Thursday, July 31, 2008

kuliah terakhir

hari ini, tamatlah sudah kursus PPGB aku di UPSI, minggu depan exam 3 paper, pastu merdeka!!! Alhamdulillah, akhirnya berjaya jugak aku harungi perjuangan ini dlm usia yg menjangkau ke separuh abad. Sambung lagi?.... tak pasti la.... rasa macam dah tak larat!

Wednesday, July 30, 2008

Tuesday, July 29, 2008

pertemuan dgn Prof Datuk Ibrahim Ahmad Bajunid

Kami baru sahaja selesai mengikuti pertemuan khas dengan bekas pengarah IAB tersebut. Lontaran idea dan pemikirannya begitu mengkagumkan. Begitu juga dgn saranan dan dorongannya, mengesankan sekali. Terbukti bahawa sesungguhnya anugerah akal dan fikiran oleh Allah SWT kepada kita adalah suatu nikmat yg sangat besar dan agung. Alhamdulillah.

Sila layari url di bawah ini utk baca artikel beliau 'Old is gold'

http://elib.unitar.edu.my/staff-publications/Datuk%20Ibrahim/old_is_gold.htm

kembar lain emak lain bapak









Monday, July 28, 2008

kawan baik

Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .
Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya.
Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.
Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.
Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.
Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada disisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan kawan yang baik .
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya.
Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.
Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.
Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baik nya.
Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita.
Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!!

Amin Yarabbil Alamin.


Sumber: http://dc-ni.blogspot.com/

Thursday, July 24, 2008

bercakap


semasa kecil - aku lambat bercakap, sehingga emak aku menyangka yg aku ni bisu, suruh bukak mulut luas2, tengok ada tak anak tekak. Orang kata sapa yg tak ada anak tekak , dia tidak akan boleh bercakap.

semasa awal remaja - walapun dah boleh bercakap tetapi di sekolah masih pasif, malas nak bertanya dan tidak banyak bercakap.

semasa remaja - tidak begitu pandai berkomunikasi tetapi suka sangat menulis surat. Aku mula menyedari bahawa adalah lebih mudah meluahkan perasaan secara bertulis daripada secara lisan.

semasa dewasa - setelah berkahwin, pandai dah bercakap, berbual dan berborak secara normal.

semasa berumur (maksudnya tua ler, umur melebihi 40 tahun) - aku mulai banyak cakap, ditambah pula memang aku bekerja bermodalkan cakap, kata orang modal air liur jer... Semasa berbual2 dgn kekawan, selalu terjadi yg aku saja banyak bercakap dan macam susah ler pulak nak berhenti. Macam2 perkara yg aku cakapkan dan seringkali juga berlaku pengulangan! Aku lantas teringat pada arwah nenek yg semasa hayatnya suka sangat bercakap dan bercerita dan kebanyakan daripada cerita itu bukanlah yg pertama kali diceritakan. Adakah aku sedang menghampiri dan memasuki era dan dimensi tersebut? Bagaimana dengan anda?

Wednesday, July 23, 2008

penghulu sakit


Sabri Abidin Sulong, penghulu kumpulan kami telah jatuh sakit pagi tadi dalam perjalanan ke kampus dan dikejarkan ke klinik, diperiksa, disuntik 4 kali, disuruh berehat dan petang tadi telah pun balik ke kolej. Masih lemah dan asyik nak tidur sahaja, mungkin kesan drp suntikan. Anaknya datang utk membawanya pulang dan mungkin pada saat ini telah pun bertolak pulang. Semoga semuanya selamat dan tidak berlaku apa2 yg tidak diingini, amin.

Monday, July 21, 2008

kuiz perakaunan

bab kira mengira ni memang aku slow la, pastu banyak ler pulak tersilapnya. Nasib baik ler urusan kewangan sekolah sekarang ini telah menggunakan PATSKOM, banyak sangat ler mudahnya. Teringat aku kat PT di sekolah yg kekadang aku dapati agak slow macam aku jugak...hingga ramai yg hampir hilang kesabarannya, terutama hal2 yg berkaitan dgn duit, biasa ler bab duit ni semua nak cepat.....kan?

Sunday, July 20, 2008

Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yan g sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yan g diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Sumber: http://www.al-zuhaily.blogspot.com/

Saturday, July 19, 2008

batuk2

sejak hari khamis tekak aku dah rasa lain macam... biasanya aku mengidap demam dulu, pastu selsema dan last sekali baru batuk. Ntah apa yg aku dah silap makan/minum ntah, ada tak ada beberapa hari kebelakangan ni aku selalu minum kopi 'o', si usof rompin tu la, suka sangat dia minum kopi 434 buatan muar tu dan ajak/paksa aku minum sekali.....hehehe jgn marah sof, aku tetap akan belikan utk kau kalau kau memesannya, FOC lagi!

sehari dua ni badan tak tentu rasa dan assignment masih belum dapat diselesaikan dan kerinduan terus membara ......

Thursday, July 17, 2008

jom ke rompin

usof rompin ajak aku ikut dia balik pagi tadi. aku memang teringin nak ikut kerana rompin adalah tempat posting aku yg pertama. banyak kenangan pahit manis di situ..... sekolah tu dah semakin cantik dan bandar rompin sendiri telah mengalami perubahan yg bukan sedikit. selama 5 tahun aku di sana dan hampir semua tempat di rompin telah kujelajahi, kekawan pun masih ramai di sana....

pagi tadi jam 07:39:30 pg aku hantar mesej kat usof rompin; "Sori, aku x dpt ikut kau, tk"

Wednesday, July 16, 2008

kawan

1) kawan tu bukan macam main FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak..
2) kawan tu bukan macam main SKATE.. Mula-mula gosok.. lepas tu pijak..
3) kawan tu bukan macam main RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..
4) kawan tu bukannya macam PAMPERS... dah pakai, buang...
5) kawan tu bukannya macam BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.
6) kawan tu bukan macam PELANGI.. Hari cerah takde.. hujan gerimis baru muncul..
7) kawan tu bukan macam KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru...
8) kawan tu bukan macam CHIPSMORE.. kejap ade kejap takde..
9) lagi......kawan tu macam ape ye????

Walau ape pun tanggapan org tentang kawan.. bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya......

sumber: (dah terlupa)

Tuesday, July 15, 2008

diyak 53 - aku

aku mcm tak bape kenal si aku ni tapi ramai orang kenal dia sama di kalangan lelaki dan di kalangan pompuan jugak. Ramai jugak lelaki yang kata si dia aku ni suka dan berlebih melayan pompuan, yeke? (memang aku 'lebih' layan pompuan, sebab aku ada lebih pompuan, korang buat2 tak tahu pulak, hampeh betul la korang ni) Korang komen ler apa2 tentang aku, aku tak kisah... Selama lebih 3 tahun kita bersama, korang nyatakanlah apa persepsi korang terhadap diri aku sama ada sejak mula2 nampak dan kenal atau selama berada di IAB atau juga semasa menuntut di UPSI. Sudi2kanlah dan di atas kerjasama itu, aku dahului dengan ucapan setinggi2 penghargaan dan jutaan terima kasih.

Buat sekian kali jugak, aku memohon maaf jika ada yg tidak senang dan terasa hati dengan entri nostalgia ini, wassalam.

diyak 52 - pakya ansori

Zakaria Ansori ini berasal dari Kedah. Seorang yg lemah lembut, baik budi pekertinya (bercakap pun perlahan jer suaranya, serba serbi nampaknya bersopan dan lembut termasuk ler kelopak matanya yg dek kerana lembut, mudah ler pula terkatup terutama apabila berada dlm dewan kuliah, hehehe) dan bersopan santun, lagak calon menantu gitu.... Pakya ni ada ngidap sakit ye... hari2 kena makan tu. Keadaan fizikalnya lebih dulu ke hadapan berbanding usianya dan kerana itu kelihatan pakya macam atuk2 ler pulak, jgn marah pakya, aku gurau jer. Selamat maju jaya dan berbahagia bersama keluarga tercinta.

diyak 51 - simah

Aku mulai kenal rapat dengan Simah apabila dia join kumpulan kami. Sebelum ini, semasa di IAB dia berada bersama kumpulan A. Berasal dari Sabah, walaupun belum ada menantu, anak2 daranya semua dah besar panjang. Bila kau mahu terima menantu simah?? Seorang yg berbadan kecil tetapi mempunyai kekuatan fizikal yg luarbiasa dan di antara aktiviti lasak kegemarannya ialah berkayak (nanti boleh ler kau berkayak dari Sabah hingga Semananjung, aku tunggu di Kuala Sungai Muar, hehehe) Selamat maju jaya dan berbahagia bersama keluarga tercinta.

diyak 50 - abu

- budak baik, kerja kat EPRD, kau jangan nak berlagak tau.... banyak tahu ttg komputer dan berpengalaman luas dlm kerjaya pengurusan pendidikan, itu pun sbb dia keje di KPM, hehehe....

diyak 49 - adely

- dia ni pun kerja kat EPRD, kekadang macam berlagak tapi biasanya tak ler, ok jer cuma kekadang menyombong.....mahir komputer dan kuat study, tu psl dia boleh score.....hehehe

diyak 48 - azid

- dalam kumpulan kami, dia ni adalah lelaki Melayu Kelantan terakhir. Kelihatan macam bebudak jer, dah tu menyibuk ler pulak nak ngayat makcik2 glamour dlm kelas..... kena sunat sekali lagi baru tau!!!

diyak 47 - zul

berasal dari penang, seorang yg peramah, biasa ler kan org2 utara ni, terlebih ler pulak peramahnya.... lagak macam pensyarah dan memang seorang yg bijak pun dia ni.

diyak 46 - zu

GB rupawan ini menetap di Kuala Kangsar (dengar cerita dia sebenarnya berasal dari Kelantan, betul ke?). Seorang yg peramah, 'friendly', 'hardworking' dan kuat 'study' serta rajin balik kampung.... walaupun sorang diri, tgh2 mlm pun sanggup balik.....dia kata tak best dan tak bape boleh la tido kat kolej kerana biasanya tido berbantalkan lengan....(isk manja sungguh kau ni, bawak ler bantal bucuk kau tu dan jangan lupa botol susu jugak, hehehe ) Selamat maju jaya dan dan berbahagia bersama keluarga tercinta!

diyak 45 - zalila


Dia ni antara yang awal aku kenali iaitu sejak menghadiri temuduga NPQH di IAB Tengah. Waktu itu aku bawa bawa isteri dan menginap di Hotel Vistana dan kebetulan si zalila bersama beberapa orang anaknya pun menginap di situ. Seorang yg peramah dan becok jugak tetapi agak sensitif dan mudah terasa. Selamat maju jaya zalila dan semoga berbahagia di samping keluarga tercinta.

diyak 44 - valarmathi


- dia ni jugak antara yg awal aku kenal (sewaktu temuduga NPQH). Giliran temuduga aku ialah selepas dia. Di dalam kumpulan kami, dia adalah perempuan india terakhir, satu2nya wakil MIC.... Berasal dari Penang dan kini menetap di KL. Seorang yg peramah dan 'hardworking' serta pandai menyesuaikan diri. Selamat maju jaya Vallarmathi dan moga berbahagia bersama keluarga tercinta!

diyak 43 - kak pah

- Kak Pah berasal dari Negeri Cik Siti Wan Kembang. Seorang GB yg berwibawa, peramah dan mudah mesra. Semangat berdikarinya tinggi dan tidak pernah kenal erti putus asa (dia pernah kata, " kak pah nak buat juga sendiri, tak reti kak pah belajar dan akan cuba buat hingga berjaya....cayalah kak pah!!!). Berniaga pun kak pah pandai, maklum ler meh kelate kan... Selamat maju jaya kak pah dan semoga berbahagia bersama keluarga tercinta!

diyak 42 - saufi


- sedang diproses

diyak 41 - rusmah

- berasal dr Jitra, Kedah. Seorang yg 'cool and low profile' tp di luar sana dia begitu aktif dlm berpolitik....

diyak 40 - rohani

-diyak ini seorang yg pendiam (aku rasa sehingga kini, Rohani adalah yg paling pendiam dan warak jugak, hehehe), low profile dan hampir tidak pernah bertanya sewaktu berkuliah. Aku turut terkejut ketika beliau mengambil keputusan untuk tidak meneruskan pengajian di UPSI walaupun telah datang untuk mendaftar. Selamat maju jaya Rohani dan semoga sentiasa berbahagia bersama keluarga tercinta.

diyak 39 - rashidi



- sedang diproses

diyak 38 - pirzan



- sedang diproses

diyak 37 - pakya lazim


- sedang diproses

diyak 36 - non

Maznon berasal dari Temerloh tetapi kini menetap di KL. Sejak mengenalinya semasa di IAB sehingga kini, tidak kelihatan banyak perubahan (kecuali umur ler, kalau di IAB kau kan lebih muda 3 tahun, masih mengancam dan seksi tapi sekarang pun kau masih lagi seksi pe, hehehe). Maznon sebenarnya seorang yang lemah lembut, manja dan agak sensitif serta mudah merajuk (kau masih ingat ke non yg kau pernah merajuk seminggu tak tegur aku, cian aku tau!!!). Selamat maju jaya non dan semoga berbahagia bersama keluarga tercinta.

diyak 35 - mahani m

seorang yang walaupun peramah tapi pendiam, 'low profile' tapi 'smart'

diyak 34 - li yon

- berasal dr Pahang, tauke durian tp tak sempat pun nak pegi ke rumahnya utk makan durian wp dah plan nak pegi ramai2. Relax dan tak sibuk nak study kuat, isteri pun study sama tp kohort lain....

diyak 33 - kharuddin

- a very senior gb, naik pangkat krn ada diploma dan katanya terpaksalah jugak sambung belajar utk naik gred sbb gaji pun dah lama ke dinding!!! Kuat study dan pandai juga berjenaka serta menyanyi karaoke.....

diyak 32 - khalil

- geng Kedah, tinggal di Jitra, boleh tahan jugak kuat study, mintak tolong org lain buatkan assignment pun pandai jugak....hehehe

diyak 31 - jah sulaiman

- berasal dr Terengganu dan berketurunan Cina, Sabri panggil dia Jah Cina.... seorang gb yg dedikasi dan berwibawa, selamat maju jaya Jah!!!

diyak 30 - jah abu bakar

- Jah kedua yg jugak berasal dr Terengganu, Kuala Berang.... ada yg panggil dia Jah Besar sbb dia lbh besar ler berbanding dgn Jah Cina tu...... cool n steady, tak bape aktif dlm kelas dan kawan kamceng dgn Mahani Penang.....

diyak 29 - kak kiah


- berasal dr Melaka tp telah menetap di Kl, Kg Pandan.... gb yg agak strict dan suka jugak berbahas lbh2 lagi bab2 yg berkaitan dgn poligami.... kekadang Kak Kiah ni mcm kelam kabut sikit, suka gelabah terutama ketika nak menyiapkan assignment, "kak kiah ni tak pandai komputer!", tu jer la modal dia.... seorang yg rajin termasuk ler membuat kuih.... selalu beri kuih kat kwn2, mekasih daun keladi yer Kak Kiah.

Kak Kiah mengalami ujian yg sangat besar ketika hendak menghabiskan study, suaminya meninggal dunia ketika dia sdg mengikuti kuliah di upsi.... bersabarlah Kak Kiah, Allah swt lbh sayang dia.....

diyak 28 - jamaluddin


- berasal dr Perak, antara gb yg aku msh ingat mukanya ketika berjumpa di dewan temuduga di IAB Tengah. Very cool n low profile, gaya mcm profesor.....hehehe

diyak 27 - hafiz


- berasal dr N9, berkelulusan agama, ustaz ler tu.... very simple man, relax dan tak suka nak fikir teruk2, pernah bercadang utk tidak meneruskan study..... join dgn geng Kedah yg loklak tu.....hehehe jgn marah geng Kedah!

diyak 26 - goh


- haiya...ini amoi dr Kl maa.... tatak sombong, suka bercakap tapi BM tidak begitu fasih..... kereta Honda CRV nya penah kena curi.... haiya amoi itu keleta kasi jaga baek2 la, nasib baik awak punye dili tatak kena culi, nt sapa susah???

diyak 25 - fatimah


- anak dara yg berasal dr Tawau, Sabah. Tak banyak bercakap semasa berkuliah tapi mudah berkawan....

diyak 24 - paridah


- dia ni pun mek kelate, geng kak pah ler.... Sering kelihatan bersama kak pah ke mana2. Nampak macam sombong tapi baik hati ler pulak.... Seorang yg agak pendiam, low profile dan tak suka bertanya semasa berkuliah (berat sangat mulut kau tu nak bertanya ye, ada emas ke dalam mulut, hehehe) Selamat maju jaya Faridah dan berbahagia hendaknya bersama keluarga tercinta!

diyak 23 - ani


- berasal dr Sabah, kuat study dan rapat dgn geng Abu....

diyak 22 - awal


- berasal dr Melaka dan sekarang menetap di Pahang. Sorang yg steady dan tak suka merapu.....

senyum sikit ......

Dua orang kaya dan pemandunya

Suatu hari ada dua orang kaya sedang duduk di cafe, sambil menggosip pemandunya.

Orang kaya I : " Hei, kau tau tak, pemandu aku ini bodohnya setengah mampus ! Kalau kau tak percaya cuba lihat nie."

Terus dia panggil pemandunya si King Kong " King Kong, ini 10 ringgit, pergi ke kedai kereta, dan belikan aku Mercedez." King Kong pun menjawab dengan sopan, " Yes Sir !! Right A way !!" Dengan pantas terus ke kedai kereta.

Orang kaya I itu beritahu ke temannya, " Nampak? Apa aku cakap....dia buat betul-betul"

Orang kaya II : " Haha....itu belum apa-apa, kau nak tengok, pemandu aku lagi teruk dari itu. Biar aku tunjukkan pada kau."
Terus orang kaya II memanggil pemandunya Rambo. " Rambo, pergi ke rumah aku, cuba lihat sama ada aku ada kat rumah ke tidak ?" Rambo: " Yes Sir !! Right A Way !!" dan dia terus cabut ke rumah tuannya.

Orang kaya II beritahu kepada temannya tadi, " Nampak apa yang aku cakapkan ? Dia tak ada otak untuk berfikir, mana boleh aku ada di dua tempat yang berbeza dalam satu masa.

Tdak berapa lama kemudian, kedua pemandu itu bertemu di jalan,

King Kong : " Ehh you know, my boss is very stupid laaaahhh. Dia kasih aku 10 ringgit dan suruh aku beli mercedez di kedai kereta, mana boleh ?? Kau kan tahu sekarang kan hari minggu. Semua kedai kereta tutup!!"

Rambo : " Kau fikir boss kau stupid ha ? boss aku lagi stupid!! Masa dia suruh aku balik rumah lihat, apakah dia ada di rumah.....Padahal dia kan boleh check sendiri telefon je la ke rumahnya!!"


http://gelihati.blogspot.com

patutkah diteruskan?

Entri diyak mengundang pelbagai persepsi dan reaksi. Kebanyakannya rasa gembira dan itulah sebenarnya tujuan aku menghasilkan entri tersebut, tidak ada niat yg lain apatah lagi untuk mengaibkan sesiapa. Daripada 53 orang, aku baru sempat buat 21 diyak dan mereka yg belum aku paparkan entri diorang, jangan ler menyangka bukan2, nanti ada kesempatan pasti aku buatkan.


Salam ceria buat semua.

Monday, July 14, 2008

diyak 21 - winnie


Sejak dari IAB, diyak ni memang seorang yg 'very friendly'. Winnie pandai menyesuaikan diri dan boleh berkawan dengan semua orang. Berasal dari Ranau, Sabah, wanita Dusun ini memang seorang yg cekal dan berjiwa kental. Sejak di IAB, sentiasa menjaga badan, selalu jogging dan ke gym (sekarang ni kau masih jaga badan bah, kalau dulu supaya jgn kegemukan tapi kini supaya jgn kekurusan, hehehe). Oleh kerana tidak balik pada hujung minggu, berandam air mata saja dia, kesian... Winnie jugak pandai menyanyi dan permintaan drp kekawan menyuruhnya menyanyi tidak pernah dihampakan. Semasa berkuliah agak 'low profile', hampir tidak pernah bertanyakan soalan kepada pensyarah, namun rajin dan kuat study. Selamat maju jaya Winnie dan semoga sentiasa berbahagia bersama keluarga tercinta!

Sunday, July 13, 2008

burung kakak tua

Seorang suami yang baru pulang dari Luar negara membawa Burung Kakak Tua sebagai kenangan.

Isteri : "Kenapa abang beli burung ni? istimewa sangat ke?"

Suami : "Ooo.. awak nak tau ye?? Sambil mengangkat tangan kiri dan memainkan jarinya... secara spontan burung kakak tua itu menyanyi Lagu Pop... Lalu lelaki itu menurunkan tangan kiri dan mengangkat tangan kanan, burung kakak tua itu menyanyikan Lagu Rock pula...

Isteri : "Bagaimana kalau kedua-dua tangan diangkat serentak?"

Suami : "Cubalah lah angkat kalau nak tahu.. !!"

Isterinya terus mengangkat kedua-dua belah tangannya dan terdengarlah...

Burung Kakak Tua : "SATU-SATU LAH... BODOH!!!"

sumber: http://gelihati.blogspot.com/

diyak 20 - Ai Hiang

Sebenarnya Lee Ai Hiang bukan berasal dari Muar, memang dari negeri Johor tapi lahir di Pontian la. Berkahwin dgn seorang guru dari Muar dan sehingga kini menetap di sana. Sebelum berjumpa di IAB, dia ni aku kenal gitu2 jer, biasa ler jumpa semasa mesyuarat GB daerah. Aku semakin mengenalinya ketika menuntut di UPSI. Seorang yg serius, kuat kerja dan kuat 'study', dia pernah kata, 'u takpe sbb fasih BM tapi saya mesti kena manyak baca, kalau tidak, tak buleh jawab masa exam (elehh kau memang kuat study pun, sbb tu dapat pointer tertinggi, hehehe). Selamat maju jaya Ai Hiang dan bahagia bersama keluarga tercinta!

diyak 19 - Normah

Diyak ni dari Melaka juga tapi kat Alor Gajah, dekat dgn Negeri Sembilan ler tu. Patut ler 'bengis' nye mcm kak Yong dari Nogori, jangan marah, gurau jer. Tak ler becok mcm kebanyakan orang Melaka; dia ni lebih pendiam dan kekadang mcm tak hiraukan persekitaran dan orang2 lain. Dia tenggelam dgn dunianya sendiri..... Suka hati kau ler Normah, asalkan kau bahagia, hehehe. Seorang yg kuat study dan kuat kerja jugak. Selamat maju jaya dan berbahagia bersama keluarga tercinta!

diyak 18 - Norishah

Diyak ni berketurunan pahlawan dari negeri Hang Tuah. Norishah bercita2 utk menjadi sehebat Tun Fatimah dan memang dia hebat pun. Seorang GB yg 'strict' terhadap anak buahnya dan terhadap ibu bapa murid jugak. 'Work smart' dan 'study hard' serta berani dan berjiwa kental. Bawak kereta pun laju, mcm lipas kudung (pernah sekali masa di IAB, sewaktu nak balik kampung aku follow ler belakang dia, tak boleh nak kejar bang, laju gila.... amboi mak hajjah ni kalau memandu tak ingat dunia ye, hehehe). Seorang yg peramah dan tak sombong, orang Melaka ler katakan, becok dan kepoh ler sikit.... Selamat maju jaya Nor dan bahagia bersama keluarga tercinta!