Monday, October 06, 2008

bersekolah semula

Hari ini adalah hari yang keenam raya dan hari pertama kembali ke sekolah selepas bercuti selama 9 hari. Walaupun tak ramai tapi masih ada murid yang sambung cuti raya. Di kalangan yang datang ke sekolah pula, ramai yang kelihatan letih dan kurang bermaya, mungkin terlebih makan kuih dan terlebih minum air berkarbonat agaknya. Semua masih dalam mood raya, termasuk ler guru2 jugak....!!!

3 comments :

Seri Suryati said...

yer lah yusop
betul cakap kau tu
aku ke sekolah hari ni masih ramai guru yg CRK. Murid juga masih ramai yg tidak hadir, barisan perhimpunan pun kontot aje.
tapi aku tetap jlnkan tugas..aku buat juga mesyuarat utk laksanakan program Kokurikulum yg telah dirancang....
Aku sendiri rasa tak puas bersama sanak saudara terutama anak2 buah yg semakin meningkat dewasa...anak buah aku 35 orang semuanya
Selamat Hari Raya buat Yusof Sipan and family.

cikguyusof said...

Ramainye anak saudara kau, cucu saudara dah ada ke lom?

Selamat Hari Raya buat Seri and family jugak.

waruna said...

salah satu sebabnya ialah kerana kita dah banyak hari cuti sebelum raya. Selepas raya jadi pendek je cuti. Tu yang tak puas lagi beraya.Cikgu yusof dah ade cucu ke..