Saturday, July 12, 2008

diyak 9 - ita

Aku terus masukkan Rozita sebagai diyak 9 kerana baru sebentar tadi dia telah menulis komen dalam blog ini (lihat comments pada entri diyak 6). Dia kukenal sejak di IAB dan memang sejak dulu kelihatan tidak pernah berenggang dgn si Ton, di mana ada Ta di situ ada Ton. Maklumlah kedua2nya datang dari jajahan gagak hitam (ada ke gagak warna putih???). Masih banyak ke gagak di Kelang? Sewaktu di IAB, kelihatan si Ita ni mcm 'muda' jer (memang ler lom tua sangat, hehehe) tapi sejak berada di UPSI, hilang dah kemudaan itu, dah tak awet muda lagi ye...... mungkin tension kerana kuat study kot. Dia ni kuat study mcm si Ton tu jugak, tak hairan ler kalau pointer dia tinggi. Aku tak pernah bekerja dalam satu grup dgn si Ita ni tapi aku tahu dia memang hardworking dan bijak. Pernah jumpa suami dia semasa di IAB. Aku masih ingat kesedihan yg dialaminya kerana musibah rumahnya dipecahmasuk. Dugaan terberat yg ditanggungnya ketika berada di IAB. Selamat maju jaya Ita dan semoga bertambah2 bahagia bersama2 keluarga tercinta.

No comments :