Akhirnya, smlm ptg aku berkesempatan bertandang ke rumah Isa Haron dan Naemah di Serkam Darat, Melaka. Meraka sama2 belajar dgn aku di Maktab Bahasa, Lembah Pantai (1981-1983) dulu. Kami mula mengajar pd tahun 1984 dan sejak dari itu telah putus hubungan. Aku dan Isa sama kelas (Pengajian Melayu Sejarah) manakala Naemah di kelas lain (Pengajian Melayu Geografi). Isa mempunyai 6 org anak dan 3 drpnya sedang mengikuti kursus perguruan, seorang di UPSI dan 2 lagi di IPG. Tahniah Isa dan Naemah! Aku sgt gembira dan seronok dpt bertemu dgn kamu berdua, hingga tak sedar bersembang sampai hampir magrib, rasa mcm nak sembang lg tp biar ler aku balik dulu dan lain kali kita jumpa lagi, datang le ke rumah aku dan aku pun boleh datang lagi rumah kau sbb dah tahu....!
Aku rindu jugak dgn kekawan lain. Kalau ler korang ada tersesat ke sini, hubungi ler aku dgn meninggalkan komen. Seronok sgt dapat berjumpa kembali selepas lbh drp 25 thn tidak berjumpa.....
4 comments :
aku tersesat la usup.
aku juga member kau yg agak lama tak jumpa.rindu nak pegang janggut kau tu usup.
wahai tok lebai,
kalau sesat di hujung, balik ler ke pangkal jalan dan jgn malas berkayuh pulak, nanti perahu hanyut....!!!
kalau setakat nak pegang janggut aku, takde hal punyer, pegang ler bape lama yg ko nak, tp bagus juga ler kalau janggut ko tu sendiri dibiarkan panjang, jgn dicukur dan cuba jgn beri apa2 alasan utk tidak membelanya!!! Boleh....???
aku selalu pegang janggut cupp...biasa jer..tak ada yang menarik...tapi terasa rapat dgn cup bila cup biarkan saja...cup..jaga kasut adidas kau tu ..karang kena rembat
sof,
janggut ko tu aku musykil sikit la, tak pandai panjang2!!!
aku tak kisah nengok pun kasut tu sof....hehehe
Post a Comment