Sunday, September 20, 2009

orang melayu beraya


Dalam ibadat, dikatakan orang Melayu lebih menekankan tentang puasa berbanding ibadat lain. Pendakwah berjaya meyakinkan keseluruhan masyarakat Melayu supaya berpuasa, bertarawih dan mengharapkan Lailatul Qadar. Maka Hari Raya menjadi begitu bermakna bagi orang Melayu dengan dikaitkan dengan kejayaan beribadat puasa.

Pada Hari Raya pula, ulama Melayu dahulu membuat keputusan untuk mengambil takbir raya yang bernada syahdu. Ini kerana di tempat-tempat lain, takbir mereka bernada semangat juang. Ini kerana takbir itu berasal daripada laungan semasa Perang Badar yang kemudian diabadikan dalam sambutan meraikan kemenangan perang itu. Tetapi bagi orang Melayu di Nusantara, nada takbir adalah berbentuk sayu dan sedih mengenangkan sanak saudara yang sudah tiada atau pergi tidak kembali. Ini kerana bagi masyarakat Melayu, balik kampung waktu Hari Raya adalah penting. Jika tidak dapat balik, maka si ibu atau bapa akan teringatkan anaknya terutama semasa takbir yang bernada sedih dan sayu.



6 comments :

IMANSHAH said...

Biar hati sejernih air,jangan pula dipenuhi lumpur
Kalau salah belum berakhir,harap diampun dengan rasa syukur
Jika budi dipenuhi ikhlas, jangan ia disulam tuba
Jika ada salah dan silap, harap diampun di hari raya...
Biar amarah disunting sunyum,ibarat pekerti disulam kasih
Harap dihalal makan dan minum, ibarat rezeki yang tidak disisih

chehassan said...

Salam saya Cikgu Yusof. Maafkan saya jika dalam pertemuan, persinggahan dan penulisan saya,terguris di hati cikgu yusof. Semoga cikgu Yusof dan kelurga dirahmati dan diberkatiNya.

kembara kelana said...

cup
adidas tu jaga bebebaik...hilang atau kena sapu dgn anak kang...hahahaa

cikguyusof said...

imanshah,
mekasih, selamat hari raya utk imanshah jugak....

cikguyusof said...

chehassan,
sama2 la kita bermaafan, mekasih....

cikguyusof said...

sof,
sejak mlm tu aku lom pakai lagi la, tersimpan jer... jap lg aku nak tengok ade lg ke tidak, hehehe

anak2 bujang aku takleh pakai kasut aku sbb kaki dorang lbh besar!!!