!! berat badan dah mula naik semula dah....

7 comments :

WR said...

asyuik pergi rumah terbuka orang je..... cikgu yusof sendiri bila pulak nak buat rumah terbuka?

yusofsipan said...
This comment has been removed by the author.
yusofsipan said...

tu pasal la cikgu waruna, sibuk dgn berkunjung ke rumah terbuka orang je.... rumah sendiri pun tak sempat nak buat lagi kan? Kalau saya adakan, cikgu waruna nak datang tak? hehe.... Sebenarnya isteri saya macam tak bersedia jer, dia pun tak bape sihat la.... saya sendiri pulak tak bape minat nak buat rumah terbuka sbb bila buat baru nak datang kalau tak buat, datang ler jugak beraya, kan semasa raya, rumah sentiasa terbuka utk menerima kunjungan tetamu.... Saya berpendapat amalan 'majlis rumah terbuka' itu secara halus menghakis amalan ziarah dan berkunjung dari rumah ke rumah secara tradisi....

WR said...

jauhnya saya nak kena pegi Johor ni... Kalau cikgu yusof buat tak dapatla saya pegi. Sebenarnya, saya pun jenis yang tidak berapa sihat jugak... kalau buat kenduri tu tak ada kaki tangan nak tolong.. menguruskan jamuan ni sesuatu yang memenatkan bagi saya...Maklumla tinggal di kawasan perumahan, semua pergi kerja. Kalau kat kampung lainlan ramai sanak sedara yang membantu. Tapi Tahniahla pada sesiapa yang berjaya mengadakan rumah terbuka...

Anonymous said...

cikguyusof,
khabarnya Hindraf nak buat rumah terbuka "Deepavali" tak lama lagi.

CikguSepajo said...

Hadir ke rumah terbuka hanya dapat menjamu selera tapi tak dapat nak bermesra dengan tuan rumah. Biasanya untuk teman-teman rapat saya tak pergi rumah terbuka yang mereka adakan, saya lebih suka kunjungi mereka waktu lain. Barulah boleh berbual-bual panjang ... :)

yusofsipan said...

cikgu wahab;
cikgu nak pegi ke rumah terbuka deepavali tu? hehehe...

cikgu sepajo;
saya bersetuju sangat dgn pendapat dan cara cikgu tu....