Wednesday, July 02, 2008

cuti rehat

aku tak bape sihat semalam, balik awal dan berehat di rumah, nak ke klinik pun rasa tak larat. Hari ini dan esok aku ambik cuti rehat, 6 Julai dah nak kembali semula ke upsi utk fasa akhir, so rasanya elok juga aku luangkan lebih masa bersama isteri di rumah, kesian dia, selalu ditinggalkan...

semalam aku telah listkan beberapa blog yg aku selalu jengah, aku harap tuan2 punya blog tersebut sudi menerima penghormatan aku ini. Aku masih terlalu baru dalam dunia blog dan banyak lagi yg aku perlu belajar...

di blog ppgb5, nampaknya ada penjengah baru spt goblog dan cenderawasih, tahniah dan teruskan berblog!

5 comments :

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum warahmatullah,

Cikgu Yusof,

Terima kasih banyak-banyak kerana memasukkan blog saya dalam senarai blog saudara...

Semoga berjaya dalam segala lapangan...Amin

Wasalam...

Anonymous said...

Pantun 2 kerat utk cikgu Yusof..


Hari Ahad hari cuti,
Ambillah cuti selagi ade cuti...


Hari Ahad pun boleh pergi berkhelah,
Cuti..cuti jugak..lepas tu jangan lupe datang sekolah..

Wassalam..

yusofsipan said...

Assalamualaikum,

umi kalthum ngah, terima kasih kembali dan semoga kita sama2 berjaya dalam semua lapangan terutamanya dalam mencari bahagia di dunia dan lebih2 lagi di akhirat.

anony,ini balasan pantun saya;

Ubat batuk di dalam peti,
Ambil cuti merehatkan diri.

Buah salak si buah kelapa,
Pergi sekolah tak pernah kulupa.


Terima kasih, wassalam.

Anonymous said...

assalamualaikum usup,
entah macammana aku teringat untuk mengklik laman ni.aku salute kat hang kerana aku tak terdaya nak buat seperti laman ni. aku harap kau sudi ajar aku macam mana nak buat.tahniah...!kau memang hebat.banyak manfaat dpat aku baca dan dapati.aku harap hang dapat sentiasa update dan tambah ilmu-ilmu pengetahuan lain.syabas bagus.terus terang aku bukan rajawali.aku hanya kawan dia saja seperti kamu usup.

yusofsipan said...

assalamualaikum goblog,

selamat datang dan terima kasih kerana menjengah blog aku. Mungkin kau teringat kat aku sbb tu kau masuk blog ini. Terima kasih sekali lagi.

aku tak ler hebat mana kalau hanya setakat boelh bangunkan blog ini, tak ler sesusah mana, kau pun boleh membuatnya. Aku sedia membantu kau tapi kita cari masa yg sesuai ler. Kalau kau tak balik pada mana2 hujung minggu, boleh ler datang jumpa aku kat bilik. Aku memang berusaha untuk sentiasa postkan entry baru dan yg bermaklumat dalam blog ini.

Kehadiran kau di sini sebenarnya telah membantu kelangsungan aktifnya blog ini, terima kasih sekali lagi.

wassalam.