Wednesday, October 22, 2008
anak murid
Sedang aku meninjau2 barang di pasar lambak di Taman Duyung, Bkt Katil Melaka petang semalam, seseorang menegurku, "Ustaz Yusof kan? (panggil aku ustaz ler pulak)." Ingatanku terus melayang jauh ke Sekolah Menengah Agama Rompin, di Kuala Rompin, Pahang, hanya semasa mengajar di situ sahaja yg aku dipanggil ustaz walaupun aku mengajar BM dan Sejarah..... Aku tersengih2 memandangnya yg juga tersenyum2, "Saya Anizamlah ustaz, anak murid yg nakal dulu......ustaz tak banyak berubah, lebih kurang macam dulu jugak....." Nak tergelak aku, mana boleh tak berubah, 'macam dulu' tu ialah lebih daripada 20 tahun yg lalu.... rambut dah banyak yg beruban malah janggut pun dah hampir separuh yg beruban.....hehehe. Masih ada jugak anak murid yg masih ingat kat aku. Kebanyakan anak2 murid aku kalau bekerja ialah sebagai ustaz atau pun di pejabat agama atau apa2 yg ada kaitan dgn agama, maklum ler lepasan drp sekolah agama. Menurut cerita Anizam, dia bekerja dgn PDRM, Melaka, bahagian agama. Dah 17 tahun dia tinggal di Melaka, dah kira jadi orang Melaka ler tu...
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
3 comments :
Cikguyusof,
Apabila murid menegur dan mengenali guru yang pernah mengajarnya (walaupun berpuluh-puluh tahun yang lalu), itu bermakna bahawa guru itu telah meninggalkan kesan pendidikan yang baik dalam diri pelajar tersebut. Pendidikan itu sebenarnya "menitiskan ilmu ke dalam kalbu insan".
sop
ilmu sebesar kuku, jika ditebar akan seluas alam. selain dari mengajar ada kala kita diingat kerana nasihat dan kata kata pedoman. ada kala kerana dendaan dan hukuman, ada juga kerana ke kacak kan dan ganteng atau rupa paras kau, janggut tabligh kau tu memang merupakan satu identiti kau yang paling termasyur sekali.. senyum kau memberikan 1000 pertanyaan, suka?ikhlas?perli?nak mintak sesuatu? kedegilan kau mempertahankan pendapat kau dan sukar menerima pendapat orang juga menyebabkan kau sangat diingati..bagi aku bila aku minum kopi...aku teringat kau sebab aku minum kopi 434 dari muo, kau selalu bawakkan. Jangan marah sop.
salam
aku tak marah sof....tak larat rasanya nak memarahi kau kerana kalau aku marah kau terasa macam aku marahkan diri aku sendiri ler pulak...hehehe
Post a Comment