Friday, August 07, 2009

main2 ke?

Semasa berkursus tu, wife aku terjumpa ler dgn sorang lecturer dia semasa buat TESL dgn OUM. Wife pun cerita ler ttg interview aku tempoh hari, lecturer kata, "suami u gb ye, alah.... dorang tu study main2 pun bole lulus!!!" Korang khasnya (geng upsi) setuju ke dgn statement tu? Bagi diri aku sendiri, aku rasa mcm aku tak main2, mmg adalah kesungguhan sedikit sebanyak dan korang pun telah melihatnya sendiri..... ntahlah mungkin persepsi masing2 kerana pada pandangan kita pun kita melihat ada jugak lecturer yg tak beriya sgt pun menyampaikan kuliah! Betol tak?

8 comments :

Ah Win said...

x leh nak komen banyak sngt hal gini, sebab sy baru keluarkan posting pasal buat assingment utk org sambung belajar ni...

~swasta..swasta

kembara kelana said...

kenyataan yang diberi berdasrkan ilmu yang ada, ilmu pulak perlu benar, bukan ilmu yang dusta, kebenaran pada ilmu perlu ada pembuktian, nak buktikan perlu ada kajian. kajian pulak ada dua, kualiti atau kuantiti, kualiti dipanggil kualitatif, dan kuantiti dipanggil kantitatif. selepas dibuat kajian dengan sample atau reponden...barulah terdapat findingnya, compare ler pulak dengan hipotesis tadi..akhirnya dapatlah satu dapatan...maka buatlah kenyataan baru...yang ada data yang menyokong.. jadi barulah tau statement tu betul ke tidak..kalau setakat main ikut suka cakap, boleh dengar ajelah...tapi tak boleh percaya. aku adalah saksi kepada shahar yang ke hospital kerana masalah jantung, kawan kawan yang migrin kerana cuba sedaya upaya nak ingat fakta, susah payah group sabri buat perbincangan nak bagi boleh jawab periksa...dan ada GB yang tak lulus pun ..dan tak graduate..yang nyata dan yang teka memang tidak sama cup.. kesimpulannya aku tak setuju kenyataan picisan itu.

ybs said...

nik awin,
saya baca dah entri tu.... cuma pd pendapat saya mereka yg swastakan tu mungkin ada di kalangan mereka yg mmg benar2 tidak mempunyai keupayaan utk menyediakannya dan sbg talian hayat, kena la minta tolong dgn sesapa....

saya pun penah terpaksa menolong....

ybs said...

KK,
mekasih atas komen nko yg panjang lebar tu.... dan nko mmg antara geng upsi yg dlm kamus hidup nko takde perkataan 'study main2' tu! Kesungguhan dan pengorbanan mmg jelas pd diri nko, misalnya nko sering tak balik rumah pd hujung minggu dan aku jugak la yg sering menemankan nko....huhu

takkan ler itu pun dikira main2 kan???

... said...

huhu... aku tk penah swasta kat org, org swasta kat aku ade la... rugi sape2 yg suka swasta tuh... masuk kosong klua pun kosong gaks.

tp mcm ade betulnye kata org tu... org lama2 yg smbung blaja ni trsgt banyak ilmu dn pengalamannya, pengalaman yg tk blh dbeli di mana2.. masuk U tu sebagai tiket utk dpt degree je... uhuhu!

ybs said...

Teja,
saya penah mula2 di upsi dulu spt berjanji tak akan buatkan utk org lain tetapi apalah daya saya apabila berkali2 dipujuk dan dirayu dan saya pulak jenis orang yg sangat susah utk mengatakan TIDAK .....

Jgn sangka yg dtg memujuk dan merayu tu hanya org pompuan saja tau, lelaki2 macho pun saya penah buatkan assignment mereka, huhuhu...

mantan said...

Sof,
Itu suatu pernyataan buko (bual kosong).

Kacamata yang dipakai lecturer tu warnanya lain. Mungkin warna gelap-pekat.

Kita yang pernah bertungkus lumus belajar (setelah usia tua) memakai kacamata jernih.

..................

Cuma bila kawan2 kata belajar tu penat.... itu saya tak setuju.

cikguyusof said...

mantan,
mmg benar, 'buko' tu selalu terjadi dan dilakukan hampir oleh semua orang....cuma apabila nak mengeluarkan sesuatu kenyataan elok juga kita berfikir dulu agar jgn sampai ada yg terluka....lidah tidak bertulang tp tajam kata2 yg dihamburkan lebih drp mata pedang!