Monday, November 17, 2008

kenduri kahwin

Semalam, ada 3 jemputan kahwin, aku penuhi ketiga2nya, rasa macam nak pengsan kekenyangan..... Rumah yang pertama jauh nun di sebelah selatan, pedalaman lagi. Lebih kurang jam 12 tgh hari aku sampai dan memang dah mula makan pun tapi masih belum ramai jemputan. Rumah yang kedua adalah rumah jiran, berselang beberapa rumah daripada rumah aku, majlisnya kecil sahaja, pengantin perempuan turut melayan tetamu, perkahwinan kali keduannya. Rumah yang ketiga nun jauh ke utara pula, waktu telah melewati jam 2, cuaca agak panas. Jemputannya ramai, nak ambil makanan pun terpaksa berbaris panjang. Isteriku dah tak larat nak makan, duduk saja dan melihat orang lain makan. Para jemputan menjamu selera sambil dihiburkan oleh 'liveband', memanjang lagu dangdut dan bingit memekakkan telinga. Teringat zaman 80an dulu, kenduri kahwin siap ada joget lambak pada malamnya, tua muda habis semua bertandak.... macam tak ingat dunia!!!

2 comments :

CikguSepajo said...

tak makan tak pe, salam tetap keruk ...

WR said...

Cikgu Yusof, mungkin hari tuh saya tukar url blog saya. Saya sdiri pun terkejut bila sy tukar url, semua bloglist sy hilang... jenuh la saya letak semula. Mujurla dapat balik!