Saturday, August 08, 2009

bestari solat, kenduri dan mutiara ilmu

Pagi ni sekolah aku mengadakan program Kem Bestari Solat kali yg ketiga utk murid2 tahap satu. Si Aisyah tu terlibat sama, aku nak hantar naik motor taknak, tak best katanya. Guru2 agama aku pernah mengadu bahawa murid2 ni mcm tak makan saman, masih ramai d antara mereka yg tak solat!!! Selain drp pengajaran di dalam kelas, diadakan pulak program seperti ini namun keadaan masih tidak banyak berubah. Memang kita sedar bahawa satu lagi faktor utama ialah galakan dan gesaan ibu bapa di rumah tapi apalah daya guru2, ke kita adakan jugak Kem Bestari Solat untuk ibu bapa???

Jam 11.30 pg nanti ada majlis kenduri arwah di rumah mak mertua. Ptg smlm wife bertanya, aku nak balik bila, aku jawab waktu makan ler, terbeliak mata dia, hehe.... Sekarang ni musim kenduri dan org tak kira dah waktu bila nak diadakan, kalau jemaah surau bersedia, waktu lepas subuh pun boleh diadakan majlis kenduri.....

Esok, bertempat di SK Parit Jawa akan diadakan program 'Mutiara Ilmu' utk pelajar dan ibu bapa sekolah kebangsaan parlimen Muar. Kelompok kami melibatkan tiga buah sekolah, SK Parit Jawa, SK Parit Samsu dan SK Parit Pinang Seribu. Ianya merupakan satu program kerjasama Pejabat Timbalan Perdana Menteri dgn PPD Muar bagi meningkatkan prestasi akademik pelajar di samping menyampaikan input pendidikan terkini kepada ibu bapa. Pembiayaannya dikeluarkan oleh Pejabat TPM. Layan jer la.....

5 comments :

... said...

salam, rasa2 nye tk trtunggu2 ye time kenduri td... ajak2 ayam ni aku risau je nk pegi ke idak, lg2 klu ade yg standby ngan lesung batu... larikssssss!

yusofsipan said...

Teja,
waalaikumussalam, mmg td mak mertua order lauk ayam golek dan ianya takde kena mengena langsung dgn ajak2 ayam, mmg ajak2 betol, ajak orang bkn ayam...hehe

dorang tak guna lesong batu la, blender ade ler....

kembara kelana said...

Biasalah tu sop

ybs said...

biasa mcm mane tu sof??? blur la aku...

Faris said...

Cop,
Biasalah bila dah hampir bulan Ramadhan ni, banyak aktiviti yang nak diselesaikan. Sekolah aku minggu ni diadakan Kem Anak Soleh dan Kursus Simen Pero.
Minggu depan pula, selain sekolah ganti Deepavali, aku adakan Perkhemahan Perdana Badan Beruniform di luar, Kem Julang (murid cemerlang 5A) di Sg Sembilang, Jeram, Selangor dan Kem Bestari Solat. Tiga dalam satu.
Selepas tu minggu berikutnya dah bermula puasa.
Menyibuk .... dan terus menyibuk..... ha ha ha....