Tuesday, November 25, 2008

burung puyuh goreng

Lepas zohor nanti aku bercadang hendak ke Bukit Katil, Melaka untuk menjengah anak bujang yg sedang berhempas pulas menduduki peperiksaan SPM. Si kecil Aisyah sejak dua hari lepas sibuk bercerita tentang burung puyuh goreng yang dijual di pasar lambak Taman Duyung. Dia sangat menggemarinya tetapi kedekut nak membeli menggunakan duit sendiri. Harganya ialah RM3.50. Daging burung memang ler sedap rasanya kan... Pasar lambak di Taman Duyung itu hanya diadakan pada setiap hari Selasa. Anak2 semua teruja nak makan burung puyuh goreng, mintak2 ada laa orang yg menjualnya...

10 comments :

Anonymous said...

erm...puyuh goreng memang sedap. Semasa saya mengajar di SK Pianggu dulu kerap juga makan puyuh goreng. Tahun lepas saya pernah beli dekat bazar ramadhan depan masjid besar kuantan.Mula-mula jumpa dulu terasa semacam juga sewaktu nak makan tapi bila dah makan sedap rupanya !

WR said...

puyuh kalau makan seekor tidak mencukupi... kalau makan ayam goreng seekor pula, tidak habis.... makanya, dulu, saya ada belajar, puyuh dikacukkan dengan ayam menjadi YAMYUH atau PUYAM. Saiz nya sederhana antara ayam dan puyuh.

mantan said...

Selain digoreng, masak lain sedap tak?. Sedap tak kalau masak kicap ke, masak kari ke, masak supke?

Anonymous said...

saya tak sampai hati nak makan puyuh tuuu....

kembara kelana said...

sop
[ mintak maaf sop, sebab probok kau dalam entri email dalam blog cg wahab. kau pun selalu probok aku kan.. ]
sop
burung puyuh ni, kalau nak sedap sop kau tangkap sendiri, bila hujan renyai, kau bawak lampu suluh dan penyerkap..[ kayu dan hujung nya buat gelong dawai kasar dan ikat jaring [macam nak tangkap rama rama tu..jangan panjang lajurnya, buat pendek je ] kau suluh kat padang atau hutan yang baru di tebang..kau akan tengok sesuatu yang pelik tetapi benar, burung puyuh duduk berdua, sepasang dengan isterinya. Yang jantan berdada merah, dan yang betina berdada biru. kau suluh dan serkup. tekan sekup tu dan masuk tangan ambil, masuk dalam berkas. Ni musim menangkap puyuh ni. Bawa balik kau, sembelih sendiri dan serahkan kepada orang rumah kau, goreng kenturky ke, nak masak rendang ke.
sop aku pernah dapat tangkap 50 ekor semalaman. bila musim banjir, puyuh akan berkumpul di tanah tinggi. masa tu paling senang nak tangkap dia.
selamat mencuba sop.

yusofsipan said...
This comment has been removed by the author.
yusofsipan said...

cikgu sazili, puyuh goreng yg dijual di bazar ramadhan atau pasar lambak adalah puyuh ternak, mungkin yg liar tu lebih sedap rasanya....

cikgu waruna, kalau makan ayam goreng seorang seekor memang ler tak habis tapi kalau 'dikeroyok' anak beranak tinggal tulang jer ler...hehe

cikgu wahab, saya rasa tiada masalah untuk dimasak sepertimana yg disebut sebab saya pernah makan yg dimasak rendang.

serisuryati, nape pulak tak sampai hati... sebab dia kecik ke?

sof rompin, kat mana kau nak suruh aku cari puyuh tu? Kat MuoR ni, bulu puyuh pun tak nampak...!!! yg diternak pun dah hampir takde. Di Rompin masih banyak ke? Nanti laa bila2 aku ke sana kita boleh ler tangkap puyuh tu...

Anonymous said...

usup, mengidam ke nak makan burung puyuh tu ?

kalu burung ruak-ruak besar la sikit. dagingnya pun sedap.goreng pun sodap.burung ni boleh dipanggil dengan meniup alat yg diperbuat dari buluh.kalu kena tempatnya akan turun banyak dari langit.tapi kalu silap haribulan benda lain pula akan turun.orang kelante panggil "koung".

aku tak makan burung,tapi belai burung saja. hehehahaha.

yusofsipan said...

teropong; aku memang lama dah 'mengidam'....

burung ruak2 tu macam burung ayam2 ke? Ruak2 berwarna kelabu kan dan ayam2 berwarna hitam putih...

burung apa yg kau belai tu???

ellyani said...

kalau berminat nak oder burung puyuh boleh oder dengan saya di talian 0177618000