Saturday, July 12, 2008
diyak 10 - Ton
Dek kerana dah masukkan si Ita maka mcm terpaksa ler pulak aku masukkan si Ton sebagai diyak 10. Zaiton adalah termasuk dalam kelompok awal yg kukenal iaitu sejak menghadiri temuduga NPQH di IAB Tengah di KL. Kukenal dia ketika menunggu utk temuduga lisan kerana nama aku dan dia berada dalam senarai yang sama. Ketika mula mengikuti kursus NPQH di IAB Genting, dia yg menimbulkan kembali cerita bertemu ketika temuduga tu, aku waktu itu dah hampir terlupa.... (kau ingat lagi ye Ton, kau ingat sbb aku bersongkok ke berjanggut?) Sepertimana si Ita, si Ton ni pun agak low profile ketika dalam bilik kuliah, sangat susah utk mendengar suara mereka bertanyakan soalan. Bila ditanya kenapa tak nak bertanya, mereka kata tak pandai nak tanya dan takut nanti ditertawakan kekawan. Alahai makcik oi, apa ler nak ditakutkan sgt orang tertawakan kita, tak pernah ada orang yg mati kerana ditertawakan, hehehe. Terpulang ler pd korang nak bertanya atau tidak sbb tak bertanya pun korang dapat pointer tinggi jugak! Ini adalah kerana korang memang cerdik!!! Tahniah! Selamat maju jaya Ton dan selamat berbahagia bersama keluarga tercinta.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment