Saturday, August 29, 2009

serangan jantung dan amalan minum air panas

Artikel ini berguna untuk semua. Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG.

Secara logik..., mungkin ada kebenarannya....Orang-orang China dan Jepun mengamalkan minum teh panas sewaktu makan... dan bukannya air berAIS. Mungkin sudah tiba masanya kita meniru amalan minum air panas sewaktu menikmati hidangan.

Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini. Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita . Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT. Jalan terbaik.... adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda. Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung. Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.
Marilah kita berwaspada dan berhati-hati!!!



Friday, August 28, 2009

solat terawih dan hari jumaat

semalam selepas mahrib aku ada bercerita dgn isteri ttg budak2 yg dtg ke masjid tapi tak mahu sembahyang betul, bermain jer kejenye.... aku tak pasti sama ada mereka itu adalah murid sekolah aku kerana memang aku tak cam mereka! Semasa nak bersolat terawih, aku sempat bertanya pada sorang budak, "awak darjah bape?" "darjah dua..." katanya. "sekolah mana?" "sekolah ........." nasib baik bukan sekolah aku!!! mengapalah anak2 tu tidak dijaga agar jangan sampai mengganggu org lain nak bersolat dgn tenang.....

pagi tadi semasa bersolat subuh di surau baru aku teringat yg hari ini adalah hari jumaat krn ada sujud sajadah...... mengapalah sampai aku terlupa hari erk???

Thursday, August 27, 2009

kisah penjual tempe


Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri. Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah memang kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman ALLAH SWT yang menyatakan bahawa ALLAH SWT dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi ALLAH SWT tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin" Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa ALLAH SWT pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh ALLAH SWT. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin". Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul.

Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada ALLAH SWT dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban ALLAH SWT akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada ALLAH SWT kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan ALLAH SWT tidak adil. ALLAH SWT tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi.

Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Tuhan, pasti Tuhan akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita."Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada ALLAH SWT. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh ALLAH SWT...!!!


Wednesday, August 26, 2009

turun bape kg?

sorang kawan aku bertanye bape target aku untuk mengurangkan berat badan sepanjang ramadhan ni? Selamba jer aku jawab, 10 kg! Biar betul....., boleh ke??? Rasa2 mcm tak bole jer la.... Biasanya lbh kurang dlm 5 kg tapi tak mustahil kan kalau jejak sampai 10 kg! Semalam aku timbang, adalah lbh kurang turun 2 kg tapi kalau banyak itu lom bole diambilkira kerana kalau setakat sekilo dua, biasa ler turun naik! Anak aku yg berumur 8 tahun tu mcm tak percaya jer bila aku kata yg papa dia nak kurangkan berat badan sebanyak 10 kg, tengok ler nt mcm mane..... hehehe

Monday, August 24, 2009

burung

Free Pics Angel Pics Funny Pics

>>>> aku pun ade burung jugak, dua ekor....!!!

Free Image Hosting Angel Pictures Photo Sharing
Align Centre
>>>> tambah pulak 2 ekor lagi, tp mcm ganaz jer la yg dua ekor ni.....!!!



nafsu

Dalam Islam, nafsu termasuk dalam unsur ghaib atau rohani yang ada dalam diri manusia. Manusia itu ada unsur rohani dan jasmani. Termasuk dalam rohani ialah jiwa (ruh), akal (aql), hati (qalb) dan nafsu (nafs). Jiwa berfungsi menghidup, menumbuh dan membiak. Akal yang menduduki tempat tertinggi di dalam diri manusia mengandungi kekuatan untuk berfikir, menimbang dan mengingat. Hati mengandungi unsur keinginan dan kehendak. Tumbuh darinya sifat terpuji seperti penyayang, pemaaf dan lemah lembut di samping sifat tercela seperti takbur, sombong, dengki dan khianat. Manakala nafsu menduduki tempat terendah dalam diri manusia. Ia mengandungi unsur kemahuan, kesukaan dan hasrat. Antara sifat nafsu ialah tak tahu malu, tamak, perampas, malas, marah dan sebagainya.


Al-Quran membahagikan nafsu kepada tiga jenis, iaitu nafsu mutma'innah (al-Fajr (89): 27), nafsu lawwamah (al-Qiyamah (75): 2) dan nafsu ammarah bi al-su' (Yusuf (12): 53).


Nafsu mutma'innah merujuk kepada jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan yang baik dalam agama manakala nafsu lawwamah ialah jiwa yang sentiasa menegur dan menempelak diri sendiri semasa berbuat baik atau jahat. Ketika berbuat baik, ia menempelak kerana tidak membuatnya lebih banyak dan ketika berbuat jahat menempelak diri kerana sesal. Manakala nafsu ammarah bi al-su' ialah nafsu yang menyuruh manusia melakukan kejahatan dan maksiat.


Mengenai puasa pula, menurut bahasa ia bermaksud menahan diri dari sesuatu aktiviti. Dalam Islam puasa bererti menahan diri dari sesuatu yang membatalkannya daripada terbit fajar sehingga terbenam matahari. Antara perkara membatalkan puasa ialah makan dan minum dengan sengaja, bersetubuh, keluar mani dengan sengaja, gila, keluar darah haid atau nifas dan murtad (keluar agama).


Walaupun mengingat perkara lain yang tidak senonoh tidak sampai membatalkan puasa, ia mengurangkan pahala puasa itu sendiri kerana membiarkan diri dipengaruhi nafsu. Tujuan puasa adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan membanyakkan bacaan al-Quran, berzikir, bersolat sunat dan sebagainya. Mengawal dan mendisiplinkan nafsu adalah sebahagian daripada ajaran Islam terutama ketika menjalani ibadat puasa. Islam tidak mengajar supaya nafsu ditiadakan langsung. Islam cuba mendisiplinkan nafsu supaya manusia tidak hanya mengikut nafsu semata-mata.


Justeru sekarang ini, adakah kita telah benar-benar mengawal dan membatasi nafsu makan kita atau kita hanya menangguhkannya sehingga masuk waktu magrib (waktu berbuka)???

Friday, August 21, 2009

kelebihan Ramadhan

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-


Keterangan hadis;

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

http://www.ashtech.com.my/bulanislam/Ramadhan.html

Thursday, August 20, 2009

TPM dan SK Paya Redan

pagi ini jam 9, Majlis Pelancaran "Kampus Astro Bersama Komuniti Sekolah" untuk semenanjung Malaysia diadakan di Kompleks Sukan Pagoh, Muar yg dirasmikan oleh TPM.

Beberapa hari yg lepas aku asyik teringat kat SK Paya Redan; sekolah dan guru2nya. Kebetulan ada pula surat panggilan menghadiri majlis di Pagoh, boleh ler aku dua dlm satu.

Wednesday, August 19, 2009

majlis persaraan

semalam ialah majlis persaraan Pn Hjh Fadzillah Md Yassin (adik TPM@menteri pelajaran), GB SK Convent, Muar.

Hari ni pulak, majlis persaraan Tn Hj On bin Jaafar, GB SK Sg Abong, Muar.... makan lagi!!!! Ramai yg kata, makan ler puas2 nt dah puasa dah tak bole makan tapi aku rasa masa time puasa kita banyak jugak makan, waktu makan jer yg berubah!!!

Tuesday, August 18, 2009

beginikah kawan

seorang kawan bercerita; "kawan aku tu sama2 belajar dulu, kalau tak sebantal pun tidur tapi sebilik ler selama dua tahun dan selalu berulang alik menggunakan kereta aku. Aku tak kisah ler sbb kos perjalanan dikongsi bersama. Apa yg aku kisah ialah dia berkerja di ppd dan mmg terlibat ler dgn urusan pertukaran guru. Selalu jugak aku cerita ttg keadaan aku yg dah lama terpaksa berulang alik jauh dari rumah ke sekolah. Tengok2kan ler masalah aku ni! Suatu hari, kawan tu dtg ke sekolah aku dan beritahu bahawa aku nak ditukarkan. Aku bagi tahulah kalau sekolah sekian2 tak payahlah, lbh baik aku tetap di sini, sbb semua sekolah tu menjadikan perjalanan aku bertambah jauh! Tetiba tak lama lepas tu, aku dpt surat tukar ke salah sebuah sekolah yg aku taknak tu. Sikit punye bengang per, kalau tak nak tukarkan aku pun kira ok la juga tapi bila tukarkan aku ke tempat yg lbh jauh, terasa mcm dianiaya ler pulak!!! Sehingga ada sorang member rapat kami kata mmg tak patut la dia buat mcm tu kat kawan sendiri.... "


Monday, August 17, 2009

Sunday, August 16, 2009

taklimat timbalan pengarah pelajaran Johor

Taklimat tersebut adalah kepada semua GB bagi pencapaian 'Near Miss' lulus subjek Matematik dan Sains yg tinggi dalam UPPM3. Ianya akan diadakan esok di SMK Dato' Syed Esa, Batu Pahat, Johor mulai jam 8.30 pagi. Selain drp aku, seramai 15 org lagi GB dari daerah Muar yg terlibat.

Saturday, August 15, 2009

program santai



pagi ini selepas kelas tuisyen, diadakan program santai untuk murid2 tahun 6. Makan nasi lemak berlaukkan ayam dan ikan bakar....

Friday, August 14, 2009

jamuan utk Razi dan Piah


baru jap tadi telah diadakan jamuan bersempena dgn perpindahan keluar dua orang warga SKPPS. Cikgu Razi bertukar ke SK Ismail 1 dan Pn Sapiah bertukar krn naik pangkat ke SMK Raja Muda. Mudah2an mereka berdua dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih efisyen dan lebih berjaya lagi.

solat hajat

mlm semalam semua sekolah rendah di MuO dicadangkan oleh ppd supaya mengadakan solat hajat utk upsr tapi sekolah aku, mlm ni baru nak buat sbb semalam org kampung sibuk berkenduri. Kemudian ptg semlm dapat surat terbaru dr ppd yang meminta sekolah mengadakan solat hajat pagi ini selepas program membudayakan Al-Quran dgn niat agar musibah H1N1 ini akan segera berakhir. Pun tak buat pg tadi, berbincang dgn gpk, kita buat sekali ler mlm ni, jadi di samping niat utk kecemerlangan upsr kita niatkan jugak untuk H1N1......

Wednesday, August 12, 2009

mak mertua, aku dan anak


masih kuingat lagi pantun mak mertua ketika kali pertama melihat menantu 'bertuah' dia ketika majlis kenduri kesyukuran sempena pernikahan aku (Disember 2003)

Buai-buai kaduk
Kaduk dalam rimba
Panjang janggut datuk
Buat ikat tali timba

>>>> pantun jenaka tu, mungkin untuk menyindir aku kot tp beliau seorang yg baik la....hehehe

Monday, August 10, 2009

masuk wad

Ptg smlm, aku membawa wife yg demam teruk ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar , bimbang jugak dengan penularan penyakit selsema babi tu...... Tekanan darahnya rendah dan setelah beberapa jam di bilik rawatan pesakit luar akhirnya terpaksa jugak dihantar ke wad. Pagi ini aku datang ke sekolah dalam keadaan yg tidak cukup tido dan keletihan. Cian aku.....

Saturday, August 08, 2009

bestari solat, kenduri dan mutiara ilmu

Pagi ni sekolah aku mengadakan program Kem Bestari Solat kali yg ketiga utk murid2 tahap satu. Si Aisyah tu terlibat sama, aku nak hantar naik motor taknak, tak best katanya. Guru2 agama aku pernah mengadu bahawa murid2 ni mcm tak makan saman, masih ramai d antara mereka yg tak solat!!! Selain drp pengajaran di dalam kelas, diadakan pulak program seperti ini namun keadaan masih tidak banyak berubah. Memang kita sedar bahawa satu lagi faktor utama ialah galakan dan gesaan ibu bapa di rumah tapi apalah daya guru2, ke kita adakan jugak Kem Bestari Solat untuk ibu bapa???

Jam 11.30 pg nanti ada majlis kenduri arwah di rumah mak mertua. Ptg smlm wife bertanya, aku nak balik bila, aku jawab waktu makan ler, terbeliak mata dia, hehe.... Sekarang ni musim kenduri dan org tak kira dah waktu bila nak diadakan, kalau jemaah surau bersedia, waktu lepas subuh pun boleh diadakan majlis kenduri.....

Esok, bertempat di SK Parit Jawa akan diadakan program 'Mutiara Ilmu' utk pelajar dan ibu bapa sekolah kebangsaan parlimen Muar. Kelompok kami melibatkan tiga buah sekolah, SK Parit Jawa, SK Parit Samsu dan SK Parit Pinang Seribu. Ianya merupakan satu program kerjasama Pejabat Timbalan Perdana Menteri dgn PPD Muar bagi meningkatkan prestasi akademik pelajar di samping menyampaikan input pendidikan terkini kepada ibu bapa. Pembiayaannya dikeluarkan oleh Pejabat TPM. Layan jer la.....

Friday, August 07, 2009

main2 ke?

Semasa berkursus tu, wife aku terjumpa ler dgn sorang lecturer dia semasa buat TESL dgn OUM. Wife pun cerita ler ttg interview aku tempoh hari, lecturer kata, "suami u gb ye, alah.... dorang tu study main2 pun bole lulus!!!" Korang khasnya (geng upsi) setuju ke dgn statement tu? Bagi diri aku sendiri, aku rasa mcm aku tak main2, mmg adalah kesungguhan sedikit sebanyak dan korang pun telah melihatnya sendiri..... ntahlah mungkin persepsi masing2 kerana pada pandangan kita pun kita melihat ada jugak lecturer yg tak beriya sgt pun menyampaikan kuliah! Betol tak?

Wednesday, August 05, 2009

kursus apa mcm tu?

smlm aku hantar wife berkursus di sebuah ipg, kursus anjuran jpn. Yg peliknya penginapan tak disediakan dan slot hanya sehingga jam 4.30 ptg jer. Drp 30 lbh peserta adalah 6 org yg dapat penginapan, mereka dr daerah yg jauh dan itu pun makan malam tidak disediakan. Alasan tidak menyediakan penginapan ialah peserta tak memberitahu ttg kesediaan utk hadir kursus melalui fax. Masalahnya kenapa tidak dinyatakan dalam surat panggilan kursus akan kehendak yg demikian? Aku mula ler nak naik hangin sbb ptg smlm terpaksa jemput isteri balik dan pg ni dia terpaksa ler drive sendiri, bknnye dekat, perjalanan lebih drp sejam.... Apa sebenarnya masalah mereka erk???

Monday, August 03, 2009

laptop dan template blog

Mulai semalam aku berpisah (mungkin sementara jer) dgn laptop aku, sedih jugak tp nak buat mcm mane, anak aku yg di politek tu dah tak sabar nak gunakannya. Terpaksa la aku guna laptop yg antik ni tp masih ok jugak sbb tidak membantutkan aktiviti blogging aku. Aku tambahkan lagi RAMnya supaya jgn dia bergerak mcm siput babi...hehe

Sehubungan itu, template blog aku pun terpaksalah ditukar kerana dgn laptop lama ni, mata aku menjadi tidak selesa apabila memandang warna hitam tu lama2. Buat sementara waktu aku terpaksalah jugak menarik diri drp menjadi anggota BIB (Blog In Black), sori yer Faris dan Usof Rompin!

Saturday, August 01, 2009

Selsema Babi : Yang Perlu & Jangan (Panduan Agama)

Sila baca artikel ini untuk mendapatkan sedikit sebanyak panduan, terima kasih.

Mudah2an penularan penyakit ini segera berakhir, amin!!!