Saturday, August 29, 2009

serangan jantung dan amalan minum air panas

Artikel ini berguna untuk semua. Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG.

Secara logik..., mungkin ada kebenarannya....Orang-orang China dan Jepun mengamalkan minum teh panas sewaktu makan... dan bukannya air berAIS. Mungkin sudah tiba masanya kita meniru amalan minum air panas sewaktu menikmati hidangan.

Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini. Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita . Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT. Jalan terbaik.... adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda. Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung. Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.
Marilah kita berwaspada dan berhati-hati!!!



12 comments :

noris said...

Tq,Usop .baik info yang kamu beri.Kamu berbuka minum apa usop.teh panas ke susu panas?
Semoga kamu dan keluarga sihat sihat di bulan Ramadan ini.

mantan said...

Sof,
Memang berguna untuk semua. Ramai yang minum ais selama sebulan ni.
Lebih baik minum air suam. Tanpa ais. Atau air meneral.

Dah seminggu puasa ni, masih belum terasa nak minum ais. Air masak/ air mineral je.

ybs said...

noris,
aku belasah air batu jugak la dan sekarang ni sdg menerima padahnya... dah dua tiga hari aku batuk2!!! Waktu bersahur jer la minum air suam dan kopi radix panas....hehe

cikguyusof said...

mantan,
wah bagus la dapat amal minum mcm tu.... insyaAllah selepas drp harini saya pun berniat nak buat begitu!

kembara kelana said...

aku ..teh o suam..sejak mula posa sop...kalau kena air batu..aku sakit perut

ybs said...

sof,
aku kalau teh O, mintak maaf la, kembung perut aku!!!

Faris said...

Cop,
Amalan aku campur2. Ada air panas dan ada air sejuk. Kata orang bila minum kena berpada-pada dan ingat kesan dan akibatnya. Barulah minum tu tak gelojoh dan ikut hawa nafsu.
Serangan jantung memang tak diduga. Lihat sahaja Prof Ismail Salleh yang meninggal di dalam kapalterbang tempoh hari. Bila peringkat umur sebegini, kena sentiasa berhati2. Hari2 kena tunjukkan kasih sayang kepada orang tersayang kerana kalau nak dijemput Allah, tak tahu bila2 masa aje. Apa yang penting, dipanjang umur hingga tamat bulan Ramadhan. Amin

ybs said...

faris,
amalan makan dan pemakanan kita hari ini memang agak celaru, itu belum dilihat dari segi makanan yg subahah.... mudah2an kita sentiasa mendapatkan makanan yg halal utk seisi keluarga, amin!

Anonymous said...

Salam Merdeka ke-52 2009 & Salam 1 Malaysia

cikguyusof said...

Teja,
Salam Merdeka ke-52 2009 & Salam 1 Malaysia utk Teja jugak!

Salam lain bole ke???

HASHIMME OMAR said...

Ha bagus tip kesihatan ni. Tapi penyakit jantung ni memang sebenarnya "No Sign" terus atack. Segala panduan kena kita praktikkan. Amalan hidup sihat namun tiada siapa tahu ajalnya

yusofsipan said...

cikgu Hashimme,
mekasih krn sudah menjengah blog ini dan memberi komen...

panduan kesihatan mmg telah banyak kita ketahui cuma masalahnya ialah kita tidak pun atau kurang sangat nak mengamalkannya!