Thursday, August 27, 2009

kisah penjual tempe


Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri. Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah memang kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman ALLAH SWT yang menyatakan bahawa ALLAH SWT dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi ALLAH SWT tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin" Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa ALLAH SWT pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh ALLAH SWT. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin". Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul.

Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada ALLAH SWT dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban ALLAH SWT akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada ALLAH SWT kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan ALLAH SWT tidak adil. ALLAH SWT tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi.

Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Tuhan, pasti Tuhan akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita."Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada ALLAH SWT. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh ALLAH SWT...!!!


17 comments :

IMANSHAH said...

Janji Allah takdirnya dia dapat duit hari tu..tempe sedap ke?? saya tak pandai makan tempe lah

kembara kelana said...

kisah bersambung....

maka apabila tempe itu sampai di englang...sedang elok tiba di rumah anak sipembeli tu, tempe tu pun menjadi. maka anak di pembeli yang bernama Mat John mengumpul rakan rakan jawanya makan bersama-sama, semua lauk bercirikan tempe. masak lemak ada tempe, masak lada ada tempe dan masak goreng goreng pun bertempe jugak..aroma tempe tu berterbangan di kawasan sekitar dan semua penduduk kejiranan disitu bertanya..bau apakah gerangan? seminggu selepas itu Mat john mengutus berita...kepada mak nya, supaya mengirimkan sekali lagi satu kontena..tempe yang tak menjadi ke englang...mak nya mat john pun ke pasar...mencari nenek tua tadi...malangnya...

sambung ...iklan

cikguyusof said...

imanshah,
tak kenal maka tak cinta! cubalah rasa, apa salahnya..., mungkin di Ipoh boleh jumpa atau ke Teluk Intan, kalau tak jumpa jugak tempe di situ teruskan mencari hingga ke Kuala Selangor, di sana pasti terjumpa kerana ramai orang Jawa!

bagi saya tempe tu sedap, dan kebetulan saya kan keturunan Jawa, hehehe

lihat di sini; http://en.wikipedia.org/wiki/Tempeh

ybs said...

sof,
kau masih pandai makan tempe ke???
Tempe goreng cicah kicap berlada, perghhh!!! terliur aku tgh2 puasa ni....hehehe

emzex said...

tempe tak masak tu mcm mana usup?
aku biasa makan tempe masak lodeh atau digoreng dgn sambal ikan bilis. betul tak resepi tu? kalu orang jawa dia masak apa heh?

sambung cerita si kelana kembara tu....
al kisah emak si mat john pun pusing2 cari nenek tua tu ,malangnya tak jumpa juga.puas siminah tu mencari,kerumah, ke bukit,kelurah kemana2 saja tapi tak juga jumpa.

dengar2 kabor sinenek tua tu dah kena kipnap dgn CIA, bibawa lari ke AS untuk dicungkil rahsia membuah tempe.kapitalis barat mahu pasarkan tempe di rangkaian kedai di seluruh dunia seperti KFC juga.

malangnya bagi si mat john kerana tak dapat makan tempe , tapi tak apa........sambung.

saya said...

entri yg menarik c.ucop...

bulan pose citer pasal makan...mmm terliur pulak... memang betul kalau di goreng dan dicicah ngan sambal berkicap memang sedap hingga menjilat jari...
alamak nak kena cari nie...nak kuar jap gie beli tempe...hehehe

yusofsipan said...

zul,
tempe tak masak tu maknanya tempe tu lom jadi tempe lg ler...., masih dlm bentuk kacang soya, dia lom bersatu/melekat mcm buat tapai jugak kalau lom masak kan lom bole dimakan....

kalau orang jawa, tempe tu bole dimasak mcm2, drp digoreng begitu saja hinggakan masak bening pun bole.... Masak bening tahu? Tumis bawang dan ikan bilis, pastu bubuh air, tunggu hingga mendidih, masukkan ler tempe yg tlh dipotong kecil2....hehehe

yusofsipan said...

saya,
mekasih, saya ceduk cerita tu drp sebuah blog tapi terlupa nak save linknya...

kalau nak beli tempe goreng tu, beli ler lebih sikit, boleh saya tumpang sekaki!!!

Anonymous said...

tempe = jawa
jawa = aku
tempe = aku

erm.... best blk kg mak masakkan tempe... hehe

yusofsipan said...

teja,
muka kita ni muka tempe kan kan ....hehehe

mantan said...

Bila cerita tu disambung, dah jadi lain pulak...

cikguyusof said...

mantan,
haah... sukati la diorang, asalkan mereka bahagia!

Anonymous said...

sambung cerita mat john tak dapat makan tempe.....

Mat John mula naik meradang kerana mungkin tempe akan mulai dimonopoli oleh kapitalis. Oleh sebab itu Mat John bertekad tetap mahu mencari tempe atau apa-apa yang serumpun dengan tempe.

Kebetulan mak we Mat John minah muar yang belajar sama dengan mat John di england (england ya ?). Minah jawa. Mat John apa lagi kerana tempe dipercepatkannya kahwin dengan minah jawa kerana bagi mat john tak dapat tempe dapat minah jawa pun serupa juga, sebab teja kata tempe=jawa,jawa=aku,tempe=aku ! huhuhu !!

Anonymous said...

aiks, ngutuk aku ye... nnt ko anony!!!

aku tk malu sbb aku jawa dn suka tempe.... walaupun nama tempe tu tk komersil tp khasiatnya hanya org jawa je tau... tk gitu ckgu yusof??

cikguyusof said...

yela teja, sebahagian drp darah dlm tubuh badan kita orang jawa pun adalah terhasil drp memakan tempe.....hehehe

emzex said...

orang yg ada ghout leh makan tempe ke?
kata orang kalu makan tempe (jenis2 kekacang la ) lagi sakit jadinya.

kalu tempe yg udah masak kalu dibuat peknga mkn sedap kot.yg ni aku kena tanya orang utara la.

yusofsipan said...

zul,
kau cuba ler makan dulu tempe tu, tgok mcm mane jadinye....hehehe