Tuesday, July 08, 2008

berkuliah

ada 3 kursus dlm fasa akhir ini; Perakaunan dlm organisasi pendidikan, Penyeliaan dan Kaunseling. sepertimana biasa aku sentiasa cuba untuk memberi sepenuh perhatian dan tumpuan sewaktu berkuliah namun sepertimana biasa juga aku tewas dengan ketahanan diri yg semakin berkurang. lecture baru berlangsung lebih kurang sejam, mata dah mula mengecil dan mengecil dan mengecil dan tertutup...

proposal kajian telah dihantar semalam dan pensyarah penyelia telah pun menyemaknya, bersetuju dan meminta supaya ianya diteruskan, alhamdulillah...

aku bercadang utk merakamkan di blog ini segala nostalgia pahit manis sepanjang tempoh bersama2 dgn kumpulan ini sejak lebih daripada 3 tahun dulu, mudah2an berhasil...

3 comments :

Anonymous said...

salam
cikgu yusof kena le makan banyak kurma dan madu untuk hilangkan mengantuk. usah le terlalu mengenang masa-masa yang lalu, apa yang penting masa yang akan datang kita lalui dengan ketabahan dan tekad yang utuh.

yusofsipan said...

Assalamualaikum maya,

Terima kasih kerana kembali menjengah dan memberi komen dlm blog ini setelah sekian lama menyepi diri.

Dulu2 mmg ada bawak kurma dan madu tapi la ni lupa la pulak. Mengantuk tu sebenarnya krn tak cukup rehat dan tidur. Selalu tido lewat, kalau lom tgh mlm tak tido lg... dah berumur ni susah nak tido awal, lagi pulak kepala serabut memikirkan banyak perkara...

Kita memang kena pandang depan namun perlu juga sesekali kita toleh ke belakang. Apa2 yg di belakang telah menjadi kenangan dan pengalaman. Pengalaman mengajar kita untuk meneruskan kehidupan dengan cara dan gaya yg lebih baik dan berkesan. Pengalaman adalah guru yg terbaik!

admin said...

salam sop janggut,
aku rasa ko dah kehabisan madu la sop sbb tu ko kena cari madu lain...