Wednesday, June 24, 2009

hari terbuka dan tekanan darah

pagi tadi aku ke sebuah sekolah menengah tempat anak perempuan aku belajar utk bertemu guru kelasnya. Mengikut surat siaran, program bermula seawal 7.30 pagi tapi lewat jam 8, baru aku dapat bergerak menuju ke sana. Ketika sampai, ada 2 orang parent yg sdg menunggu tapi guru kelas tak nampak batang hidung pun. Aku mula ler resah, panggil anak aku dan bertanya mana guru kelasnya. Berlari anak aku pergi mencari tapi datang kemudian dgn gelengan kepala, tak tahu di mana guru kelasnya berada. Aku semakin resah, resah dan resah serta rimas ..... dan akhirnya, ah sukati kau ler cikgu, tak larat dah aku nak tunggu, banyak lagi keje lain yg perlu aku selesaikan!!! Dah lebih jam 9 tapi guru kelasnya tak muncul2 lagi!!!. Hari terbuka apa ni??? Mula ler aku nak naik angin.... Aku terus angkat kaki. Selepas selesai urusan di bandar, aku singgah di klinik kerajaan utk periksa tekanan darah, mulai dua hari lepas, selang sehari aku kena periksa tekanan darah aku sebanyak 4 kali. Eh pelik jugak, 2 hari lepas bacaannya 130/90 tapi hari ni jadi 140/70 pulak???

5 comments :

Faris said...

Cop,
Bila tekanan darah kau tu kejap tinggi dan kejap rendah memang tak pelik. Sebabnya kau tu tak stabil dari segi hati dan perasaan. He he he....
Dr lah katakan... banyak sangat fikirkan masalah penyakit orang lain. Penyakit tu pulak pelik2. Ubat dia pulak tak tahu apa jenama ubat. Kau nak bagi suntikan, dah tentu tak boleh suntik sebarangan, nanti bahaya.
Kau kena jadi pesakit ajelah Cop, tak payahlah jadi doktor. Bye......

mantan said...

Cikguyusof,
sibuk macam mana sekalipun, kesihatan kena jaga.

Kalau kita sendiri tak uruskan kesihatan kita, siapa lagi. Orang-orang lain mungkin hanya dapat membantu sekadar termampu.

Naa..a said...

Cikgu Yusof, Kesihatan itu terlalu mahal nilainya.Ingat lima perkara sebelum datang lima perkara. Satu daripadanya ingatlah sihat sebelum datangnya sakit. Tapi sakit itu boleh mendekatkan diri dengan Allah. Sihat itu boleh menyempurnakan ibadah kita dengan Allah. Jaga kesihatan selalu yek..

yusofsipan said...
This comment has been removed by the author.
yusofsipan said...

to faris,
pandai ler kau... aku tak bole makan durian banyak la...!!!


to mantan,
mmg betul ler tu, cuma kekadang nafsu makan tak dpt dikawal....


to Rosnah,
mekasih di atas ingatan dan dlm semua keadaan sama ada susah/senang, sakit/sihat dll, di dlmnya ada ujian....