Wednesday, August 06, 2008

kaunseling sekolah

hari ini paper terakhir dan aku memang tak bersedia sangat, tak ingat apa yg dah dibaca dan yg dibaca pun tak ler banyak mana.... mula ler aku gelabah..... dan dengan berakhirnya exam ini maka dengan rasminya tamatlah pengajian pengurusan pendidikan GB aku selama 2 tahun di upsi, alhamdulillah.

dan berakhir juga pertemuan kita selama lebih 3 tahun.... rasa sedih dan sunyi, bilakah kita dapat bertemu lagi? Ni lepas exam aku masih di bilik kuliah, keseorangan, aku tak jumpa pun kekawan kat parking lot, nanti aku rasa sedih sangat dan menangis ler pulak, huhu

4 comments :

Anonymous said...

Salam cop,
Terkilan juga tak berjumpa dengan u tadi, tercari-cari juga sambil bertanya dalam hati mana lah si cop ni pegi?
Sebagai kawan yang i rasa banyak juga bersenda dan berhujah dengan u, i mohon maaf jika ada i terkasar atau apa juga tindakan yang terkesan di hati.
Persahabatan selama 3 tahun ini cukup memberi makna dan begitu mahal dalam kehidupan era 40an kita ini. Moga kita diberikan kesempatan untuk berjumpa lagi, insyaallah.

Anonymous said...

Salam,
I pun macam ta rasa agak terkilan sebab tak dapat jumpa you masa kat parking lot tu.. Walau apapun, I menghormati perasaan you tu. Dari Klang I mohon kemaafan sekiranya ada sebarang keterlanjuran bicara dan juga perbuatan yang mungkin menyinggung hati kecil you tu... Semoga persahabatan ini akan berkekalan selamanya. Salam untuk isteri2 tercinta.. Bila dapat title datuk nanti bagi tau ye!

yusofsipan said...

salam, ta dan ton,

terima kasih bebanyak di atas segala ingatan itu, i mmg sedih semalam sehingga menitiskan airmata....hish tak macho kan lelaki menangis.... tapi itu la hati dan perasaan i yg sebenar....

i juga berharap semoga persahabatan kita ini berkekalan dan kalau dapat kita jayakan reunion setiap tahun utk berjumpa kembali dan kita bawa ler keluarga sekali. Ada kawan i yg bagi tahu dia dah 20 tahun hadir reunion sejak grad ijazah pertama dia.

ttg menjadi datuk tu, nanti i bagi tau la, kalau ada gambar i masukkan dlm blog...

ok, jumpa lagi, bye, wassalam

Anonymous said...

Salam Ucop,
Alhamdulillah kerana kita semua telah berjaya mengharungi pertarungan mental, fizikal dan emosi selama 2 tahun di UPSI dan 1 tahun di IAB bagi menamatkan ijazah kita. Hanya tunggu konvo saja lagi. Walau bagaimanapun jangan lupa tugasan individu En Shukri dan Projek 3. Kalau tak nanti tidak boleh grad.
Kau kata kau dapat bantuan rakan2 semasa exam. Nanti jangan dalam ijazah nanti ditulis lulus dengan bantuan rakan dah lah, tambahan pula kalau ditulis lulus dengan kerjasama Faris. Sorrylah Ucop, gurau aje. Itulah pengalaman pahit dan manis bergelar mahasitua.
Selamat berjuang lagi Ucop di rumah.
Terima kasih.