Saturday, September 19, 2009

bersedih?

Hari ini adalah hari yg ke 29 kita berpuasa dan jika diumumkan raya esok maka hari ini adalah ramadhan terakhir. Orang terdahulu, seperti para sahabat nabi, para tabien dan para pengikut mereka berasa sgt gembira dgn kedatangan ramadhan dan sgt bersedih apabila ianya berakhir. Mereka benar2 telah memperolehi kemenangan ketika syawal menjelang dan disambutnya adil fitri dgn penuh kesyukuran dan ketakwaan. Bagaimana dgn kita, berasa sedihkah kita dgn berakhirnya ramadhan dan berolehkah kemenangan khasnya dlm mengekang nafsu?

Ramadan al-Mubarak yang berlalu sewajarnya dijadikan inspirasi dalam mempertingkatkan amalan dan menjaga produktivitinya agar mencapai tingkat istiqamah dalam membina jati diri Muslim yang cemerlang selama saki baki umur masih dibekalkan oleh Allah SWT.

Syawal yang dirai merupakan proses pertama dalam menilai tingkat penghayatan seseorang sepanjang Ramadan, adakah dia mencapai objektif yang dicita-citakan memperolehi keampunan dan pembebasan dari azab api neraka pada hari kiamat?

Apakah keintiman hubungannya Allah semakin dirasai dan bertambah kukuh? Apakah tali silaturrahim sesama Muslim terjalin erat dalam usaha mentaati perintah Allah SWT dan mencari keredaannya? Apakah segala amalan yang pernah dilakukan pada saat Ramadan mampu dipraktik untuk kesekian kalinya?

Hari raya adalah satu peluang yang cukup besar dan bermakna untuk meningkatkan kualiti amalan, memulihkan hubungan sesama manusia yang merupakan tuntutan syariat Islam, berlapang dada, murah hati, ukhuwah, belas kasihan dan kasih sayang.

Daripada Aisyah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Tingkatkanlah amalanmu dengan baik, atau lebih dekatlah kepada kebaikan, dan bergembiralah, kerana amalan seseorang itu tidak dapat memasukkannya ke dalam syurga. Para sahabat bertanya, “Adakah amalanmu juga begitu, wahai Rasulullah”? Jawab Rasulullah SAW: “Amalanku juga begitu. Tetapi Allah melimpahiku dengan rahmat-Nya. Ketahuilah, sesungguhnya amalan yang paling disukai oleh Allah SWT ialah amalan yang dikerjakan secara berterusan walaupun sedikit”. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

3 comments :

kembara kelana said...

cupp...aku faham perasaan kau cupp..sabar lah...nanti akan selesai semuanya...nanti masa sukan kau pakai adidas raya tu...hehehe

yusofsipan said...

its ok sof, im fine... biase ler tu, lautan mane yg tak bergelora kan? Asam garam kehidupan sof! Nak pakai kasut tu kalau masa sukan kena tunggu tahun depan ler sbb aku buat sukan pd awal tahun....hehehe

mantan said...

Asalnya orang Melayu gemar merantau, menuntut ilmu dan mencari penghidupan. Mengenangkan perantau yang lewat kembali, sedihnya menjelang aidilfitri. Lalu, mendayu-dayulah takbirnya. Syawal bulan meraikan kemenangan beribadah ketika Ramadhan. Gembiralah kita meraikannya.