Guru boleh memohon cuti rehat khas atas alasan apa2 pun namun perlulah permohonan itu diajukan awal dan perlu jugak faham bahawa cuti itu adalah merupakan salah satu drp kemudahan bukannya hak... ianya boleh diluluskan dan boleh jugak sebaliknya! Kekadang bos pening kepala nak luluskan cuti tetapi pd kebiasaannya mmg akan diluluskan.... Cuba lihat dua situasi berikut;
Situasi pertama; "cikgu, ni borang CRK saya, saya nak bercuti pada bla bla bla.... kerana bla bla bla.... saya masih ada cuti sebanyak bla bla bla.......... Bole kan cikgu?"
Situasi kedua; "cikgu, (datang jumpa bos tanpa borang) saya bercadang utk bercuti pada bla bla bla.... kerana bla bla bla.... apa pandangan dan pendapat cikgu? Saya sedia terima apa sahaja keputusan cikgu......"
Biasanya bos akan luluskan kedua2 cara memohon itu tetapi cara memohon dlm situasi kedua adalah lbh beradab, elok, sesuai dan 'mesra alam' (sejuk hati bos)..... hehehe
19 comments :
alemakkk.... aku jarang mntak cuti kat boss... aku tk suka cuti, ngeeeee!
cuti kau banyak lg ke cop. memanglah cuti rehat tu bukan hak. takkan cikgu kau tak tau cop. kalau mrk tau berapa nilai CRK sehari (RM) mrk tak nak saje saje bercuti cop..
teja,
tentu dah banyak simpan cuti yer....
jon,
cuti aku dah tinggal 15 hari jer. Mereka tk fikir pun psl nilai CRK tu jon, yg mereka nak ialah cuti...!!!
cuti...cuti...cuti....selama saya ingat saya baru ambil hari cuti. itu pun takut-takut minta dengan bos. biasala....takut tak diluluskan. alhamdulillah, bagi juga.
nilai cuti itu memang tak ternilai..tetapi sekiranya dinilaikan dengan tugas dan tanggungjawab seorang guru yang bergelar pendidik....lagi lah tidak ternilainya....
"SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI"
okie,
belom banyak minta cuti yer? nak mintak cuti takut2 dgn bos? dia garang ke? kalau rasa ade keperluan utk cuti, mintak jer la, takkan ler bos tetiba nak marah kalau mintak cuti.....
"SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI" jugak utk okie, moga ceria, gembira dan bahagia!
boleh ambil cuti banyak2...tapi nanti ada le....dapat pahala free....(orang yang kena relief nyumpah sebakul), sayang nak ambil cuti sebab fikirkan murid2 dan tugas yang perlu dibuat. rasanye kalau tak penting tak payah ambil cuti.
TERIMA KASIH CIKGU. SEMOGA BERGEMBIRA DI HARI HAYA.
( TAK SABO NAK MAIN MERCUN)
mase kecik2 dulu tak pernah main mercun. dah beso ni dah ada duit boleh la beli. ala yang biase je.....lepaskan gian.....setahun sekali je cikgu....
"PERTUNANGAN" tidak terlintas dalam hati dan fikiran.....
(lebih bahagia seperti sekarang)
okie,
dah besau panjang pun main mercun lagi ke? tak sayang jari ke? nt kat mane pulak nak disarung cincin pertunangan tu....hehehe
hehehe....komen td dah delete tp publish semula
kalau banyak beli mercun tu, beri ler sy sikit, nak melepaskan gian jugak.... tp tak best la main mercun, bising!!!
saye main mercun pop je..yang lain tu bunga api le yang banyak....nanti saya kirim kat cikgu ye....kite main same-same malam raye ...
seronok tak terkata....
YBS,
ada juga anak buah yang tak faham maksud "cuti bukan hak tapi keistimewaan".
ada yang membuat andaian "saya istimewa, saya ada hak untuk cuti"!
sop
cuti...sesuatu yang menarik. apapun masalahnya bukan kau tak nak bagi..kau tak suka komunikasi tak sopan...jadi bukan isu cuti..tapi isu komunikasi...selamat hari raya sop...sabtu malam jumpa...
mantan,
hampir semua tahu dah bab cuti tu tp bab nak faham tu yg masalahnya sbb ramai jugak yg buat2 tak faham!
sof,
ko ni mcm2 tahu2 jer apa yg ada dlm hati dan fikiran aku yer....? ilmu firasat?
insyaAllah kita jumpa nanti!
cuti bukan hak?
apapun kita sbg ketua kena pertimbangkan dgn sewajarnya.
kalu kita halang mkn staf kita yg amat memerlukan itu akan memendam rasa.....
pernah terjadi kepada aku, sehingga sekarang aku ingat GB tersebut.
sebab itu kalu staf memohon cuti atas sebab masalah keluarga ,aku tanpa berkira meluluskan, tapi ingat jangan ada unsur menipu, aku cukup pantang.
emzex,
kan biase kita dengar org ckp cuti bukan hak tapi suatu kemudahan...nak guna kemudahan tu kena mohon ler! Sehingga kini aku rasa tak pernah yg aku tak luluskan cuti mereka cuma kekadang jer mereka kena betul2 yakinkan aku dgn alasan utk bercuti tu... aku acah2 jer sikit...hehehe
Kita berhibur jap dengan pantun kelakar di bawah, yang dipetik dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’ hahaha:
Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.
“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.
Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.
Post a Comment