Friday, June 26, 2009

hari terbuka, mesyuarat dan pertolongan

pg tadi aku ke majlis hari terbuka lagi dan kali ini adalah di sekolah anak aku yg di tingkatan satu. Aku pegi bersama isteri dgn berpakaian baju melayu teluk belanga, maklum ler hari Jumaat kan? Dah tu anak aku kutuk citer kat umi dia, abah bukan main melaram lagi padahal org lain takde pun yg pakai mcm tu.... kurang asam betol anak aku ni, abah dia nak melawa sikit pun tak bole ke??? Ketika nak balik aku lalu di dewan lama yg menempatkan pelajar yg parent mereka belum dtg, dewan tu ada grill, dah nampak mcm penjara ler pulak! Ada sorang guru lelaki bertugas di situ dan aku tanya, jaga penjara ye cikgu....? dia jawab, mereka ni kena kuarantin krn selsema babi! hahaha.... Sebelum tu, aku sempat jugak tanya cikgu masa berbincang ttg prestasi anak aku, nape tak buat jualan, dia kata panitia takde duit sbb bayaran sekolah belum habis kutip.....
>>>>
ciannyer!!!


Aku bergegas pulang krn lima minit lg nak kul 9, mesyuarat dah nak start! Semua gb sekolah kebangsaan zon sungai balang yg seramai 18 orang tu berbincang utk melaksanakan program gerak gempur upsr yg akan diadakan pada 7 hingga 10 Julai 2009.
>>>> gempur jgn tak gempur!!!

Sebelum meeting, aku sempat ke PKG yg jugak terletak dlm kawasan sekolah tempat meeting. Jumpa bos pkg krn ada kawan baik yg minta aku carikan pengadil untuk suatu pertandingan. Alhamdulillah dia bersetuju malah mengajak kawan rapat dia yg jugak bos pkg utk turut serta. Rasa puashati jugak hari ini kerana dapat menyempurnakan hajat seorang kawan dan mudah2an segala urusan yg berkaitan berjalan dgn lancar.
>>>> aku sekadar menolong setakat termampu...

5 comments :

za said...

huhu... trharu dn trgaru2 dibuatnye kerana ckgu sudi membantu, apepun sy ucapkan banyak2 terima kasih atas pertolongan itu. Mudah2an majlis yg dirancang 1 july ini akan berjalan lancar.

mpmn said...

sama kisah kau dgn aku la sop. aku pun ke sek anak yg berada di ting.1kerana penyerahan buku prestasi. cuma aku takle pakai baju melayu. aku takut cg kelas anak aku tu terpikat dgn aku. cg dia anak dara lagi.

mpmn said...

patutlah usop sanggup bersusah payah menolong. kerana seseorg yg bergelar..... hahaha jgn mare.

cikguyusof said...

za,

terharu tu kira okey ler tp tergaru2 tu nape erk dan tergaru2 tu tang mane, tang kepala ke tang mane2 ke....? hehehe

cikguyusof said...

mpmn,

ko yakin ke yg cg kelas anak kau tu bole terpikat kat kau, mesti ko ada pakai ape2 kan....

aku ikhlas menolong orang pirzan bkn kerana seseorang yg bergelar..... sapa yg bergelar tu pirzan??? ada2 jer ko nie....