Fasa akhir hanya tinggal lebih kurang 3 minggu sahaja lagi dan selepas ini ke lubuk masing2 ler kita. Lebih drp 3 tahun kita telah bersama, iaitu sejak bertemu di puncuk genting. Sebagai ingatanku terhadap kalian, ingin kucoretkan nostalgia pahit manis selama kita bersama. Namun, terlebih dahulu aku menyusun jejari nan sepuluh mohon kemaafan andai nanti apa2 yg kucoret menyinggung hati dan perasaan kalian. Aku tidak sesekali berniat yg sedemikian. Aku sayang dan hormati kalian sebagai rakan seperjuangan. Coretan nostalgia itu akan menggunakan tajuk 'diyak' (dia yang aku kenal)
Sudi2kanlah membacanya, terima kasih.
No comments :
Post a Comment