Friday, July 11, 2008
diyak 1 - sabri
Setelah berfikir berkali2, akhirnya aku pilih si dia ini menjadi yg pertama dlm coretan dia yang aku kenal (diyak); aku pun tak pasti alasan yg mana satu menjadi sebab mengapa aku pilih si Sabri ni sebagai yg pertama, namun lelaki dari Kemaman, Terengganu ini memang istimewa; dia sedikit sebanyak telah mempengaruhi aku mengubah beberapa persepsi tentang kehidupan.... Kali pertama aku terpandang si Sabri ialah di perkarangan surau Asrama Induk IAB ketika mendaftar diri bagi mengikuti kursus NPQH. Nampak sombong dan banyak cakap pulak tu.... Iskk2.... mamat ni berlagak betul, mentang2 dia berasal dari negeri minyak yg miskin di Malaya. Lagak beraninya macam gengster tapi kekadang penakut juga... seorang yg penyayang, terutama terhadap isteri2nya. Mamat ni ada dua bini, dua2 cikgu... moga kau berbahagia Sabri hingga ke akhir hayat, doakan utk aku jugak. Si Sabri ni peramah malah kekadang terlebih peramah ler pulak dan terlebih banyak cakapnya serta 'laser'. Sesapa yg telinga nipis memang akan berkecil hati dgnnya. Cakap ikut suka hati dia jer (hoi bang, jaga sikit mulut kau tu... nak kena cili ke???) Dia juga kalau cakap tentang sesuatu perkara konfiden jer walaupun tak pasti akan kebenaran dan kesahihannya dan suka juga cakap tak benar (berbohong ler tu) dgn muka yg selamber jer...(isk geram betul aku, rasa nak belasah jer.....bila kau nak ubah perangai buruk kau tu???) Ada banyak perkara lagi yg aku nak cerita pasal si Sabri ni, tapi aku rasa cukup ler setakat ini, nanti merajuk ler pulak dia. Dia ni nampak jer ganas tapi hati lembut dan 'kememeh' (kuat nangis), kalau tengok cerita hindustan geranti menangis punya..... Sikit2 jer aku ngutuk kau, kutuk mengutuk bawa bahagia bang!
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
3 comments :
berilah alamat, no telefon, hand set dan alamat sekolah, atleast baca diyak dapat maklumat yang boleh diguna bila emergency...group aku aku namakan KKK kenali kawan kita.. baru 10 orang aku masukkkan...ikut negeri. kalau ada yang tak ingat, tiba tiba teringat...bacalah blog tu..
terima kasih sof kerana sudi menjengah dan memberi komen kat blog aku ni. saja jer aku malas nak masukkan segala maklumat yg mcm kau sebut tu, tak kuasa aku....hehehe
sebenarnya sof, maklumat tu semua dah pun ada dlm yahoogroup kitorang, so tak perlu diulang2, klik jer link ke yahoogroup tu. anyway terima kasih atas pandangan kau tu, rajin2 ler menjengah blog aku.
wassalam
diyak ni memang double barrel,macam kau juga usup.tapi aku respek dia kerana dia tak kedekut ilmu semasa berbincang,tak macam setengah kekawan kita tu....!
terima kasih sabri.kerana sanggup berbincang dan berkongsi soalan-soalan spot.
Post a Comment