Saturday, July 12, 2008

diyak 11 - Fidah

Diyak berikutnya ialah Rofidah dari Kedah. Sejak dari IAB aku suka kacau dia. Dia pernah kata orang Johor ni lemah lembut dan berbeza dgn orang utara yg kasar2 (kasaq2, ish... aku nak sebut ikut loghat utara ni pun naik tergeliat lidah) Bini aku orang utara jugak, dari Penang tapi cakap tak ikut loghat utara, cuma mak mertua dan kak ipar masih pekat lagi. Memang cakap mereka kasar pun... sabar jer la. Si fidah ni baik orangnya, tak sombong malah suka pula menolong orang (terutama aku ler, hehehe), banyak kali dah tolong aku belikan krim susu kambing. Terima kasih, terima kasih daun keladi. Selamat berbahagia fidah!

1 comment :

goblog said...

Usup hang jangan dok buat ghoplah,orang penang mana sama cakap dia dengan ograng kedah,walaupun depa sama-sama ograng utara.
baru kali ni aku dengak bini hang ograng penang.bini yang mana tu...!
krim susu kambing tu bukan la banyak khasiat.kalau hang guna krim minyak sapi lagi baguih,buat sapu kat janggut hang.biaq janggut tu panjang berjela-jela.
jange mare usup,nanti kena jual.