Sunday, July 13, 2008

diyak 13 - Bolhassan

Diyak ni sangat rapat dgn abg ajis. Di mana ada abg ajis di situ ada Bolhassan, pahlawan Sarawak terakhir. Tidak pernah berenggang kecuali pd hujung minggu kerana abg ajis balik rumah tapi Bol takleh nak balik sbb jauh, kenak naik belon! Sik mampu mau balik setiap minggu.... Bolhassan ni sama spesis dgn si Sabri. Sebenarnya ada 3 orang yg sama spesis (sorang lagi tu tak payah ler nak diperkenalkan, cari sendiri ler). Dia seorang GB yg berkaliber dan berwibawa(tahniah kerana dpt DGA 38), nampak mcm garang tapi hati baik dan pandai pula memikat pompuan (kau pakai ilmu apa Bol, perturunkan ler kat kitorang semua, hehehe). Tak nak jual 'gambir Sarawak' ke??? Begitu tekun kalau membuat kerja, sanggup berjam2 bertapa dlm bilik. Semoga kau berbahagia Bol dan berjaya menggapai cita2.

2 comments :

kembara kelana said...

setakad ni, PBB menamakan ada 8 keajaiban didunia, tetapi kini kena tambah satu lagi...keajaipan yang ke 9...apa dia tu? dimana ada bol disitu ada ajis...kalau jumpa bol jalan sorang sorang maka keajaipan dunia ke 9 dah muncul...

komen aku pada kau sop.. ada tulisan kau agak lucu pada kau, tetapi mungkin tak lucu pada orang lain,memanglah blog kau, dan kau nak syok sendiri...tapi kalau kita masak...sampai wangi sangat..ganggu jugak jiran sebelah..kalau kita bakar sampah depan rumah dengan syoknya...asap dari tempat pembakaran tu masuk jugak rumah orang..entah entah org tu ada lelah ke apa ke...
tapi sebab kau dah tua berjanggut pulak .. maka lu pikirlah sendiri

masa form six dulu kau sombong sebab kau popular, aku tak popular... nampak glomour lah kan, aku kayuh basikal pergi balik...miskinlah tu... kau naik bas...dari jauh adalah persepsi aku...kau orang hebat..aku asyik kena kutuk jer dgn mat radhi pk 1...maaf lah sop.kau akhirnya hebat sampai sekarang..aku realize tu

yusofsipan said...

sof, tolong ler kau jangan cakap pasal sombong tu lagi. Yang lebih penting sekarang ni kau anggap aku masih sombong lagi ke???

ttg komen terhadap kekawan, aku memang sedar bahawa ada yg mungkin tak boleh terima tapi awal2 aku dah mohon maaf... dan sekelumit pun aku tak berniat utk menyakiti sesiapa, jika masih ada yg akan terasa, tersinggung, terluka atau tercedera, aku tidak akan jemu2 utk menyusun jejari nan sepuluh utk memohon kemaafan. ok ke sof mcm tu???